"kau agak ii kuasa batu bima sakti sama tak dengan kuasa infinity stone dalam end game tu?" Tanya haffa.
"Ish kau ni, memain pulak" marah afiqah.
Haffa hanya tersengih manakala Diana tersenyum sambil menggeleng kepala melihat sikap haffa yang seperti budak ii.
"Rembulan, apa jadi dekat 4 batu emas tu lepas kena campak keluar alam ni" tanya Aminah.
"Mereka telah dicampak ke alam dunia. Lalu disana mereka mulakan hidup sebagai manusia biasa, namun mereka terpaksa mengeluarkan kuasa mereka dan menyimpannya disuatu tempat. Mereka bertemu pasangan masing-masing dan mula membawa haluan sendiri. Hingga suatu hari mereka menerima panggilan daripada bola sakti yang mengatakan sangkala telah berkuasa kembali dan ketika itu generasi ibu bapa kau semua. 4 batu emas bercadang memberikan kuasa kepada ibu bapa kau semua namun dibantah oleh bola sakti. Bola sakti menyatakan bahawa sangkala hanya akan tewas jika ditentang oleh generasi seterusnya iaitu generasi kau berempat." Cerita rembulan.
"Maknanya ibu bapa kami dah tahu mengenai perkara ni?" Tanya diana.
"Ya, mereka tahu. Kerna itu mereka mendesak kau supaya berpindah sekolah supaya kau dapat menemui batu emas itu" kata rembulan.
HADA terdiam dan cuba menghadam segala cerita yang diberitahu oleh rembulan. Bagaikan cerita dongeng, begitu sukar untuk mereka percaya.
"Tak mengapa, kau semua tentu penat bukan? Rehat lah dulu, nanti pagi baru kita bincang kembali bagaimana kita mahu mengalah sangkala" kata suria.
HADA mengangguk setuju, terutamanya haffa. Ianya kerana dia amat mengantuk.
Pagi itu, sebaik saja bangun HADA tidak lupa menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim. Mereka solat berjemaah dengan bantuan Suria untuk mencari arah kiblat.
"Kau tidak solat?" Tanya haffa kepada suria yang sedang asyik menyediakan sarapan.
"Aku bukan seperti kalian, aku tidak menyembah tuhan kalian. Rakyat di kayangan emas, kami tidak perlu untuk menyembah apa pun" kata Suria.
"Tapi suria...." Belum sempat haffa berkata rembulan telahpun bersuara.
"Kau semua sudah bangkit? Marilah kita berbincang bagaimana hendak mengalahkan sangkala itu." Kata rembulan.
HADA mengambil tempat di hadapan rembulan.
"Aku telahpun berjumpa dengan bola sakti malam semalam setelah kalian lena. Bola sakti telah berpesan kepada ku bahawa kita perlu meminta bantuan rakyat kayangan emas untuk membantu mengalahkan sangkala. Mereka perlu berjuang bersama, ini kerana bala tentera kita tidak mencukupi" kata rembulan.
"Tetapi, bukankah mereka dibawah tawanan sangkala? Bagaimana mereka dapat membantu kita?" Tanya Aminah.
"Itu kau serahkan kepada aku dan gerhana bulan. Kami akan mencari ikhtiar untuk mendapatkan sebanyak rakyat yang boleh." Jawab rembulan
"Bagaimana rancangan kita? Apa kedudukan kami semasa perang nanti?" Tanya afiqah.
"Kau semua akan berada mengikut posisi kuasa yang ada pada diri kau." Kata rembulan.
"Maksudnya?" Tanya diana masih kabur dengan rancangan rembulan.
"Kau Diana merupakan keturunan dewa air maka kau akan menyerang dari air. Kau haffa keturunan dewa angin maka kau akan menyerang dari udara. Kau afiqah akan menyerang dari darat kerana kau merupakan keturunan dewa tanah."
"Bagaimana pula dengan aku?" Tanya Aminah.
"Kau akan pergi ke istana semasa semua sedang berperang untuk mendapatkan batu bima sakti" kata rembulan.
"Aku masih tak faham, bagaimana kita boleh mendapatkan tentera untuk berjuang bersama?" Tanya haffa.
