HAFFA & AFIQAH
"Arghhhhh!!!" Jerit mereka serentak.
Lalu setelah beberapa saat, cahaya hijau ditangan mereka hilang.
Di tapak tangan mereka muncul lambang, seperti lambang batu emas yang mereka ambil dulu.
"Afiqah, kau dah okay?" Tanya haffa.
Afiqah membuat isyarat tangan mengatakan dia okay.
Bonda kesum, Sardon dan beberapa orang segera menemui haffa dan afiqah.
"Mengapa anakanda?" Tanya bonda kesum cemas setelah mendengar mereka menjerit.
"Mengapa tangan kami muncul lambang ini?" Tanya haffa lalu menunjukkan tapak tangannya.
Afiqah segera melihat tapak tangannya dan baru menyedari kewujudan lambang itu.
"Adakah kalian batu emas?" Tanya bonda kesum terkejut.
"Ya, mengapa?" Tanya afiqah.
"Lambang itu......."
DIANA
"Mengapa batu emas?" Tanya dingin cemas.
"Tangan aku sakit" kata Diana.
Dingin mengambil tangan diana lalu membeleknya.
"Apa itu?" Tanya diana sebaik melihat dingin mengusap tapak tangannya yang mempunyai lambang.
"Lambang itu......."
AMINAH
"mengapa kau buat aku begini?!" Marah Aminah kepada pohon.
Aminah mengusap tangannya yang sakit.
"Lihat tapak tangan mu" arah pohon.
Aminah segera melihat tapak tangannya. Jelas terbentuk sebuah lambang.
Aminah memandang pohon. Meminta jawapan disebalik terjadinya lambang itu.
"Lambang itu......."
"Lambang itu merupakan lambang yang bermaksud kau sudah mampu menguasai dan mengawal kuasa kau. Setelah lambang itu muncul, orang yang berada bersama kau ketika itu wajib mengajar kau ilmu kedua iaitu ilmu yang dimiliki oleh puak atau makhluk tersebut." Terang bonda kesum, dingin dan pohon.
HADA terpaku mendengar ayat tersebut.
Setelah beberapa hari
HAFFA & AFIQAH
"Baiklah, sudah tiba masanya puak aku mengajar kalian ilmu kami." Kata bonda kesum.
"Ini Pak laru, dia akan mengajar bagaimana untuk mendengar perbualan orang daripada jauh. Dan ilmu itu akan diajarkan kepada haffa kerana ilmu ini memerlukan bantuan angin untuk membawa suara ii tersebut." Kata bonda kesum.
Haffa memandang Pak laru dan tersenyum.
Pak laru mengangguk tersenyum menerima haffa sebagai anak muridnya dengan hati yang terbuka.
"Ini pula kasih, dia akan mengajar afiqah bagaimana untuk terbang. Ilmu ini memerlukan bantuan tanah kerana tanah akan mengurangkan tarikan graviti terhadap sesuatu dan membolehkannya untuk terapung di udara." Sebaik bonda kesum menghabiskan ayatnya Kasih segera meluru ke arah afiqah.
"Gembira dapat mengajar kau" kata kasih sambil tersenyum.
"Aku juga gembira dapat menjadi anak murid kau" afiqah berasa selesa dengan keramahan kasih.
YOU ARE READING
PERANG KEAMANAN
FantasyKayangan emas merupakan negara yang aman, rakyat disana hidup dengan harmoni. namun setelah berlakunya perebutan kuasa diantara sangkala dan rembulan, negara itu menjadi porak peranda. Sangkala merupakan seorang yang kejam dan zalim, rembulan perlu...