By : maidjeonjungkook
Title: Regret
Cast : Kim Jungwoo x Park Sohyun (You)
Genre:
------Langkah lemah gemalai Jungwoo diperhatikan olehku. Sejujurnya, sudah 5 tahun aku bersahabat baik dengan Jungwoo, si sotong. Ianya kerana Jungwoo sangat selesa dibuat kawan. Sikapnya baik, suka mendengar segala masalah.
Namun, Jungwoo ni lembut. Atau bahasa kasarnya, pondan. Banyak kali aku diejek dan dicaci kerana bersahabat dengan Jungwoo, namun aku tak kisah.
Tetapi hari ni, kesabaranku hancur.
Kau mesti tomboi kan? Jungwoo pulak pondan. Sesuai lah tu!
Tak sedar diri! Lelaki pondan juga kau pilih!
Kalau parents kau tahu yang anak dia ni suka pondan, mesti dorang kecewa.
" Hey girl, ppali! Lembab jalan ni kenapa nyahh? " soal Jungwoo dan tangannya diayunkan memanggilku yang masih termangu di belakang.
Aku tekad. Segalanya mesti ditamatkan hari ni.
" Kenapa ajak aku pergi taman ni, Jungwoo? " soalku. Mataku melilau melihat sekeliling taman. Tiada orang. Mungkin kerana jam baru menginjak ke angka 11 pagi. Matahari juga sudah makin menegak diatas kepala.
" Sohyun... " Jungwoo memanggilku. Dengan suara yang garau. Suara lelaki sebenarnya.
" Huh? "
" Selama ni aku tahu aku membebankan kau. Aku memalukan kau sebab aku lembut. "
" Aku tahu aku pondan. "
" Aku tak sado macam lelaki lain. "
" Aku tak pandai mengayat macam lelaki lain. "
" Tapi hari ni aku nak kau tahu yang aku.... "
Jantungku berdebar. Apa yang cuba disampaikan oleh Jungwoo?
" Kau nak cakap apa ni Jungwoo? " soalku. Senyuman hambar diberikan. Cuba mengawal rasa gemuruh.
" Aku sukakan kau, Park Sohyun. "
Deg.
Aku terkaku. Pengakuan oleh Jungwoo membuatkan aku hilang akal.
" Lawak apa kau nak sampaikan ni, Jungwoo? Aku tak dapat tangkap. Hehe, maaflah lemb-- "
" Aku betul-betul cintakan kau. Sejak 5 tahun yang lalu. " Jungwoo memotong kata-kataku. Sekali lagi aku terdiam. Mata Jungwoo tajam memandang mataku. Ini bukan Jungwoo yang lembut.
Tapi aku dah bertekad. Jadi aku mesti lakukan.
" Maaflah. Tapi aku kena tolak kau. " balasku. Jungwoo tergamam memandangku. Pandangannya penuh sayu.
" Kenapa, Sohyun? I thought you do like me too. "
Jungwoo meminta penjelasan. Aku mendengus kegeraman.
" Aku malulah, Jungwoo! Aku kena ejek tomboi sebab kau! Dorang cakap aku ni tak sedar diri sebab berkawan dengan pondan macam kau! Ada kau ambil tahu? Kau tak pernah kisah! Aku penat! " aku menghamburkan segala-galanya. Jungwoo mengetap bibir dan menunduk. Perbuatannya membuatkan aku mahu menyambung lagi marahku.
" Tup-tup harini kau confess! Kau dah gila?! Kesabaran aku dah hilang, Kim Jungwoo. Pondan macam kau boleh berambus daripada hidup aku. Aku tak nak tengok muka kau. Kita putus kawan. And gelang ni... "