TK (BC)

431 57 2
                                    

Tangan dihempas ke atas meja. Seorang perempuan yang berada di hadapannya terkejut sehingga bahunya terangkat. Nafas dilepas kasar.

"Ini dah melampau hannah-sshi" Kata si dia dengan nada kegeraman. Perempuan di hadapannya iaitu hannah mengeluh perlahan.

"Tolonglah inspektor Woojin. Benarkan dia selesaikan dendam dia" Kata Hannah seakan merayu. Inspektor Woojin mengeluh kesal. Mengapa dia perlu bersubahat dengan penjenayah?

"Habis tu awak nak saya bersubahat dengan semua ni? Sampai bila saya perlu menipu? Bukti sudah ada mengapa saya perlu tunggu lagi?" Soal Inspektor Woojin bertubi tubi. Kemarahannya sudah meningkat. Harini mereka mendapat berita tentang kematian seseorang. Yang menjadi masalahnya ialah orang yang mati itu tiada dalam senarai dendam Bangchan.

"Tapi inspektor. Kalau inspektor sabar sikit pasti boleh. Lagipon pasti inspektor akan dinaikkan pangkat. Jebal inspektor Woojin. Saya mahu dia berasa tenang kembali. Dia tak akan tenang selagi dendamnya tidak selesai" Terang Hannah. Inspektor Woojin merengus kasar.

"Lagipon mungkin dia tidak sengaja membunuh lelaki tersebut" Kata Hannah. Inspektor Woojin menghempaskan badannya di atas kerusi yang terdapat di pejabatnya lalu berpeluk tubuh.

"Tak sengaja? Tak sengaja sampai terbuat tanda dekat badan lelaki tu?" Soal inspektor Woojin lalu tersengih sinis. Hannah menundukkan kepalanya sebelum mengeluh lemah.

🔪🔪🔪

Bangchan duduk di dalam biliknya sambil menutup telinganya. Lututnya dirapatkan ke bidang dadanya sambil badan tersandar di tepi katil. Tangannya yang dipenuhi darah dibiarkan. Bajunya yang dipenuhi dengan percikan darah diabaikan. Dia tidak percaya yang dia sudah membunuh orang yang tidak bersalah. Semuanya gara gara sakit hati yang muncul dalam dirinya.

~flashback~

Bangchan berjalan dengan tenang memandangkan selepas ini dia sudah tiada kelas. Sedang dia berjalan untuk pulang ke rumah dia ternampak seorang gadis sedang menangis memeluk lutut. Namun wajahnya tidak kelihatan kerana kepalanya dibenamkan pada lututnya sendiri. Bangchan mendekati gadis tersebut. Gadis itu merasakan seseorang berdiri di hadapannya segera mengangkat kepala.

"Eu..eunbi?" Kata Bangchan dengan terkejut. Eunbi membenamkan kepalanya kembali. Badannya terhincut hincut kerana menahan esakkannya. Mengapa dia perlu berjumpa Bangchan dalam keadaan begini? Dalam keadaan yang memalukan dirinya.

"Hey hey. Kenapa ni?" Soal Bangchan. Tempat di sebelah Eunbi diambil. Tangannya mengusap belakang badan Eunbi dengan lembut.

Kenapa aku rasa sakit tengok dia macam ni? Jangan Chris. This is not you real self. Lagipon nanti kau sendiri yang akan buat dia menangis

Bisik hati kecil Bangchan. Betul kata hatinya itu. Dia sendiri yang akan buat Eunbi menangis seperti ini malah lebih teruk dari ini.

"Wae?" Soal Bangchan lembut cuba memujuk Eunbi. Eunbi mengangkat kepalanya. Kakinya diturunkan namun tangannya menutup mukanya yang kian memerah kerana menangis.

"Hey. Mind to share?"  Mata Bangchan masih setia memandang Eunbi. Eunbi terus memandang ke arah Bangchan membalas tenungan tersebut. Sebelum kepala di geleng perlahan sambil tersenyum nipis

"Come on mate. We are friend now. Kawan mesti lah kena tolong kawan kan?" Kata Bangchan dengan lenggok aussie nya itu. Bibirnya terus terukir senyuman yang sungguh lembut.

"Nahh it's okay. Saya taknak susahkan awak" Kata Eunbi perlahan. Kepalanya dipalingkan ke arah jalan raya semula. Bangchan terus menarik Eunbi agar menghadap ke arah dirinya.

"Look. Awak tak pernah susahkan saya. Remember. Tiada rahsia antara kawan right?" Soal Bangchan lembut masih lagi memujuk Eunbi. Sedikit sebanyak hati Eunbi menjadi cair mendengar kata kata Bangchan. Dia mengangguk perlahan. Dia menarik nafas dalam sebelum memulakan cerita.

"Appa. Dia paksa saya kahwin dengan anak lelaki kawan business dia" Kata Hannah. Bangchan menggenggam penumbukkanya.

"Tapi saya taknak. Saya tak kenal siapa lelaki tu. Lagi pon appa cakap dia nak saya kahwin dengan lelaki tu supaya saya hidup senang. Dan mereka pon bakal ada waris untuk membangunkan syarikat tu. Tapi saya tau tu semua cuma alasan. Appa sebenarnya hanya mahukan harta sahaja. Memandangkan bapa lelaki itu antara kawan business dia yang paling kaya" Terang Eunbi lalu menghembus nafas perlahan. Bangchan mengetap bibirnya. Tangannya digenggam kuat akibat rasa amarah dan dendamnya yang semakin menebal.

"Siapa nama lelaki tu?" Soal Bangchan dengan suara bergetar kerana amarahnya tetapi dia pandai sembunyikan getaran suaranya itu.

"Choi Youngjae" Kata Eunbi perlahan. Bangchan mengusap lembut rambut Eunbi sambil tersenyum.

"It's okay. Just imagine yang semua ni cuma mimpi dan esok awak akan sedar kembali" Kata Bangchan. Eunbi tertawa kecil.

"Awak sepatutnya ambil course psychology" Kata Eunbi sambil tertawa kecil. Bangchan tersenyum melihat senyuman Eunbi sudah kembali. Eunbi melihat  jam di tamgannya.

"Oppss i have class right now. Pergi dulu. Bye" Kata Eunbi sebelum bergerak pergi. Tangannya dilambaikan ke arah Bangchan. Bangchan membalas lambaian tersebut sambil memerhatikan Eunbi sehinggalah bayangannya hilang. Telephone di poket dikeluarkan. Nama 'Shownu hyung' ditekan olehnya.

"Hello hyung. Aku nak minta tolong hyung carikan maklumat tentang seseorang... Nama dia Choi Youngjae" Kata Bangchan lantas mematikan telephone selepas mendengar balasan dari Shownu. Kakinya membuka langkah untuk pulang ke rumahnya sebelum ke rumah Shownu.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now