Diatas bot, Jungkook hanya mendiamkan diri. Hanya suara Jennie,Lisa,Jisoo dan Kai sahaja yang memecahkan kesunyian
Kawan yang dikatakan Jennie tadi sebenarnya ialah Jisoo dan Kai. Jisoo ialah kawan kepada Jennie dan Kai ialah sepupu dia. Kai suka menghabiskan waktu cuti dengan membawa bot. Kebetulan juga, dia akan tolong hantarkan Jennie ke pulau yang sama atas keinginan Jennie sendiri. Tu pon Jisoo yang suruh.
"So Lisa.. kawan awak tu memang pendiam ke?", tanya Jisoo lalu mengerlir mata ke arah Jungkook
Lisa pandang ke arah Jennie. Jennie memberi isyarat mata supaya tidak memberitahu Jisoo yang itu ialah adiknya.
"Uhm..haah dia pendiam sikit", balas Lisa gugup
"Ouh yeke. Kenapa dengan kaki-"
"Jisoo! Apa cerita dengan tunang kau tu? Dah balik Korea ke?", sampuk Jennie. Dia taknak Jisoo tanya apa apa pasal Jungkook
"Dia dah balik. Tapi dia merajuk dengan aku la", cebik Jisoo
Dahi Jennie berkerut. "Why?"
Jisoo mula membebel pasal tunangnya itu. Manakala Lisa berpaut pada dinding bot dan berjalan menghampiri Jungkook. Jungkook buat tak endah je.
"Kau tak rasa bersalah?", Lisa separuh berbisik
"Ape dia?", Jungkook jeling ke arahnya
"Tak cakap apa apa dengan Jennie unnie", ujar Lisa
Jungkook menggelengkan kepalanya. "Sikit pon tak"
Lisa menghelah nafas berat. Dia kesian tengok Jennie dari semalam ingin berbuat baik dengan Jungkook tapi Jungkook tidak layan.
Dia teringat bila Jungkook memberi amaran kepada Jennie sebelum naik ke dalam bot.
'Buat buat kau tak kenal aku. Dan jangan ckp dengan diaorang aku ni adik kau'
Kata kata Jungkook pada Jennie tadi betul betul kasar. Tapi Jennie hanya balas dengan senyuman. Kenapa dia sanggup menderita macam ni?
🔫🗡🔫
Lisa dan Jungkook naik ke jeti dibantu Kai. Jisoo dan Jennie tidak naik kerana destinasi mereka bukan di Gyeongju.
"Thanks oppa hantarkan kitaorang",ucap Lisa
"Sama sama Inspektor Lalisa..dan Detektif Jungkook",ujar Kai perlahan. Takut didengari Jisoo dan Jennie
Lisa dan Jungkook berbalas pandangan. "Macam mane.."
Flashback (malam tadi)
Jimin dan Rosé sampai di HQ Seoul. Kebetulan masa mereka sampai, mereka bertembung dengan Komander Woo Bin. Rosé memberitahu tentang Jungkook dan Lisa yang tidak memberi apa apa maklumat ataupun lokasi terakhir padanya.
"Rosé bawa bertenang. Saya akan memaklumkan hal ini pada kawan saya yang bertugas di Gyeongju dan mencari Jungkook dan Lisa", ujar Komander Woo Bin
"Saya harap tak ada apa apa yang berlaku Tuan. Lepas diaorang naik bot semalam, saya tak tahu apa yang dah jadi lepas tu",ujar Rosé
Komander Woo Bin berfikir seketika. "Saya takut kalau kalau orang Virote menyamar jadi orang yang bawak bot. Awak tahu kan, macam mana hebatnya diaorang menyamar dan sembunyi dari pihak polis?"
"Saya tahu Tuan. Dan saya harap boleh dapatkan bantuan dari tentera laut sekali. Kalau Tuan benarkan", Rosé menundukkan wajahnya.
"Saya benarkan", ujar Komander Woo Bin sebelum berlalu pergi.
"Nanti dulu", dia berpatah balik. Rosé dan Jimin berbalas pandangan
"Kenapa Tuan?", tanya suami isteri itu serentak
"Kawan saya bertugas di Gyeongju dan sekarang..dia ambil cuti. Apa kata awak cuba contact dia dan beritahu hal ni? Nama dia Kai, tentera laut. Dia suka habiskan masa dekat laut",ujar Komander Woo Bin sekadar memberi cadangan
"Ouh terima kasih Komander" ucap mereka berdua lagi sebelum Komander Woo Bin berlalu pergi.
Rosé berjalan laju ke arah meja kerja. Komputer dihidupkan dan jari dia mula menari di atad papan kekunci. Mata Jimin terkebil kebil.
"Chagi cari ape?", tanya Jimin
"Nombor phone orang tu. Well, im a hacker and im pro at this",ujar Rosé bangga
Seketika kemudian, Rose dapat nombor panggilan Kai dan biodatanya sekali. Dia cepat cepat mendail nombor itu pada telefon dan menunggu sehingga panggilan dijawab.
"Siapa ni?", suara dihujung talian mula kedengaran
Rosé menyebut nombor kod miliknya dan Kai membuat perkara yang sama
"So Inspektor Park, apa yang boleh saya bantu?", tanya Kai
"Seorang pegawai kami dan seorang lagi pegawai dari Thailand 'hilang' sejak pagi tadi. Diaorang sepatutnya melaporkan pada saya tapi sampai sekarang..saya tak dapat apa apa dari mereka. And they should be at Gyeongju by now",ujar Rosé dengan laju
"I see.. jangan risau saya akan cuba tolong Inspektor", balas Kai
"Ok thanks. Dua orang pegawai tu, Inspektor Lalisa dan Detektif Jeon Jungkook"
End Flashback
"Good luck in your mission", ucap Kai lalu berjabat tangan dengan mereka berdua sebelum melompat ke dalam bot.
Lisa dan Jungkook berjalan menjauhi jeti itu dan meneruskan misi.
"Kau cakap apa dengan diaorang tadi?", tanya Jisoo
"Tak ada apa apa la. Diaorang tanya jalan nak pergi ke ..mane ntah", tipu Kai
"Ouh.. ingatkan ape le tadi", Jisoo mencebik
Jennie tahu yang Kai menipu tapi dia kena diam. Dia taknak benda ni kecoh.
To Be Continued.....
YOU ARE READING
Undercover [•liskook•]
AksiSatu kes penyeludupan dadah yang melibatkan dua negara. Thailand dan Korea. Mereka terpaksa menghantar dua orang anggota polis iaitu Inspektor Lalisa dan Detektif Jungkook untuk menyelesaikan masalah ini. "Tak sekarang ni, aku bagitau apa yang aku n...