Prolog

1.4K 93 26
                                    

Seorang perempuan masuk ke dalam kelab malam Star Night. Matanya melilau mencari seseorang. Bunyi lagu yang bising membuatkan telinganya sakit. Dia mengabaikan perasaan tidak sedap hati.

Dia melangkah menuruni tangga. Bajunya dibetulkan sebelum menuju ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di bar.

"Hai. Sorang jer?", tanya perempuan itu dengan gaya menggoda.

Lelaki itu senyum sinis. Dia merangkul pinggang perempuan yang dikira GRO baginya.

"U nak teman I ke? I bosan malam ni. Jom ", lelaki itu terus menarik perempuan itu keluar dari kelab malam itu melalui pintu belakang.

Perempuan itu memeluk lelaki itu semula. Mereka kini dibelakang kelab malam. Hanya disinari dengan lampu jalan yang malap.

Perempuan itu menyilangkan tangan lelaki itu dan ditolaknya ke dinding.

"Woi perempuan! Kau pahal ha?", tengking lelaki itu yang masih lagi terlekat pada dinding.

"Saya Inspektor Lalisa. Anda ditahan atas pengedaran dadah di luar dan dalam nrgara", ujar perempuan bernama Lalisa.

Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi Lisa dengan pantas menggari tangan lelaki itu.

"Unit 1 masuk. Suspek berjaya diberkas", ujar Lisa melalui bluetooth earphones.

Selang beberapa minit, dua kereta polis dan satu jib hitam berhenti di hadapan mereka.

Lisa menyerahkan suspek ke polis bertugas. Dia tercungap cungap kepenatan. Nickyun keluar dari jib.

"Tahniah Lali. Sekarang kes dah selesai. Thanks for you", puji Nickyun selaku ketua bagi menumpaskan kes dadah yang melibatkan negara mereka dan negara luar.

"Itu tugas saya Tuan. Memang tanggungjawab kita kan?", ujar Lisa sambil menyarung jaket di tubuhnya.

Nickyun hanya mengangguk tanda setuju.

"Dah selesai. Saya balik dulu Tuan", Lisa tabik hormat dan meminta diri.

" Siapa hantar awak balik?", tanya Nickyun

Lisa menunjuk ke arah Bambam yang pandu jib lagi satu. Nickyun mengangguk faham. Lisa berlaku pergi ke arah jib dimana Bambam berada.

"Cik inspektor nak saya hantar ke mana?", tanya Bambam dengan nada gurau an

" Balik la. Penat tau. Kau ape tau?", balas Lisa dengan hujung tawanya.

"Yeah yeah ape ape jelah", balas Bambam
acuh tak acuh.

🔫🔪🔫

"Detektif Jeon! Saya arahan awak undur diri. Pasukan pemusnah bom akan sampai sekejap sahaja lagi", arahan yang diberikan ketua polis itu tidak dapat menghalang Detektif Jeon.

"Jungkook dengar arahan ketua! Undur!", jerit Detektif Lee.

Pekikan dari pembesar suara itu tidak diendahkan Jungkook. Dia perlahan lahan menghampiri kanak kanak perempuan ditengah tengah bangunan itu.

Dia menangis tersedu sedan. Matanya melirit ke arah bom yang diikat pada badannya.

"Hey hey jangan nangis. Adik selamat", Jungkook menenangkan budak itu.

Bangunan itu telah dikosongkan awal tadi. Hanya tinggal Jungkook dan budak perempuan itu sahaja.

Pihak polis dan pihak bomba agak jauh dari bangunan itu.

Jungkook cuba cabut bom masa itu dari tubuh budak itu. Bom itu berbunyi. Lagi dua puluh saat dia akan meletup.

Budak itu menangis lagi kuat. Jungkook menenangkan budak itu lagi.

"Hey jangan menangis. Adik kalau nak selamat, dengar cakap oppa. Okay?", ujar Jungkook.

Budak itu mengangguk faham.

"Oppa akan letak bom ni kat dalam lepas tu adik kena terus peluk oppa cepat cepat. Got it?", tanya Jungkook lagi.

Budak itu mengangguk laju kerana ketakutan.

Jungkook perlahan lahan melangkah ke dalam bangunan itu. Dia terus meletakkan bom itu diatas lantai dan menyepaknya jauh ke dalam.

Budak itu terus memeluk Jungkook. Jungkook dengan pantas mendukungnya dan berlari menjauhi bangunan itu.

Tit

Tit

Tit

BOOM!!

Jungkook dan budak itu tercampak tapi sempat diselamatkan oleh pihak bomba.


To Be Continued..



Undercover [•liskook•]Where stories live. Discover now