Na Jaemin by Ain 🐒

50 9 35
                                    

Request by : eunrighthere
Made by : maidjeonjungkook
Casting : Na Jaemin ( NCT ) & Son Hanjin
Genre : Highschool romance
Title : My Love Sign

-------

" Woi nerdy! "

Sekali lagi, aku diganggu oleh mamat ni. Jembalang tanah.

Na Jaemin.

Aku tak tahu apa dosa aku, sejak aku masuk sekolah ni, aku selalu kena ganggu dengan Jaemin dan geng Dreamiesnya. Katanya nama Dream dipilih sebab dorang menjadi Dream setiap pelajar untuk dijadikan kekasih.

Euww, jijik aku.

Dengan langkah malas, aku berpaling kebelakang. Memandang Jaemin dan gengnya menghampiri aku. Beg sandangnya dicampak ke muka aku dengan rasa tak bersalah.

" Bawa beg aku sampai kelas. " arahnya. Aku hanya mengangguk. Sejujurnya aku masih tak ada kawan kat sini. Jadi, tak adalah orang yang nak selamatkan aku.

Tiba-tiba sahaja beg sandang milik Jaemin ditarik oleh seseorang. Aku segera memandang wajah pelakunya.

Renjun.

" Sampai bila kau nak buli dia? Dahlah, hari ni aku bawa beg kau sampai kelas. " kata Renjun lantas menapak laju. Jaemin nampak tercengang namun tak pula dia melarang.

Dream terdiri daripada Jaemin, Jeno, Renjun, Haechan, Chenle dan Jisung. Dan sejujurnya aku menyukai Renjun.

Ala kira dia crush akulah. Sebab dia lain daripada lain. Dia baik, dan sedikit bertimbang rasa. Dia tak buli aku macam yang lain. Sebab tu aku suka dia..

Jaemin je yang sekelas dengan aku manakala ahli lain di kelas yang berbeza. Dan aku juga duduk disebelah Jaemin didalam kelas.

Jijik.

" Cadbury tu bagi sikit. " kata Ryunjin kepada Yeji, salah seorang classmate aku.

Ryunjin, Yeji, Yuna, Chaeryeong, Lia. Dorang hot macam Dream juga kat sekolah ni. And dorang pun pembuli.

" Dah habis pun. " balas Yeji lantas pembalut plastik cadbury itu dia baling ke lantai.

" Woi Son Hanjin! " jerit Yuna. Aku mengetap bibir sebelum berpaling.

" Ya? "

" Kemas ni. Sapu and lap sekali sisa coklat lantai ni. " arah Yuna sebelum satu grupnya ketawa kuat. Aku memandang Jaemin yang sedang tidur disebelah mejaku.

Dia tak nak tolong aku ke?

Aku mengatur langkah perlahan kearah mereka. Segera aku mencangkung lantas plastik coklat itu aku kutip.

Malu sebab seisi kelas memerhatikan aku sekarang. Rasa seperti maruah dipijak. Tanpa aku sedar, aku mengeluh kecil.

" Kau mengeluh ke tadi hah?! " Lia yang menyedari segera menarik tanganku untuk berdiri.

" Kau dahlah tak ada kawan! Lepastu nak mengeluh pula bila aku suruh buat kerja! Kau sedar tak?! " Chaeryeong menunjal kepala aku. Sakit, namun aku tak mampu melawan.

" Tolong jangan buli saya lagi. " rintihku, perlahan.

" BERANI KAU NAK ARAH AKU?! " Yeji mengangkat tangan mahu menamparku. Aku segera memejam mata menanti sebarang tamparan dipipi.

Satu saat...
Dua saat...

Aku masih tak rasa sakit. Aku membuka mata dan tergamam melihat apa depan mata.

Highway To HeavenWhere stories live. Discover now