BAB 5

14 2 0
                                    

Belum sempat Aminah menyambung ayatnya tiba ii muncul satu cahaya putih.

"Siapa kau?" Tanya Aminah sambil menutup sedikit matanya kerana silau.

"Aku semangat terakhir."

"Kenapa kau jumpa aku?" Tanya Aminah.

"Untuk menyampaikan amaran"

"Amaran apa?"

"Jangan kau bertempur sebelum kau menemui cahaya terakhir."

"Mengapa?"

"Kerana, sangkala hanya akan tewas jika terkena tembakan cahaya daripada gabungan kuasa ii batu emas bersama dengan cahaya terakhir"

"Jika kami bertempur sebelum menjumpai cahaya terakhir?"

"Kau akan tewas!" Tegas semangat terakhir.

"Dimana aku boleh menjumpai cahaya terakhir?" Tanya Aminah.

"Di gunung maut" balas semangat terakhir.

"Bukan ke tu tempat sangkala curi batu bima sakti?" Tanya Aminah kepada dirinya sendiri dengan perlahan.

"Ya benar"

Kepala Aminah terangkat saat mendengar balasan daripada semangat terakhir.

"Di gunung maut itu terdapat pelbagai kuasa misteri yang belum dapat dibongkarkan . Namun, amat bahaya jika kau pergi ke sana tanpa bantuan jin mahupun syaitan kerana itu merupakan tempat yang paling si*l sekali dinegara ini"

"Maknanya sangkala minta pertolongan jin dan syaitan untuk sampai ke sana?" Tanya Aminah.

"Ya pertolongan jin kafir dan syaitan. Dan ingatlah, jika kau ingin pergi ke sana mintalah bantuan daripada jin Islam kerana mereka akan menolong kau dengan ikhlas sebaliknya dengan jin kafir dan syaitan. Mereka akan meminta balasan 7 mangkuk darah wanita sunti."

Aminah tergamam mendengar pesan semangat terakhir.

"Ingatlah pesan aku wahai pahlawan keamanan" kata semangat terakhir lalu hilang.

Api ii yang mengelilingi Aminah mula reda.

"Splash!"

Air yang dibaling haffa tepat mengenai Aminah.

"Awak!" Jerit Aminah

Haffa pula ketawa dan lari bersembunyi di belakang rembulan.

Selepas ketawa mereka semua reda, Diana mula membuka mulut.

"Kau okay minah?"

"Aku okay"

"Apa jadi tadi?" Tanya afiqah.

"Aku jumpa semangat terakhir tadi."

"Semangat terakhir?!" Rembulan bagaikan terkejut.

Aminah mengangguk.

"Apa yang diperkatakan oleh dia?" Tanya rembulan.

"Dia berpesan supaya jangan bertempur sebelum kita menemui cahaya terakhir. Dan untuk menemui cahaya terakhir kita perlu ke gunung maut, untuk pergi ke sana kita perlu meminta bantuan jin Islam dan bukan nya jin kafir mahupun syaitan"

Rembulan menganggukkan kepalanya setelah mendengar kata ii Aminah

"Latihan tamat disini, aku mahu kau semua rehat" kata rembulan.

Belum sempat rembulan pergi Aminah menanyakan satu soalan.

"Bilakah kita mahu mencari cahaya terakhir?"

"Setelah kau dapat menguasai dan mengawal kuasa masing ii"

"Tapi bukankah lepas baik jika kita pergi lebih awal." Kata Diana

"Kau semua perlu mahir dahulu sebelum menjejakkan kaki ke sana. Gunung maut bukanlah tempat bermain"

Kata ii rembulan membuatkan HADA terdiam.






Di istana kayangan emas, sangkala yang sedang berehat tiba ii didatangi oleh gerhana matahari.

"Apa kehendak kau menghadap aku wahai gerhana matahari" kata sangkala dengan suaranya yang garau.

"Wahai sangkala, aku telah mendapat berita bahawa rembulan telahpun menjumpai 4 batu emas tersebut dan mereka sekarang dibawah jagaan rembulan." Kata gerhana matahari.

