TK (BC)

482 62 5
                                    

Bangchan berjalan perlahan pulang ke rumah sambil memandang jalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bangchan berjalan perlahan pulang ke rumah sambil memandang jalan. Dia memandang ke tempat kejadian. Masih lagi dalam kawasan pemantauan polis. Sedang dia berjalan tiba tiba seorang perempuan menegurnya. Segera Bangchan berpaling untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

"Han...hannah" Kata Bangchan perlahan. Gadis itu tersenyum.

"Oppa" Hannah terus memeluk Bangchan. Bangchan membalas pelukan tersebut dengan erat.

"Hannah. Ma...macam mana Hannah boleh ada dekat sini? Bu...bukan Hannah dah-" Ayat Bangchan terus dipotong oleh Hannah.

"Mati?" Soal Hannah. Bangchan mengangguk. Hannah tersenyum.

"Hannah masih hidup sebab tembakan tu kena pada bahu" Kata Hannah. Bangchan tersenyum melihat adik perempuannya itu. Dia memeluk adik perempuannya itu kembali untuk melepaskan rindu yang sudah lama dipendam.

"Oppa. Betul ke oppa yang buat semua ni?" Soal Hannah. Bangchan berpura pura tidak faham.

"Maksud Hannah?" Soal Bangchan. Hannah mengeluh sedikit.

"About kematian yang berlaku di kawasan ni" Kata Hannah. Bangchan mengeluh. Adiknya sudah tau jadi tiada apa lagi yang boleh disorokkan.

"Ye oppa yang lakukan semua ni. Tapi semuanya kerana dendam. Bila semuanya selesai oppa sendiri yang akan serah diri" Kata Bangchan. Hannah tersenyum lemah.

"Hannah akan cuba untuk kurangkan hukuman oppa" Kata Hannah. Bangchan tersenyum lalu menggeleng.

"Ani...tak perlu. Apalah sangat hukuman tu kalau nak dibandingkan dengan kesalahan oppa" Kata Bangchan. Mereka telah selamat sampai di rumah Bangchan. Bangchan menjemput Hannah untuk masuk.

"Oppa tinggal dengan siapa?" Soal Hannah. Bangchan bergerak ke dapur untuk mengambil minuman.

"Oppa duduk sorang je" Kata Bangchan lalu tersenyum nipis. Jus oren dihidangkan di hadapan Hannah. Hannah tersenyum melihat abang kandungnya.

"Hannah duduk dengan siapa sekarang?" Soal Bangchan. Hannah meneguk minuman terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan Bangchan.

"Hannah duduk dengan keluarga angkat. Hannah tak sangka dapat jumpa oppa dekat sini" Kata Hannah. Bangchan tersenyum.

"Oppa lagi tak sangka. Tapi kita tak boleh selalu jumpa sebab Hannah dah ada keluarga sendiri sekarang" Kata Bangchan sambil tersenyum hambar namun dia tetap gembira apabila mengetahui adik perempuannya masih hidup. Hannah tersenyum. Mereka berdua berbual kosong sehinggalah Hannah meminta diri untuk pulang.

🔪🔪🔪

Sejenis alat seperti perakam suara diletakkan di atas meja.

"Semua dah selesai inspektor" Kata si dia. Inspektor tersebut tersenyum.

"Good. Jadi kita boleh tangkap dia bila bila masa sahaja" Kata inspektor tersebut.

"Tak. Jangan" Halang si dia. Inspektor tersebut memandang si dia dengan aneh.

"Biarkan dia selesaikan dendam dia dulu" Kata si dia. Inspektor tersebut kelihatan seperti berfikir.

"Come on inspector Woojin. Dia sendiri cakapa yang dia akan menyerah diri kalau semuanya selesai" Kata si dia kepada inspektor Woojin. Ya semua ini cadangan insoektor Woojin. Dia mahu mendapat bukti dengan menggunakan adik kandung Bangchan yang sememangnya masih hidup dan sedang berdiri di hadapannya.

Hannah sempat merakam semua perbualannya dengan Bangchan. Bukti tersebut sudah cukup untuk menangkap Bangchan namun Hannah membangkang. Dia mahu abangnya melepaskan amarah dendamnya terlebih dahulu. Dia tahu abangnya itu tidak akan hidup dengan aman jika pesalah yang membunuh seluruh keluarganya itu didapati masih hidup dengan gembira. Lagipon Bangchan sendiri cakap yang dia akan serah diri jika semuanya selesai jadi mereka tidak perlu terlalu terburu buru.

"Tapi mungkin hukumannya akan bertambah kerana dia telah membunuh orang yang tidak bersalah seramai dua orang" Kata inspektor Woojin. Hannah hanya mengangguk. Dia bersetuju sahaja yang penting abangnya dapat menghukum persalah tersebut. Kerana abangnya memberitahu "jika undang undang tidak menghukum mereka, jadi biarlah oppa yang mengotorkan tangan untuk menghukum mereka". Itulah apa yang dikatakan Bangchan ketika mereka berbual. Dan mungkin juga Hannah akan mengurangkan hukuman abangnya itu disebabkan rasa serba salah kerana telah memenjarakan abangnya sendiri. Kalau boleh dia tidak mahu kehilangan abang kandungnya itu sekali lagi.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now