TK(BC)

442 57 1
                                    

"Hyung. Aku nak tukar rancangan" Kata Bangchan. Shownu di hadapannya terus memandang diri Bangchan yang bajunya masih lagi dipenuhi tompokkan darah. Ye Shownu datang ke rumah Bangchan untuk menenangkan diri Bangchan.

"What?! Chan kau nak buat apa pula kalini? Jangan ubah plan boleh tak?" Marah Shownu. Geram dengan sikap Bangchan yang suka membuat perkara sesuka hati.

"No hyung. Aku nak juga tengok orang tua tu mati depan mata aku" Kata Bangchan. Shownu meraup wajahnya sambil mengeluh kasar.

"Chan. Look. Kau nak ke diri kau tertangkap polis sebelum sempat kau bunuh orang tua tu?" Soal Shownu. Baru sahaja Bangchan ingin menjawab Shownu terus menyuruh Bangchan untuk senyap.

"Ok shh. Diam. Kau tak ingat tadi? Disebabkan kau terburu buru diri kau hampir tertangkap. Kau nak benda tu jadi lagi ke?" Soal Shownu marah. Bangchan mengeluh perlahan.

"Hyung bukannya marah kau Chan. Kau tau kan yang hyung sayangkan kau macam adik hyung sendiri. Hyung taknak apa apa berlaku pada kau, Chan" Kata Shownu lalu duduk di sebelah Bangchan. Bangchan menunduk.

"But hyung. Aku tak boleh hyung. Dia bunuh keluarga aku depan mata aku sendiri hyung. Aku nak tengok dia mati depan mata aku" Kata Bangchan lalu meraup wajahnya. Shownu mengeluh perlahan.

"Ok apa plan kau?" Soal Shownu. Bangchan tersenyum sebelum menceritakan semua rancangannya kepada Shownu.

🔪🔪🔪

Harini Bangchan bergerak awal walaupon kelasnya lambat lagi. Dia berjalan sambil mendengar lagu pada earphonenya. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek hoodie. Kepala hoodie tersebut berada di atas kepalanya. Dan ya dia nampak sungguh bergaya walaupon pakaiannya itu simple.

Mood Bangchan sungguh baik pagi ini. Setiap orang yang dia nampak pasti akan diberikan senyuman. Bangchan berjalan sambil tersenyum. Para pelajar di U tersebut memandang pelik ke arah Bangchan. Ada juga yang tersenyum melihat ketampanan Bangchan.

Bangchan berjalan dengan sangat gembira. Namun senyumannya terus termati apabila ternampak Mr. Kwon bersama anaknya di hadapan U tersebut. Langkah Bangchan menjadi perlahan. Dia melihat wajah Eunbi yang kelihatan sedikit muram. Setelah kereta Mr. Kwon hilang dari pandangan Bangchan terus mengejar Eunbi yang jauh ke hadapan.

"Eunbi!!" Laung Bangchan. Eunbi terus berpaling memandang me arah empunya suara tersebut. Eunbi terus tersenyum melihat Bangchan yang sedang mengejar dirinya.

"Awak free tak? Or ada class?" Soal Bangchan. Eunbi tersenyum lalu menggeleng.

"I'm free" Kata Eunbi. Bangchan tersengih lalu menarik tangan Eunbi menuju ke cafe keluarga Lino.

Buka sahaja pintu dia ternampak semua rakannya sedang berkumpul. Tumpuan mereka beralih ke arah tangan Bangchan yang sedang menggenggam tangan Eunbi. Masing masing menutup mulut seperti terkejut. Bangchan melihat ke arah pandangan mereka. Terus terlepas genggaman tersebut. Bangchan berdehem sedikit. Teragak agak Bangchan ingin menyuruh Eunbi masuk ke dalam. Eunbi tergelak kecil melihat Bangchan malu seperti itu. Mereka berdua terus mengambil tempat di mana mereka semua berkumpul. Eunbi kelihatan kekok di situ memandangkan dia masih lagi baru dan masih lagi dalam sesi kenal mengenal.

Bangchan terus mengambil tempat di sebelah Han Jisung. Han menyiku lengan Bangchan untuk mengalih perhatian Bangchan. Bangchan memandang Han.

"Lain macam hyung kalini? Something happend?" Soal Han Jisung. Hyunjin yang terdengar terus mencelah.

"Haah hyung. Happy je. Heboh satu U ni yang hyung datang datang senyum macam baru lepas bercinta" Kata Hyunjin. Changbin di hadapan Hyunjin terus memandang Hyunjin dengan wajah keliru

"Kau cakap apa ni setan? Berbelit lain macam. Nak ganti Lino ke?" Soal Changbin.

"Amboi. Ngumpat aku nampak" Kata Lino yang sedang menatang air untuk Bangchan dan Eunbi.

"Tch. I mean ermm macam mana eh nak cakap" Kata Hyunjin sambil menggaru kepalanya. Bangchan tergelak kecil.

"Takpe takpe. Hyung faham apa yang kau nak sampaikan" Kata Bangchan. Hyunjin menjeling Changbin di hadapannya.

"Tengok Chan hyung boleh faham kenapa hyung tak faham?" Soal Hyunjin.

"Ish korang ni. Gaduh pulak. Aku pukul kang" Sampuk Seungmin. Pedih telinganya mendengar perbalahan rakan rakannya itu.

"Mana ada gaduh. Kitorang bergurau je" Kata Changbin. Seungmin menggeleng kepalanya berkali kali.

"Gurau memang macam tu eh?" Soal Jeongin yang kelihatan sepeti lurus. Pembaris. You know. Felix di sebelah Jeongin tergelak sambil menepuk nepuk belakang Jeongin.

"Aigoo ayenn. Jangan lurus sangat boleh tak ahahhaha" Kata Felix sambil tergelak. Bangchan tergeleng melihat rakan rakannya yang kecoh apabila berjumpa.

"Sorry Eunbi. Diorang memang macam ni" Kata Bangchan. Eunbi tersengih kecil.

"It's okay. Saya tak kisah pon. Seronok kalau dapat kawan macam ni" Kata Eunbi. Bangchan mengangguk. Mereka berdua terus membuat hal masing masing. Tanpa sedar diri mereka diperhatikan oleh rakan rakan yang lain. Kedua mereka menjadi bahan bualan rakan yang lain tanoa mereka sedar disebabkan yang lain membuat bising.

"Kau tengok tu. Sweet lain macam tapi tak couple juga" Bisik Lino pada mereka semua. Mereka mengangguk mendengar kata kata Lino.

"Tapikan. Hyung rasa diorang suka sama suka tak?" Soal Jeongin.

"Ish. Mestilah. Kalau tak, takdenya dua dua senyum macam kerang busuk" Kata Hyunjin.

"Kau yakin ke kerang busuk senyum macam tu?" Soal Han kelihatan seperti blur.

"Ish tu pepatah lah" Marah Hyunjin. Han tersengih sedikit sebelum tertumpu pada Bangchan dan Eunbi semula.

"I think yeahh diorang suka sama suka" Kata Felix. Mereka mengangguk dan masih lagi memerhatikan Bangchan dan Eunbi. Entah apa yang dibualkan Bangchan dan Eunbi sehinggakan tidak perasaan yang mereka berdua sedang diperhatikan.

[C] The Killer || Bangchan ✓Where stories live. Discover now