Setelah beberapa hari mereka berlatih dengan tekun, akhirnya sudah tiba masa untuk mereka mencari cahaya terakhir.
HAFFA & AFIQAH
"sekarang tugas kami sudah selesai. Petang ini, akan ada satu cahaya hijau datang menjemput kau berdua untuk bertemu rakan ii mu semula. Ikutlah cahaya itu, dan kau akan menjumpai rakanmu dan sesuatu yang akan membantu kalian untuk sampai ke gunung maut." Kata bonda kesum.
Haffa dan afiqah diam mendengar ayat itu.
"Sekarang, berehatlah kalian kerana petang ini kalian akan menempuh cabaran yang besar" sambung bonda kesum lalu bangun dan bergerak ke khemah utama.
Setelah bonda kesum beredar, muncul Sardon dan kasih.
Sardon pergi kepada haffa manakala kasih pergi kepada afiqah.
"Nampaknya petang ini kita akan berpisah, aku gembira dapat bertemu dengan kau" kata Sardon.
"Bukan rezeki kita untuk berkenalan dengan lebih lama" kata haffa
Sardon mengangguk lemah bersetuju dengan kata-kata haffa.
"Mengapa kasih?" Tanya afiqah setelah melihat kasih hanya menunduk ke bawah dengan sedih.
"Aku akan kehilangan seorang sahabat jika kau pergi" jawab kasih.
Walaupun mereka berkenalan dalam waktu yang singkat, namun mereka telah pun menjadi sahabat baik kepada satu sama lain.
"Tak usah kau sedih, jika ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Ingat setiap pertemuan pasti ada perpisahan" kata afiqah memujuk kasih.
Kasih hanya tersenyum nipis.
DIANA
"Latihan kau telah tamat, waktu kau bersama puak kami juga telahpun sampai ke penghujung. Petang ini, akan tiba satu cahaya hijau yang dihantar kemari. Ikutlah cahaya itu dan kau akan berjumpa sahabat kau kembali" kata dingin.
"Sahabat ku? Aku akan dapat berjumpa mereka?" Tanya Diana teruja
Dingin mengangguk kan kepalanya.
Diana tersenyum gembira.
"Kami disini mengambil kesempatan mengucapkan ribuan permohonan maaf jika ada kami tersilap dan kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi tinggal bersama kami" tutur dingin sopan.
"Sepatutnya aku yang menuturkan kata-kata itu. Minta maaf jika aku menyusahkan kalian dan terima kasih kerana telah mengajar aku ilmu kalian" balas Diana.
"Itu sudah menjadi tanggungjawab kami" kata dingin
Diana tersenyum dan dia menghabiskan masa dengan bercerita bersama-sama puak tersebut.
AMINAH
"Petang ini aku akan menghantar cahaya hijau kepada rakan ii kau. Mereka akan datang kemari, setelah semua berkumpul kita akan bergerak menuju ke gunung maut. Kita akan mencari cahaya terakhir" kata pohon.
Aminah terkejut mendengar kata-kata pohon.
"Jadi, ini bermakna yang kau ni...."
"Ya, aku adalah jin islam. Aku yang akan membantu kalian untuk sampai ke sana" kata pohon.
"Setelah kita menjumpai cahaya terakhir, adakah kita dapat melawan sangkala?" Tanya Aminah.
"Ya, tapi setelah menjumpai cahaya terakhir. Aku sarankan kalian untuk berehat sebentar, untuk kalian mengumpul kembali kuasa kalian." Kata pohon.
"Baiklah, sekarang apa yang perlu aku lakukan?" Tanya Aminah.
"Berehat lah, kita akan menempuh cabaran yang dahsyat di gunung maut" kata pohon.
Aminah mengangguk faham.
Dia lalu segera berlari ke katil di dalam khemah lalu tidur.
Petang itu pohon mengejut Aminah yang sedang lena.
"Sudah tiba masanya untuk kita menjemput sahabat-sahabat kau" kata pohon.
Aminah mengangguk, tidak sabar rasanya untuk dia bertemu dengan haffa, afiqah dan Diana. Rindu kepada mereka semakin membuak-buak.
Pohon mengeluarkan cahaya hijau dari tangannya lalu diterbangkan ke udara. Cahaya tersebut terus menuju ke destinasi yang diinginkan oleh pohon.
HAFFA & AFIQAH
Sedang asyik mereka berbual tiba ii muncul satu cahaya hijau.
"Cahaya hijau! Dia telah datang!" Jerit kasih sambil menunding jari ke arah cahaya hijau.
"Segera ikut kemana cahaya itu pergi" arah bonda kesum
Afiqah dan haffa mengangguk lalu mengorak langkah mengejar cahaya hijau yang telah terbang pergi.
DIANA.
"Apa tu?" Tanya diana setelah melihat satu cahaya mendekati tempat duduknya.
"Cahaya hijau!" Kata Diana setelah menyedari apa yang datang menuju kepadanya, dia segera bangun
"Dingin!" Jerit Diana.
Dingin segera berlari berjumpa Diana.
"Mengapa?" Tanya dingin cemas.
"Cahaya hijau" kata Diana sambil menunjukkan cahaya itu.
Dingin melihat cahaya itu lalu berkata.
"Segera kau mengikut dia, rakan kau telah memanggil kau" kata dingin.
Diana segera berlari mengejar cahaya hijau sambil melambai ke arah dingin.
AMINAH
"Sekarang apa?" Tanya Aminah kepada pohon.
"Tunggu saja kehadiran rakan-rakan kau" kata pohon.
Aminah lalu duduk mencangkung dan mula mengukir tanah dengan kayu.
Setelah beberapa minit, Aminah mula terdengar bunyi tapak kaki yang menuju ke arahnya.
Cahaya hijau telah kembali, lalu muncul dua orang dari sebalik semak.
"Haffa! Afiqah!" Jerit Aminah lalu meluru ke arah mereka.
"Minah!" Jerit haffa dan afiqah serentak.
Mereka bertiga berpelukan selama beberapa saat. Rindu yang dipendam selama ini masih belum terubat.
"Kau okay?" Tanya afiqah tiba ii mengalirkan air mata.
"Aku okay" melihat Afiqah yang mengalirkan air mata membuatkan Aminah tidak dapat menahan sebak.
Mereka bertiga menangis bersama-sama.
"Aik, buat jejak kasih tak ajak aku pun"
Haffa, afiqah dan Aminah berpaling melihat empunya suara.
"Diana!" Jerit mereka.
"Korang!" Lalu diana berlari kearah mereka.
HADA berpelukan lalu menangis bersama-sama.
Pohon hanya melihat mereka.
"Sudahlah itu, kita harus segera bergerak menuju ke gunung maut" kata pohon menganggu sesi curahan air mata itu.
HADA mengangguk lalu mengikut pohon yang mendahului perjalanan.
YOU ARE READING
PERANG KEAMANAN
FantastikKayangan emas merupakan negara yang aman, rakyat disana hidup dengan harmoni. namun setelah berlakunya perebutan kuasa diantara sangkala dan rembulan, negara itu menjadi porak peranda. Sangkala merupakan seorang yang kejam dan zalim, rembulan perlu...