Majlis itu diadakan secara besar-besaran, semua penduduk dijemput tidak kira di sempadan mahu pun kota, miskin mahupun kaya, semua berkumpul meraikan kebebasan.
Sedang semua bergembira tiba-tiba kedengaran gendang dipalu. Itu menandakan bahawa rembulan akan memberi sedikit ucapan.
"Terima kasih kepada rakyat beta semua kerana sudi datang ke majlis ini, semua ini beta lakukan untuk kalian. Tanpa kalian, tidak lengkaplah kayangan emas. Dan beta juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu beta dalam perjuangan mengalahkan sangkala demi keamanan dan kebebasan kayangan emas. Terutama batu-batu emas yang sudi datang dari alam dunia ke alam kita semata-mata demi membantu negara kita. Berikan tepukan gemuruh untuk mereka" kata rembulan mengakhiri ucapannya.
Kedengaran tepukan yang begitu gemuruh daripada rakyat kayangan emas.
"Hidup rembulan!" Jerit sang hitam selaku penjaga istana utama.
"Hidup rembulan!" Sahut rakyat.
"Hidup batu emas!" Jerit sang hitam
"Hidup batu emas!" Sahut rakyat.
HADA hanya memerhatikan rakyat jelata yang sedang gembira menikmati jamuan.
Tiba-tiba afiqah bersuara
"Haffa, lihat!" Katanya teruja sambil menunding jari ke satu arah.
Haffa melihat ke arah yang dimaksudkan oleh afiqah, begitu juga Diana dan Aminah.
Setelah itu haffa kelihatan teruja, dia dan afiqah mengangguk serentak lalu berlari meninggalkan Aminah dan Diana yang masih terpinga-pinga.
"Kalian!" Jerit haffa.
Lalu bonda kesum, Sardon, kasih dan beberapa orang daripada puak mereka berpaling kearah haffa.
Kasih kelihatan teruja lalu berlari menerpa ke arah afiqah, mereka berpelukan.
Manakala Sardon berlari lalu berhenti dihadapan haffa.
Mereka berbalas senyuman, bonda kesum yang memerhati hanya tersenyum.
Diana dan aminah melihat afiqah dan haffa dari jauh.
Kelihatan mereka rancak berbual dengan orang yang telah menyelamatkan mereka tempoh hari.
"Mana orang yang selamatkan kau?" Tanya Aminah kepada Diana.
Diana segera menajamkan penglihatan nya, lalu dia tersenyum lebar saat terlihat kelibat dingin.
"Jumpa!" Jerit Diana lalu berlari meninggalkan Aminah.
"Menyesal aku tanya" kata Aminah sambil melihat Diana yang meninggal kan nya.
"Dingin!"
Dingin menoleh.
Kelihatan Diana yang sedang melambai teruja ke arahnya.
Setelah itu Diana berlari menuju ke arah dingin.
"Apa khabar kau?" Tanya dingin dengan senyuman.
"Baik, kau?" Tanya Diana pula.
Lalu mereka meneruskan perbualan bersama.
Aminah sekarang berada diberanda istana dan menopang dagunya sambil melihat awan, dia sebenarnya sedang menunggu seseorang.
Rembulan datang kepadanya
"Kau tidak sertai yang lain meraikan majlis ini?" Tanya rembulan lalu duduk disebelah Aminah.
"Sebenarnya....." Belum sempat Aminah menjawab tiba-tiba muncul lohong hijau, lalu keluarlah pohon.
YOU ARE READING
PERANG KEAMANAN
FantasyKayangan emas merupakan negara yang aman, rakyat disana hidup dengan harmoni. namun setelah berlakunya perebutan kuasa diantara sangkala dan rembulan, negara itu menjadi porak peranda. Sangkala merupakan seorang yang kejam dan zalim, rembulan perlu...