"Sebenarnya kita telahpun mempunyai bala tentera yang banyak diluar sana. Mereka menyamar sebagai tawanan sangkala, sebenarnya mereka hanya menunggu isyarat aku untuk mereka bertempur." Kata ii rembulan membolehkan HADA menarik nafas lega kerana tidak perlu memikirkan mengenai masalah itu lagi.
"Baiklah begini rancangan aku"
Sambung rembulan.Sebaik selepas sarapan, rembulan mengajak HADA untuk meninjau keadaan kota Kayangan emas. Namun mereka hanya dapat melihatnya dari jauh, mereka memanjat pokok ii dihutan itu. Suasana kayangan emas layaknya seperti kawasan penjara. Rakyat disana dikerah melakukan kerja berat oleh tentera sangkala yang kejam.
Petang itu rembulan mengajar HADA untuk mengawal kuasa yang dimiliki mereka.
Dimulakan dengan haffa, dia cuba mengawal angin di persekitaran. Pada awalnya dia bergelut dengan angin, namun tidak berapa lama kemudian dia mula dapat mengawal rentak angin tersebut.
"Wah!" Kawan ii nya yang lain berasa kagum.
Namun semasa kemuncak angin itu dalam kawalan haffa tiba ii dia hilang begitu saja.
"Arhhh!" Jerit haffa.
"Tak mengapa, kau masih baru lagi. Itu sudah memadai" kata rembulan.
Haffa tersenyum mendengar kata-kata rembulan.
Setelah itu Diana pula.
Dia cuba mengapungkan air di dalam bekas di hadapan. Agak lama usaha diana mula membuahkan hasil apabila air itu mula terapung. Dia melentur air itu disekeliling. Namun seperti haffa, Diana gagal mengawal air tersebut dalam jangka masa yang lama. Air tersebut jatuh ke tanah.
Diana memandang rembulan dan rembulan tersenyum. Diana tahu rembulan tidak marah, namun Diana tetap kecewa.
Setelah itu afiqah pula.
Dia mula menghentak kan kakinya ke tanah, namun tiada apa ii yang berlaku. Setelah beberapa hentakan barulah tanah tersebut mencanak naik.
Afiqah mula menghentak kan kaki dengan pergerakan. Batu yang mencanak naik itu membentuk pergerakan yang dibuat oleh afiqah.
"Yeah!" Jerit kawan ii nya yang lain.
"Baiklah, ratakan semula tanah ini." Kata rembulan.
"Err..." Afiqah tergamam. Dia pun tidak tahu bagaimana hendak membetulkan kembali tanah ii itu.
"Tidak mengapa, kau akan belajar nya nanti" kata rembulan. Setelah itu afiqah dapat menarik nafas lega.
Dan yang terakhir Aminah.
Dia mula melentur api yang sedang marak dihadapan nya. Dia mengambil segumpal api lalu dimainkan ditangannya. Dia apungkan api tersebut ke persekitaran.
"Wow" kagum kawan ii nya.
"Tak panas ke?" Tanya diana.
"Tak" jawab Aminah .
Diana mula menyentuh api dihadapan nya dengan jari.
"Auch! Panas la" Diana mula memandang Aminah tidak puas hati.
Aminah dan kawan ii nya yang lain tertawa melihat tingkah Diana. Rembulan tersenyum melihat mereka.
Tiba ii api mula marak dan menjadi besar, api tersebut mula mengelilingi Aminah dan mengurungnya.
Kawan ii nya di luar cuba membantu begitu juga rembulan
"Minah! Minah! Kau okay tak?"
"Wei, macam mana ni?"
"Rembulan, apa kita nak buat?"Afiqah, Diana dan haffa mula panik.
"Diana cuba lentur air tu ke arah api, afiqah dan haffa baling air ii tu ke api. Cepat!" Arah rembulan.
Tanpa membuang masa mereka mula mengikut arahan rembulan.
Sedang mereka berusaha diluar api, Aminah yang didalam cuba untuk keluar.
"Korang!" Jerit Aminah.
Dia mula melanggar-langgar dinding api tersebut.
"Korang, to......"
YOU ARE READING
PERANG KEAMANAN
FantasiKayangan emas merupakan negara yang aman, rakyat disana hidup dengan harmoni. namun setelah berlakunya perebutan kuasa diantara sangkala dan rembulan, negara itu menjadi porak peranda. Sangkala merupakan seorang yang kejam dan zalim, rembulan perlu...