"Finally sampai pun kita" kata haffa lalu turun dari teksi
"Ni ke sekolah baru kita? Not bad" kata afiqah sejurus turun dari teksi.
"Woi ii, meh angkat beg dulu. Pakcik ni nak pergi dah" panggil aminah sambil mengangkat beg ii turun dari bonet.
Haffa dan afiqah segera pergi ke arah Aminah yang sedang menurunkan beg.
"Eh, dah siap. Baru nak tolong" kata haffa sambil tersengih.
"Banyak la awak" kata Aminah.
"Berapa pakcik?" Tanya diana.
"40 ringgit"
"Nah, baki tu pakcik simpan je. Saya sedekah" kata diana sambil menghulur not 50 kepada pakcik teksi tersebut.
"Terima kasih nak, semoga murah rezeki" kata pakcik itu sambil tersenyum lebar.
"Sama ii"
Lalu diana bergerak ke arah kawan-kawan nya.
"Uuuuuuuu, masyuk nampak" kata Aminah.
"Tak nak sedekah kat aku jugak ke?" Sakat afiqah.
"Haah doh, aku tengah rabak ni" kata haffa.
"Eh ii, anak orang kaya senyap eh" kata Diana sambil menjeling haffa.
"Eh bila pulak?" Tanya haffa.
"Ntah kaya kaya je la" kata afiqah
"Tu lah la pasal" sambung Aminah pula.
Lalu mereka bergerak ke pintu pagar sekolah.
"Aik?" Haffa masih berdiri hairan.
Aminah, diana dan afiqah tersenyum jahat kerana dapat menyakat haffa.
Sebaik saja teksi pakcik itu pergi mereka terus masuk ke dalam sekolah
Mereka akan tinggal di asrama sekolah itu. Pada mulanya mereka tidak mahu berpindah sekolah namun setelah didesak oleh keluarga masing-masing akhirnya mereka setuju.
"Perhatian semua, ini merupakan pelajar baru yang akan bersekolah dan tinggal di asrama ini. Saya harap awak boleh berkawan dan membantu mereka apa yang patut. Baiklah awak berempat sila pilih katil awak, saya keluar dulu. Kalau ada apa ii masalah, boleh cari saya di bilik guru" kata puan Zaharah lalu keluar.
Haffa, Aminah, Diana dan afiqah bergerak ke katil yang dihujung sekali.
Pelajar ii lain hanya memandang mereka.
HADA (haffa, Aminah, Diana, afiqah) mereka bukanlah sombong dan tidak mesra alam. Namun mereka jenis yang akan berborak hanya jika ditegur.
Afiqah memandang pelajar ii yang sedang melihat mereka lalu dia menghadiahkan senyuman, namun pelajar ii tersebut hanya memandang kosong dan menyambung kerja mereka.
"Eeeeee, sombong gila" kata afiqah lalu duduk diatas katil.
"Biar lah Dorang" kata Diana sambil mengeluarkan baju daripada beg dan dimasukkan ke dalam loker.
"Gais, aku ada masalah ni" kata Aminah dalam nada berbisik.
"Apa dia?" Tanya haffa.
Ketiga tiga mereka memandang Aminah dengan wajah serius.
"Aku.... Aku sebenarnya.... Aku lapar" kata Aminah lalu tersengih menampakkan gigi.
"Kau an" Diana memandang dengan pandangan tidak puas hati.
"Eh!" 'gedebuk!'
Sebuah beg besar telahpun jatuh menghempap Aminah.
"Aduh...." Kata Aminah sambil menggosok kepalanya.
"Hahahahhaha" gelak haffa, diana dan afiqah.
"Sorry ii, saya nak tarik beg tu naik atas. Tapi berat sangat, tu terlepas. Tak sangka jatuh atas awak" kata haffa masih lagi tertawa.
"Karma" kata Diana dan afiqah serentak.
Pagi itu mereka bersekolah seperti biasa. Walaupun masih baru mereka telahpun digemari dan menjadi buah mulut guru ii. Hal ini kerana kumpulan mereka sangat aktif dan gemar bersaing dengan kumpulan lain didalam kelas. Dan itu juga membuatkan mereka mendapat banyak haters dalam waktu yang singkat.
Petang itu mereka mengambil keputusan untuk meronda kawasan sekolah tersebut untuk menyesuaikan diri.
"Kita nak mula dari mana?" Tanya afiqah.
"Dari blok belakang lalu kita menuju ke blok hadapan" kata aminah.
"Okay set, makan cepat la. Nanti ada banyak masa nak jalan." Kata Diana.
"Wei asal blok ni usang sangat?" Tanya haffa.
"Ni kan blok lama" jawab Diana.
"Buat apa kita datang blok ni?" Tanya afiqah.
"Mana aku tahu minah" jawab Diana.
Haffa, Diana dan afiqah memandang Aminah.
"Ntah la, kaki aku jalan aku ikut jer" jawab Aminah selamba.
"Kau kannnn" belum sempat mereka bertiga membelasah Aminah tiba ii terlihat cahaya emas dari sebalik almari.
"Wei apa tu?" Tanya Aminah. Dia mula merapatkan diri dengan kawan ii nya.
"Tengok jom" kata haffa.
Haffa mendahului lalu diikuti yang lain.
Terlihat empat batu yang berwarna emas dengan lambang, setiap batu mempunyai lambang masing ii.
"Wow cantiknya" kata HADA serentak.
"Ambik jom" kata afiqah
"Kau kan....... Good idea" kata haffa.
"Boleh ke?" Tanya diana ragu ii.
"Ala bukan ada tuan pun, ambik je la. Ntah ii ni ex senior seni pun pastu diorang tinggal kat sini." Kata Aminah.
" Okay" kata Diana.
Mereka masing ii mengambil satu batu setiap orang. Tanpa berebut dan tanpa berbincang mereka mengambil batu ii itu namun mereka berpuas hati dengan pilihan masing ii.
YOU ARE READING
PERANG KEAMANAN
FantasíaKayangan emas merupakan negara yang aman, rakyat disana hidup dengan harmoni. namun setelah berlakunya perebutan kuasa diantara sangkala dan rembulan, negara itu menjadi porak peranda. Sangkala merupakan seorang yang kejam dan zalim, rembulan perlu...