Request by : chanmalican-
Made by : solerosha
Casting : Hong Joochan (Golden Child) & Park Mikyonh
Genre : romance
Title : Blind Date 💞💓?
" Omma,buat kali yang ke 146.........MIKYONG TAK NAK PERGI BLIND DATE LAH! " Mikyong membulatkan matanya sambil memandang Puan Park.
" Mikyong,kamu tu single tau.Umur dah cukup untuk ada lima anak.TELL ME KENAPA KAMU MASIH NAK SINGLE SAMBIL PAKAI SINGLET? "
Straw Vitagen yang digunakan tadi digigit geram oleh Mikyong.Dia tak ada alasan munasabah mengapa dirinya masih single.Baginya,single itu mudah bukan macam orang bercinta.Gaduh sikit,mulalah meroyan menangis tak tentu pasal.
Mikyong ni bukan tak cantik,malah sebenarnya dia lengkap dengan pakej comel omel.Banyak saja orang yang cuba mengambil hatinya.Tetapi malangnya,hati Mikyong sekeras batu lesung milik Puan Park.
" Hah,orang tua tua kata diam tu tanda setuju.Jadinya,boleh ye keluar dengan dia tu? Mana tau,terbuka hati kamu tu.Bukan selalu yok? "
Dengan rasa berat hati,Mikyong mengangguk.Dia bangun lalu masuk ke dalam biliknya.Mikyong menghempaskan tubuhnya ke atas katil.Kerepek kentang berjenama lays diambil lalu dikunyah.
" Ish, mesti ada cara untuk elak namja tu dari berkenan dengan aku... Maklumlah,aku ni lawa eheks.Tapi aku tak nak berkenalan dengan lelaki sembarangan! "
" Mikyong's sexy brain! Pleaseee,pleasee do your job! Help me juseyo! "
Kerepek kentang dikunyah sambil berfikir. Tiba tiba,dia berhenti. Bungkusan kerepek kentang dipandang lama. Mikyong berdiri tegak secara drastik.
" Ha! Lelaki tak suka perempuan gemuk! Aku dah lama tak workout.Asyik makan je kat rumah.So mesti aku dah gemuk! Hehehe," Cermin dituju lalu tubuhnya dipandang dari atas ke bawah.
Senyuman lebar tadi mula memudar.Perut dan pingang dipicit dengan khyusuk bagi mencari secebis lemak." Ke..Kenapa aku dilahirkan kurus? HUWAAAAAAA,AKU NAK GEMUK LAHH ," Mikyong meraung dengan penuh perasaan.
Disaat semua manusia cuba menguruskan badan,Mikyong bersedih kerana dilahirkan kurus.Sebanyak mana pun Mikyong makan,berat badannya tidak akan pernah naik walaupun satu gram.Jarang sekali dia naik berat badan.
" Jakkaman,lelaki tak suka perempuan gemuk...Sama juga dengan perempuan banyak makan! HAAA! Aku akan bagitau dia yang aku ni banyak makan eheks.Mesti dia turn off dengan aku! "
Kini semangat Mikyong untuk mematahkan hati lelaki itu semakin berkobar kobar.Nama lelaki tu pun dia tak tau.Yang dia tau,namja itu anak milik pasangan Encik dan Puan Hong.
Dia kenal dengan pasangan itu.Tapi langsung tak mengambil tahu tentang anak mereka.Malas..
" MIKYONG! DARI KAMU DOK MERAUNG RAUNG KAT ATAS TU,BAIK PILIH BAJU NAK PERGI BLIND DATE!"
Terkejut Mikyong dari berangan." Aigoo omma ni.Macam manalah appa boleh kahwin dengan omma.Garang mengalah singa Rawr!"
" OMMA DENGAR TAU! "
Terus mencicit Mikyong bergerak ke arah almari bajunya." Aduh,kenapa pulak takde baju yang buruk ni.Nanti kalau aku pakai tak lawa,mesti namja tu tak nak kat aku."
" Lagi pun,omma mesti marah bila aku pakai selekeh." Baju dipilih tanpa banyak soal.Bedal sajalah apa pun,janji dia nak balik cepat.Esok dia kena bersiap sedia dengan rancangan yang diaturkan.
Bersedia kau namja! Akan aku buat kau patah hati dengan aku.Muahahahahaha.
💔