"sini ke?" Tanya afiqah.
"Ye, sini la yang kita jumpa batu tadi kan?" Tanya diana untuk memastikan kesahihan tempat tersebut.
"Ye betul la" kata Aminah.
"Jom mula sekarang" sambung Aminah.
Haffa yang masih mengantuk hanya mengangguk.
Mereka berempat berpegangan tangan lalu menyebut.
"Rembulan"
"Rembulan"suatu tempat terpencil didalam hutan sempadan kayangan emas.
"Rembulan"
Rembulan terjaga dari lena.
Dia cuba mendengar kembali adakah yang didengarnya sebentar tadi itu benar."Rembulan"
Rembulan terkejut. Benar, dia dengar bisikan mereka memanggil dirinya.
"Rembulan"
"Suria, suria. Bangkitlah wahai gadis, aku terdengar sesuatu menyeru namaku. Adakah itu suara batu ii emas itu?"
Suria bingkas bangun dan cuba mendengar nya juga.
"Rembulan"
"Benar, mereka menyeru kau rembulan. Segeralah kau bersiap dan ketemu mereka. Bawalah mereka kemari, kayangan emas amat memerlukan mereka." Kata suria lalu membuka balang ajaib.
"Rembulan"
"Kau sedia rembulan?" Tanya suria.
Rembulan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
Suria menaburkan serbuk ajaib ke atas kepala rembulan. Lalu keluar asap yang mengelilingi rembulan. Setelah itu rembulan hilang ditelan asap.
Di dunia.
"Rembulan"
"Okay dah, itu yang terakhir" kata Aminah.
"So now?" Tanya haffa.
"Bara kata tunggu kemunculan rembulan" kata Aminah.
"Tapi mana?" Tanya diana.
Belum sempat sesiapa menjawab. Kawasan tersebut dipenuhi dengan asap yang berbau wangi. Mereka berempat kelihatan teruja.
Lalu setelah asap itu hilang muncul seorang lelaki.
"Rembulan?" Tanya Aminah.
"Benar aku rembulan, jadi kamu berempat lah batu ii emas itu. Aku bebesar hati dapat berjumpa dengan kau semua." Kata rembulan.
"Apa kau mahu dari kami?" Tanya diana.
"Pertolongan kamu semua" kata rembulan.
"Bagaimana kami dapat membantu kamu?" Tanya haffa.
"Ikut aku ke kayangan emas. Aku akan ceritakan segalanya disana" kata rembulan lalu menaburkan serbuk ajaib ke sekeliling.
Serbuk tersebut bertukar menjadi asap lalu mengelilingi HADA dan rembulan.
Mereka hilang ditelan asap.
Kayangan emas.
"Kau sudah pulang" kata suria gembira melihat rembulan kembali dengan selamat.
"Jadi merekalah batu emas itu?" Tanya suria.
"Ya benar" jawab rembulan.
"Gembira bertemu kau wahai pahlawan, aku suria" kata suria tersenyum lalu tunduk hormat.
"Suria dan aku tinggal disini bersama lagi seorang sahabat kami, iaitu gerhana." Kata rembulan.
"Untuk pengetahuan kau, kawasan ini bukanlah kawasan kayangan emas . Ini hanyalah sempadannya sahaja" kata suria.
"Kenapa kamu tinggal di sempadan dan bukannya kota?" Tanya diana.
"Kerana kami merupakan pelarian" kata rembulan.
Tiba ii,
'krekk' bunyi pintu ditolak kelihatan seorang lelaki masuk bersama jala dan sebakul ikan."Ini gerhana bulan" kata suria.
"Gerhana bulan, inilah batu ii emas itu" kata rembulan.
"Mereka telah tiba?" Gerhana bulan terkejut mendengar kedatangan batu emas.
"Iya, ini mereka" kata rembulan.
Gerhana bulan meletakkan segala benda yang dipegang nya lalu tunduk hormat.
HADA tersenyum kepada gerhana bulan.
"Sebentar, rembulan. Kau kata kau pelarian, mengapa?" Tanya Aminah.
"Biar aku ceritakan sejarah kayangan emas kepada kau semua" kata rembulan.