"Bagaimana kau mendapat berita ini?" Sangkala terkejut.

"Daripada orang yang aku hantar untuk mengintip pergerakan rembulan"

"Kita mesti berjaga jaga, aku tidak mahu jatuh tewas di tangan 4 batu emas itu lagi" kata sangkala sambil mengenggam tongkat nya yang terdapat batu bima sakti disitu.

"Aku cadangkan kau pergi ke sempadan sana dan hapuskan saja 4 batu emas itu" kata gerhana matahari sambil tersenyum sinis.

"Kau gila?! Mahu aku tewas?" Sangkala meninggikan suaranya. Namun itu tidak menakutkan gerhana matahari.

"Aku menyuruh kau berbuat demikian kerana 4 batu emas itu masih lagi belum menguasai dan tidak dapat mengawal kuasa mereka dengan baik. Dan mereka pun tidak berjumpa dengan cahaya terakhir lagi" kata ii gerhana matahari membuatkan sangkala tersenyum.

"Jikalau begitu, siapkan segala kelengkapan. Kita akan berjumpa mereka esok hari" kata sangkala lalu ketawa apabila memikirkan apa yang akan berlaku esok.

"Baiklah" gerhana matahari menunduk hormat lalu beredar.







Malam itu sedang mereka makan malam entah mengapa gerhana bulan berasa tidak sedap hati.

Dia merasakan akan berlaku sesuatu yang buruk esok pagi.

"Aku mendapat firasat yang tidak baik" kata gerhana bulan kepada rembulan dan suria setelah mereka selesai makan.

"Aku cadang lebih baik kita berjumpa bola sakti dan bertanya kan hal ini" kata rembulan.

Suria mengangguk setuju.

HADA ditinggalkan di rumah itu sementara mereka bertiga pergi berjumpa bola sakti .






"Wahai bola sakti, mengapa aku merasa tidak sedap hati. Adakah sesuatu yang buruk akan berlaku kepada kami?" Tanya gerhana bulan kepada bola sakti.

"Sangkala akan datang menyerang tempat kalian esok pagi"

Kata ii bola sakti amat mengejutkan rembulan, suria dan gerhana bulan.

"Apa yang harus kami lakukan?" Tanya rembulan.

"Aku tidak dapat menjawab persoalan mu itu. Ikutlah kata hati, dan kau akan menjumpai jawapannya." Kata bola sakti.

"Kau tidak dapat melihat siapakah yang akan menang?" Tanya suria.

"Tidak, penglihatan ku terhenti terhadap masa hadapan sehingga sangkala menyerang kalian"







Setelah kembali ke rumah, rembulan segera memberitahu berita itu kepada HADA.

"Apa?! Sangkala nak serang kita besok?" Tanya haffa.

Mereka berempat tiba ii berasa takut. Mereka belum menjumpai cahaya terakhir, malah meraka tidak mampu mengawal kuasa mereka lagi.

"Kita mesti lawan" kata ii rembulan di sambut oleh anggukan Diana dan Afiqah.

"Tapi, bukankah semangat terakhir sudah pesan. Jangan bertempur selagi belum menjumpai cahaya terakhir, jikalau tidak kita akan tewas" kata Aminah menyedarkan mereka semua.

"Kita terpaksa jikalau tidak kita akan dijadikan tawanan sangkala dan itu akan menyukarkan lagi pencarian cahaya terakhir." Kata Diana.

Aminah terdiam, dia sebenarnya masih tidak mahu untuk berperang selagi belum menjumpai cahaya terakhir

"Tidur lah kalian, berehat secukupnya. Esok kalian akan bersemuka dengan sangkala, pasti pertempuran sengit akan berlaku." Kata rembulan.

HADA memandang satu sama lain. Bersediakah mereka menghadap raja pemusnah itu? Adakah mereka akan berjaya?

PERANG KEAMANAN Where stories live. Discover now