10

557 68 3
                                    

Lisa menarik Jungkook naik ke darat. Mereka kini disebuah pulau. Pulau yang tidak pasti berpenghuni atau tidak. Lisa tercungap cungap mencari nafas. Jungkook yang terbaring disebelahnya masih lagi tidak sedarkan diri.

Lisa mengesot badannya ke arah Jungkook. Muka Jungkook ditampar perlahan. "Jungkook. Jungkook!!"

Tiada tindak balas dari Jungkook. Lisa memeriksa nadi di pergelangan tangan Jungkook. Masih lagi berdenyut seperti biasa.
(dah lama tak gi skolah ntah betul ke tak ayat tu)

Dia menekan dada Jungkook berulang kali. Jungkook memuntahkan air. Dia terbatuk batuk. Lisa menghelah nafas lega.

"Kita kat mana ni.. arghh",Jungkook memegang kakinya

"Aku tak tau", balas Lisa sambil tercungap cungap. Matanya terarah pada kaki Jungkook.

Dia mengoyakkan hujung bajunya dan dibalut pada kaki Jungkook untuk mrnghentikan darah tu dari mengalir.

"Sakitlah!", marah Jungkook

Lisa senyum sinis. "Ni sikit je"

Selesai balut luka Jungkook, Lisa bangun dan meninggalkan Jungkook keseorangan di pesisiran pantai

"Kau nak pergi mana?", tanya Jungkook yang berusaha ingin berdiri

Lisa tidak membalas kerana dia kaku pada tempat dia berada. Jungkook mengecilkan matanya. Seorang perempuan menghalangkan pistol ke arah Lisa.

"Kau siapa?", tanya perempuan itu.

Jungkook terhinjut hinjut berlari ke arah Lisa dan perempuan itu. Kini perempuan itu pula kaku. Pistol ditangannya terlepas bila ternampak Jungkook. Jungkook tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mukanya tenang je.

"Kookie?", perempuan itu menghampiri Jungkook

Jungkook menepis tangan perempuan tu bila perempuan tu cuba pegang tangannya. Lisa teringat akan wajah perempuan itu. Perempuan tu sama dengan salah seorang perempuan dalam gambar dengan Jungkook.

"Kau sape? Aku tak kenal kau", balas Jungkook

Perempuan itu mengetap bibir. "Jennie noona. Kook selalu panggil noona 'Nini noona'.."

Jungkook senyum sinis. "Aku tak kenal kau. Kau salah orang. Lisa jom!", Jungkook berpatah balik.

Jennie tergamam. Lisa rasa simpati. Dia berlari ke arah Jungkook. "Kita nak pergi mana?"

"Mana mana je kat pulau ni. Asalkan tak bertembung dengan dia", balas Jungkook dingin

Tangan Jungkook ditarik perlahan. Jungkook sangkakan Lisa tetapi Jennie. "Jungkook please forgive me. Noona tau noona salah", Jennie menangis

Jungkook menepis lagi. "Jangan sentuh aku la! Kau fikir dengan maaf kau tu, aku boleh berbaik ah dengan kau ngan IU?", Jungkook teringat akan kisah silam keluarganya

"Noona tak kisah kalau Jungkook tak maafkan Noona. Tapi tolong ikut Noona balik. Sekejap je. Lagipun kesian la dengan kawan Kook", Jennie beralih ke arah Lisa

Jungkook menggulingkan matanya. Dia mula mengerang sakit bila kesan tembakannya tadi terkena air laut. Semakin memedih.

Jennie dan Lisa memapah Jungkook. Jungkook tidak boleh melawan kerana kakinya terlalu sakit.

💣💉💣

Mereka bertiga masuk ke dalam pulau itu. Suasana sunyi dan hanya bunyi burung dan ombak pantai sahaja yang memecahkan suasana. Disitu tiada apa apa selain satu khemah.

Lisa dan Jennie menolong Jungkook di atas satu batu besar. Jungkook memegang kakinya. Jennie masuk ke dalam khemahnya dan keluar balik dengan kotak kecemasan

Jennie ingin merawat luka Jungkook tapi Jungkook halang. "Lisa boleh buat", dia mengerlir ke arah Lisa

Jennie akur. Dia ketepi dan memberikan kotak kecemasan pada Lisa. Lisa senyum tipis padanya.

"Apa dah jadi dekat korang sebenarnya?", tanya Jennie tidak ingin kekok

"Tak payah tahu la", balas Jungkook tidak beradab

Lisa mengoyakkan seluar Jungkook dengan kuat bila Jungkook kata begitu pada Jennie. Jennie pula hanya mengekalkan senyumannya.

Lisa mengeluarkan peluru itu dan Jungkook hanya menahan. Jennie yang nampak semua itu terus mengalihkan pandangan.

"Siapa nama kawan kook ni?", tanya Jennie

"Lisa", balas Lisa dengan sengihan. Sambil itu dia merawat luka Jungkook

"Ouh awak boleh cakap korea?", Jennie terkejut. Dari gaya dan raup muka Lisa, dia tahu Lisa bukan orang korea

"Boleh. Nama unnie?", Lisa mula ingin berkenalan

"Tak payah tau. Bukan penting untuk kau", balas Jungkook sengaja

Lisa diam. Dia tak nak masuk campur urusan peribadi Jungkook dan Jennie

Selang beberapa minit, Jennie bertanya lagi. "Kook macam mana sekarang?"

"Boleh tak kau stop tanya semua ni. Aku penat kena tipu dengan korang berdua. Korang tinggalkan aku macam aku ni anak anjing", balas Jungkook selamba

"Noona terpaksa Kook", Jennie menangis

"Terpaksa? Ikut jantan yang kau agongkan tu. Terpaksa ke? Kau dengan dia sama je", ujar Jungkook lagi

"Bukan salah Taehyung. Dia tak bersalah Kook!! Noona yang salah",jerit Jennie

Jungkook bangun dibantu Lisa. "Bela la jantan tu! Kau dengan IU tak ada beza. Dua dua sial. Kau fikir aku percaya cakap kau ke? Sorry la", kata Jungkook

"IU unnie dah tak ada Kook!!", jerit Jennie

Jungkook tergamam

To Be Continued...

Undercover [•liskook•]Where stories live. Discover now