Kayangan emas merupakan kota yang sungguh aman dan harmoni dengan rakyatnya yang saling bertolak ansur antara satu sama lain. Mereka berada dibawah kepimpinan raja zamrud. Raja yang sangat baik dan adil, raja zamrud berkawan baik dengan sangkala dan rembulan. Mereka berdua dilantik menjadi pembesar tertinggi di istana. Namun setelah kemangkatan raja zamrud, tiada pewaris bagi takhta raja zamrud. Maka berlakulah pergolakan apabila ada yang menyokong untuk menabalkan rembulan sebagai raja ada pulak yang sebaliknya.
Setelah para pembesar berbincang, mereka mengambil keputusan meminta bantuan 4 batu emas sebelum berlakunya peperangan antara dua pihak.
Maka keluarlah bara, kambus, jernih dan bayu. Mereka memberi jawapan bahawa rembulan lah yang layak menaiki takhta. Setelah mendengar keputusan tersebut, sangkala berasa sangat marah lalu membuat onar diseluruh negara.
Perbuatan sangkala cuba dihalang oleh tentera negara kayangan emas, namun gagal lalu mereka meminta bantuan 4 batu emas.
4 batu emas hairan mengapa sangkala sangat sukar untuk ditewaskan lalu mereka meminta pertolongan bola sakti untuk mengetahui akan kekuatan sangkala.
Bola sakti mengatakan bahawa sangkala telah pun mempunyai batu bima sakti. Batu itu merupakan batu kedua yang sangat berkuasa dialam itu. Batu itu berada di gunung maut dan sekarang ianya ditangan sangkala. Bola sakti mengatakan lagi bahawa sangkala boleh dikalahkan dengan gabungan 4 batu emas. Namun risikonya sangat besar, negara kayangan emas mungkin akan musnah akibat kuasa dashyat yang terhasil daripada gabungan 4 batu emas itu. Namun itu satu ii nya jalan untuk mengalahkan sangkala.
Semasa sangkala sedang mengamuk, 4 batu emas bergabung kuasa lalu menyerang sangkala. Mereka menembak sangkala dengan cahaya emas. Dan dalam masa yang sama kayangan emas mula hancur sedikit demi sedikit, rakyat mula bertempiaran lari menyelamatkan diri. Sangkala gagal untuk menyerang balas lalu tumbang ditangan 4 batu emas.
Disekeliling sangkala mula terhasil sangkar emas yang mengurung dirinya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Namun dia tidak akan berdiam diri, dia menggunakan kuasa terakhirnya dengan menembak 4 batu emas sehingga mereka tercampak keluar dari alam itu. Setelah itu sangkala pun tewas dan lena untuk jangka masa yang panjang.
Rembulan mengambil masa bertahun-tahun untuk membina kembali negaranya. Setelah itu dia melantik suria sebagai ketua bidadari. Gerhana bulan dilantik sebagai ketua pembesar. Gerhana matahari pula dilantik sebagai ketua pertahanan. Gerhana bulan dan gerhana matahari merupakan pasangan kembar.
Sehingga suatu hari, sangkala terjaga dari lenanya. Namun bernasib baik kerana dia hanya diam didalam sangkar emas itu. Demi keselamatan negara terjamin, rembulan mengarahkan gerhana matahari untuk menjaga dan mengawal sangkala. Akibat perasaan dendam kerana dirinya diberikan tugas sebegini manakala gerhana bulan diberikan tugas yang mudah dan senang, gerhana matahari menganggap rembulan memilih kasih. Ditambah dengan godaan dan hasutan sangkala akhirnya gerhana matahari bertindak melepaskan sangkala daripada sangkar emas dengan menggunakan serbuk ajaib yang dicuri dari istana.
Setelah sangkala bebas, sangkala segera memporak perandakan keadaan negara. Demi keselamatan rembulan, gerhana bulan dan suria membawa dia lari dan bersembunyi di hutan sempadan.
Maka negara itu sekarang dibawah jajahan sangkala dan gerhana matahari dijadikan pembantu tertinggi nya.
YOU ARE READING
PERANG KEAMANAN
FantasyKayangan emas merupakan negara yang aman, rakyat disana hidup dengan harmoni. namun setelah berlakunya perebutan kuasa diantara sangkala dan rembulan, negara itu menjadi porak peranda. Sangkala merupakan seorang yang kejam dan zalim, rembulan perlu...