BAB 10

7 2 0
                                    

"kita sudah sampai di gunung maut" kata pohon.

HADA terpegun melihat gunung maut dihadapan mereka.

"Seramnya" kata haffa.

"Tiada siapa yang dapat keluar jika memasuki hutan gunung maut." Kata pohon

"Habis tu kita ni nak masuk, tak bahaya ke?" Tanya Diana.

"Kalian jangan bimbang, ilmu kalian telah mencukupi untuk menjejakkan kaki di gunung ini. Lagi pula, aku ada bersama kalian" kata pohon.

HADA berasa tenang sedikit selepas mendengar kata-kata pohon.

"Mari" pohon mendahului perjalanan.




Perjalanan mendaki gunung maut bukanlah mudah.

Aminah terpaksa meminta bantuan alam bagi membolehkan mereka mendaki dengan mudah, namun begitu masih ada halangan untuk mereka.

Sesampai di atas puncak, kelihatan hutan gunung maut terbentang. Sungguh seram dan sunyi, seperti tiada cahaya yang memasuki hutan itu.

HADA melihat pohon, lalu pohon mengeluarkan cahaya hijau dari badannya. Cahaya itu cukup untuk menerangi jalan mereka.

Mereka melangkah masuk, tiba di satu tempat apabila terdapat dua persimpangan mereka bingung untuk memilih jalan yang mana.

"Macam mana ni?" Tanya afiqah.

"Jap biar aku Setel" kata haffa.

Lalu dia menghantar kiriman angin untuk bertanya kan kedudukan cahaya terakhir.

"Dimanakah kau?"

Tak lama kemudian angin dari persimpangan kiri tiba, namun haffa tidak mendengar apa-apa.

Mereka menunggu kehadiran angin dari persimpangan kanan.

"Aku disini"

"Ikut kanan" kata haffa sebaik menerima pesanan balas daripada cahaya terakhir.






Mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba ii satu pokok membelit Diana.

"Argh!!!"

"Diana!" Jerit yang lain.

"Wahai pokok, lepaskan Sahabat aku" kata Aminah

"Kemana kalian mahu pergi?" Tanya pokok itu dalam bahasa yang tidak difahami orang lain kecuali Aminah dan pohon

"Kami mahu pergi mencari cahaya terakhir"

"Untuk apa kau mahu berjumpa dia? Aku telah ditugaskan untuk tidak membenarkan sesiapa pun melangkah masuk ke dalam gua di hadapan" kata pokok tersebut.

"Untuk meminta bantuannya mengalahkan sangkala" kata Aminah.

"Sangkala? Pemerintah yang kejam itu" kata pokok.

Aminah mengangguk.

Melihat pokok hanya diam Aminah segera bersuara.

"Aku berjanji. jika kau benarkan kami menemui cahaya terakhir dan jika kami menang ketika berhadapan dengan sangkala, aku akan bebaskan gunung maut daripada sumpahan gelap" kata Aminah.

Pokok kelihatan seperti bersetuju lalu dia menjawab.

"Baiklah, aku pegang akan janjimu itu"

Lalu pokok melepaskan belitan daripada tubuh Diana.






Mereka meneruskan perjalanan dan tak lama kemudian mereka menemui sebuah gua.

"Jom masuk" kata afiqah.

PERANG KEAMANAN Where stories live. Discover now