Bambam garu kepala dia yang tak gatal. Hampir dua hari Lisa tidak memberi apa apa info kepadanya. Banyak kali cuba dihubungi pon, masih tidak berangkat.
"Risau je aku tengok kau ni. Lisa tak bagi apa apa info lagi ke?", tanya Sorn yang baru sampai ke HQ.
Bambam mencebikkan bibirnya. "Tak langsung. Mommy daddy dia siap tanya aku lagi kenapa Lisa tak jawab call. Aku jugak jadi mangsa"
Sorn ketawa mengejek. "Kau kan 'anak angkat' mommy daddy Lisa. Thats why dorang akan target kau kalau Lisa tak angkat call", Sorn sambung ketawa
Bambam geleng. "Tapi, bukan Lisa je, Si Jungkook tu pon tak bagi apa apa info dekat HQ Seoul. Kau tak rasa pelik?", tanya Bambam curiga
"Kau biar betul? Kau check last location dia sekarang!", Sorn mula risau dan berjalan menghampiri Bambam
"Aku sentiasa tau lokasi dia okay! Dia masuk tandas pon aku tahu! Sekarang dia kat Gyeongju tapi..kejap", Bambam terdiam bila cahaya merah kecil berkelip kelip pada komputernya.
"Asal ni?", tanya Sorn
"Lisa contact aku. Tapi aku tak dengar sangat la", balas Bambam sambil memegang headphonenya kuat untuk dengar betul betul.
Sorn pon cuba dengar sekali.
"Bambam mane kau....JUNGKOOK!!!"
Talian itu mati. Bambam dan Sorn berbalas pandangan. Mata mereka terkebil kebil.
"My..", Sorn menekup mulutnya
"God", sambung Bambam
🔫🗡🔫
Lisa dan Jungkook berehat di sebuah bus stop lama. Dia dan Jungkook hampir mati dibunuh kuncu kuncu Liu. Lisa termenung memandang darah yang penuh pada tangannya.
Flashback
Lisa sempat menoleh ke arah bot Kai yang semakin jauh. Tiba tiba dia dapat rasakan ada yang memerhati. Jungkook pula dah jauh meninggalkan Lisa di belakang. Dia toleh dan baru sedar yang Lisa tiada. Dia menggulingkan matanya.
"Woi cepat la. Kau..", langkah Jungkook terhenti bila 3 orang lelaki memandang.
Jungkook hanya diam dan berjalan menghampiri Lisa.
3 orang lelaki tadi menyambung kerja mereka dengan mengangkat kotak ikan masuk ke dalam lori. Sambil tu mulut mereka tak henti henti cakap dan separuh berbisik. Mereka berbalas pandangan dan mencuri pandang ke arah Jungkook dan Lisa
Lengan Lisa direntap. "Kau buat ape lagi ni? Cepat la", Jungkook menarik Lisa.
"Ade orang perhatikan kita",ujar Lisa perlahan dan menunjukkan reaksi biasa
"Aku tau. Cepat", Jungkook menolak Lisa ke belakang satu gerai lama dan mereka bersembunyi bila bunyi enjin lori dihidupkan.
Jungkook mencuri tengok ke arah 3 orang lelaki yang berada dalam lori tu. Sangkaan dia dan Lisa betul. 3 orang tadi memerhatikan mereka berdua dari tadi.
YOU ARE READING
Undercover [•liskook•]
ActionSatu kes penyeludupan dadah yang melibatkan dua negara. Thailand dan Korea. Mereka terpaksa menghantar dua orang anggota polis iaitu Inspektor Lalisa dan Detektif Jungkook untuk menyelesaikan masalah ini. "Tak sekarang ni, aku bagitau apa yang aku n...