BAB 13

8 2 0
                                    

"aduh!" Jerit Diana kecil.

Dia bangun lalu melihat sekeliling.

Dia sedang berada di atas sebuah katil yang besar dan berada didalam sebuah bilik, keadaan bilik itu sangat indah.

Setelah itu dia melihat rakan-rakannya yang lain masih lagi tidak sedarkan diri dan terbaring di katil masing-masing.

Diana bangun lalu berjalan keluar.

"Kau sudah sedar" kata suria sebaik saja melihat Diana.

Diana memegang kepalanya yang pusing.

Suria segera memegang Diana lalu mereka duduk diatas sofa.

"Aku dimana?" Tanya Diana sebaik menyandarkan kepala disofa.

"Kau berada di istana" kata suria.

"Mana yang lain?" Tanya Diana merujuk kepada rembulan, gerhana bulan dan gerhana matahari.

"Rembulan ke kota untuk mengkhabarkan berita bahawa sangkala telah tewas. Manakala gerhana bulan pula pergi melepaskan semua tawanan, gerhana matahari dan beberapa orang pengikut pergi memeriksa kerosakan di kota untuk dibaiki segera" jelas suria.

Diana mengangguk berpuas hati dengan jawapan suria.

"Kau berehatlah, aku mahu menyediakan makan malam" kata suria sambil memegang bahu Diana.

Diana mengangguk kepala, lalu suria pun beredar.








Malam itu mereka makan malam bersama-sama di meja panjang.

Sesudah makan mereka masih berada di meja itu. Hanya dayang-dayang yang mengangkat pinggan dan perkakas yang telah digunakan mereka untuk makan.

"Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian kerana telah membebaskan negara ini daripada kekuasaan sangkala" kata rembulan.

"Tidak mengapa, sudah tanggungjawab kami" kata Aminah mewakili HADA.

"Tetapi aku hairan, bagaimana kalian bisa terlepas daripada penjara sangkala?" Tanya haffa.

"Ya benar. dan gerhana matahari, bukankah dia pengikut sangkala?" Sambung afiqah pula.

"Sebenarnya...." Semua mata tertancap ke arah suria.






"Bantu kami untuk kalahkan sangkala"

Gerhana matahari terdiam.

"Mengapa gerhana matahari? Kau tidak sanggup?" Tanya suria.

"Aku tidak sanggup untuk berlawan dengan sangkala"

"Mengapa? Dia merupakan seorang yang kejam" tegas suria

"Benar kata kau, namun dialah yang menjaga aku selama ini. Walaupun dia kejam terhadap orang lain, namun dia sentiasa melayani aku dengan baik" kata gerhana matahari

Suria terdiam.

"Begini, kau ambil kunci ini. Bebaskan rembulan dan gerhana bulan. Setelah itu datang ke hadapan istana, bantu batu emas mengalahkan sangkala" kata gerhana matahari sambil menyerahkan kunci kepada suria.

"Kau?" Tanya suria.

"Aku tidak sanggup mencederakan sangkala, biarlah kalian yang menewaskan dia" kata gerhana matahari.

Suria mengangguk kepala, lalu dia segera berlari ke bawah tanah.





Bum! Krek!

Bunyi pagar bawah tanah dibuka.

Gerhana bulan dan rembulan berpandangan.

"Siapa itu?" Tanya rembulan.

"Aku suria" kata suria.

"Suria! Bagaimana bisa kau masuk ke sini?" Tanya gerhana bulan.

"Gerhana matahari yang menyerahkan kunci ini kepada ku. Dia sekarang dipihak kita" kata-kata suria menyebabkan gerhana bulan tersenyum.

Akhirnya abang kembarnya telah terbuka hati untuk membantu mereka.

Suria segera membuka pagar gerhana bulan, setelah itu dia membuka pagar rembulan pula.

"Mari kita pergi ke hadapan istana" kata suria.

"Mengapa?" Tanya rembulan.

"Disitulah sangkala dan batu emas bertempur"

"Mari" kata rembulan sebaik mendengar kata-kata suria.






Sedang mereka berlari tiba-tiba mereka terdengar suara angin

"Bantu kami"

"Ini pasti Suara angin haffa" kata gerhana bulan.

"Sebentar" kata rembulan.

Dia lalu berlari menuju ke satu bilik, selang beberapa minit rembulan kembali bersama satu botol cecair emas dan jarum suntik.

Setelah itu mereka segera berlari keluar.







"Oh begitu" kata Diana.

Suria mengangguk.

"Ehem" kedengaran gerhana matahari berdehem.

Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Aku disini ingin memohon maaf atas kejahilan aku sendiri. Rembulan aku minta maaf kerana telah salah faham dan menyangka kau memilih kasih. Kepada adik ku gerhana bulan, aku meminta maaf jika telah menyakiti hati mu. Kepada suria, aku minta maaf kerana meleraikan begitu saja hubungan kita. Dan terakhir kepada batu-batu emas, maaf kerana aku  tidak membantu mengalahkan sangkala dan menyakiti kalian terutama Aminah. Jangan risau, cecair hitam yang aku suntik itu hanyalah cecair tidur yang menyebabkan kau menjadi lemah" panjang lebar permohonan maaf gerhana matahari.

"Aku maafkan kau" kata rembulan.

Lalu mereka bangun dan berpelukan.

Gerhana bulan juga bangun dan menuju ke arah abangnya.

"Aku maafkan kau wahai kembar ku" kata gerhana bulan lalu memeluk gerhana matahari.

Setelah itu gerhana matahari melihat ke arah suria.

Suria tersenyum menandakan kemaafan telah diberi.

Begitu juga HADA.

"Kassim!" Jerit rembulan tiba-tiba.

Mereka semua melihat ke arah rembulan.

Kassim segera
datang.

"Beritahu semua rakyat jelata yang beta akan mengadakan majlis sempena menyambut kebebasan kita daripada sangkala. Dan jangan lupa khabarkanya kepada seluruh kakitangan istana supaya menyiapkan segala persiapan dan makan yang mencukupi" arah rembulan.

Kassim mengangguk lalu beredar.

Rembulan melihat ke arah mereka semua yang sedang memandang ke arahnya.

"Ini semua untuk kalian" katanya.

Mereka semua tersenyum gembira.

PERANG KEAMANAN Where stories live. Discover now