Flashback 5 tahun yang lalu..
Jungkook berlari laju meninggalkan Jimin, Dong Min dan Rosé yang menjerit memanggilnya dari dalam kelas. Dia lari laju keluar dari kawasan sekolah.
Kertas keputusan peperiksaan digenggam kuat. Dia tercungap cungap setibanya sampai di rumah.
"Noona!!",jerit Jungkook kegembiraan dan meluru masuk ke dalam rumah. Jennie berlari menuruni tangga. Jungkook menunjukkan keputusannya pada Jennie tetapi Jennie tidak perasan.
"Kook noona dah lambat. Makanan dalam fridge nanti panaskan tau!",pesan Jennie lalu mengeluarkan kasut tumit tinggi dalam almari kasut.
"Ouh tapi noona kook nak tunjuk ni..", Jungkook tidak putus asa
"Sorry kook nanti noona tengok okay? Noona dah lambat. Bye!", Jennie berlari anak dan masuk ke dalam kereta yang dipandu Taehyung.
Kereta itu memecut laju dan meninggalkan kepulan asap. Jungkook kaku berdiri disitu. Melihat kereta Taehyung yang semakin tidak kelihatan.
Dia menghentak kaki masuk ke dalam rumah. Kertas tadi diremukkan dan dicampak masuk ke dalam tong sampah. Dia mendaki tangga dan terus menuju ke bilik.
"Jungkook ah..kenapa ni?", tanya IU lalu masuk ke dalam bilik Jungkook
"Tak ada apa ah. Noona tak kerja ke?",tanya Jungkook yang masih menundukkan wajahnya
IU geleng laju. "Harini noona cuti. Jom pergi mall", ajak IU
"Kook siap sekarang!", Jungkook mencapai tuala disisi katil dan berlari masuk ke dalam bilik mandi.
IU ketawa kecil melihat gelagat adiknya. Tiba tiba telefonnya berbunyi diminta mengangkat panggilan itu.
"Hello? Ye.. Ouh yeke? Tak saya.... Ok fine", IU mematikan panggilan. Dia melepaskan keluhan kecil.
Jungkook keluar dari bilik mandi. Masih lagi memakai uniform sekolah. Mukanya yang tadi ceria kini muram kembali. Ditenung IU lama.
"Pergi la. Kerja tu kan penting", perli Jungkook dan keluar dari biliknya. IU rasa bersalah kerana mengabaikan Jungkook.
End Flashback
Jungkook termenung di bawah pokok. Langit malam yang diterangi bulan dan bintang menemani malamnya.
Tanpa dia sedar, Lisa memerhatikan dia dari tadi. Jungkook menghelah nafas berat bila teringat akan memori lamanya.
"Kau okay?", tanya Lisa
"Okay? Memang tak la. Lagi lagi bila jumpa dengan perempuan tu", Jungkook memaksudkan Jennie.
"Jennie unnie sayang kau Kook", balas Lisa
"Diam ah kau", ujar Jungkook
"Apa apa je la. Esok kita kena keluar dari sini. Jennie unnie cakap esok kawan dia datang amik dia kat pulau ni esok. And kawan dia boleh hantar kita kat Gyeongju esok", ujar Lisa dan mula berlalu pergi
"Aku sanggup mati kat sini daripada terima bantuan dia", Jungkook masih ego
"Really? Maknanya kau tak kisah la kalau ramai orang mati sebab Virote?", sedas Lisa
"Virote? Gangster Red B dari Thailand tu?", sampuk Jennie. Dia sebenarnya terdengar perbualan Lisa dan Jungkook sejak awal. Tapi bila terdengar nama Virote disebut, dia tidak boleh berdiam.
"Mana unnie tahu?", tanya Lisa pelik
"Tak payah tanya dia", balas Jungkook
Jennie duduk di atas satu batu berhampiri air terjun. Kejadian yang mengerikan pada dirinya telah berlegar legar dalam kepalanya sendiri.
"Jantan sial tu..penyebab IU unnie dan omma appa mati. Sebabkan dia, keluarga kita huru hara", suara Jennie mendatar
Jungkook ketawa sinis. "Sendiri yang salah, sibuk nak salahkan orang lain"
"Noona tak tipu. Tolong la kook maafkan Noona", mata Jennie mula bergelinang dengan air mata.
"Aku nak tidur lah", balas Jungkook lalu memusingkan badannya ke arah lain
Lisa kesian melihat Jennie. Dia berjalan perlahan lahan ke arah Jennie. Bahu Jennie digosoknya perlahan.
"Sorry Lisa", Jennie rasa malu bila masalah keluarganya diketahui orang lain.
Lisa menggeleng perlahan. "Lis okay je"
"Tapi boleh Lis tanya something?"
Jennie menyeka pipinya. "Tanya apa?"
"Apa maksud unnie, Virote penyebab keluarga unnie dengan Jungkook mati?"
To Be Continued.....
YOU ARE READING
Undercover [•liskook•]
ActionSatu kes penyeludupan dadah yang melibatkan dua negara. Thailand dan Korea. Mereka terpaksa menghantar dua orang anggota polis iaitu Inspektor Lalisa dan Detektif Jungkook untuk menyelesaikan masalah ini. "Tak sekarang ni, aku bagitau apa yang aku n...