Beberapa orang pegawai polis membuat kawasan kereta Jungkook sebagai kawasan larangan. Jalan raya menjadi sesak akibat sekatan yang dibuat.
Dua orang jahat tadi telah dibawa ke balai. Jungkook dan Lisa hanya duduk didalam ambulans. Luka kecil mereka dirawat oleh petugas.
"Detektif Jeon. Inspektor Lisa", Komander Woo Bin muncul dengan Inspektor Min disebelahnya.
Mereka berdua lantas bangun.
"Siapa punya angkara?", tanya Komander Woo Bin
"Suspek cakap diaorang dibayar untuk bunuh kami. Orang yang upah tu, nama dia Liu", ujar Jungkook
"Betul tuan", Lisa meyakinkan keterangan Jungkook
"Sekarang ni bukan Virote je kita buru, Liu juga. Siapa Liu tu biar Rosé uruskan. Kerja awak berdua cari tempat persembunyian dorang dan bawa ke muka pengadilan", tegah Komander Woo Bin dan berlalu pergi
Lisa dan Jungkook hanya balas dengan anggukan. Inspektor Min menghampiri mereka berdua.
"Esok je korang pergi Yonggu. Komander suruh aku bagitau korang, yang korang tak boleh pergi Yonggu lalu jalan darat. Sebab orang orang Virote tahu korang kat sini. Bukan Virote je, Si Liu tu pon 'lapar' nak bunuh korang", Inspektor Min mengingatkan
"Habis tu kau fikir kalau kitaorang guna jalan laut, dorang tak tau? Hello guna otak ah", balas Jungkook
"Kalau korang guna bot, sekurang kurangnya tak membahayakan orang awam. Sekarang ni bukan je dah bahayakan orang awam, menyusahkan orang jugak ah. Hello sape tak guna otak sekarang ni?", sedas Inspektor Min dengan senyuman sinis
Jungkook sekadar menggulingkan matanya. Lisa hanya mendengar perbualan mereka berdua. Inspektor Min membaling kunci ke arah Jungkook tapi Lisa cepat menangkap.
"Kunci motor aku. Korang balik la Seoul dengan motor aku", pesan Inspektor Min dan berlalu pergi ke pegawai polis yang lain.
Lisa dan Jungkook berpandangan. Jungkook mengambil kunci dari tangan Lisa dan turun dari ambulans. Lisa mengekori dari belakang.
"So kita kena patah balik ke Seoul?", tanya Lisa walaupun dia tahu apa yang dimaksudkan Inspektor Min tadi
"Iyelah. Cepat le naik", panggil Jungkook yang sudah berada di atas motor sambil menyarung helmet ke kepala.
Dia membaling helmet lagi satu kepada Lisa. Lisa tangkap dan mula memandang Jungkook seperti mahu menerkam.
"Kau pasal?", tanya Jungkook kasar
"Lagi berapa minit je, kita dah sampai Yonggu. Apa kata kita pergi tempat dekat Yonggu tu dulu baru kita balik? Lagipun.."
"Ikut arahan. Dah naik", arah Jungkook
Lisa mengeluh. Dia menyarung helmet dikepala dan sempat jeling ke arah Jungkook.
💣💉💣
Jungkook menuju ke dapur manakala Lisa pula hanya menyandarkan badan pada meja. Dia masih lagi memikirkan hal tadi.
Jungkook meneguk air sejuk beberapa kali. Pandangannya dialih pada Lisa."Kau asal?"
"Aku tak pernah dapat arahan macam tadi sebelum ni", ujar Lisa
"Maksud kau?", balas Jungkook
"Maksud aku, kita kena patah balik. Kau tau kan kita dah nak sampai Yeonggu. Why not kita sambung je perjalanan?", Lisa tidak berpuas hati
"Kau lupa? Kita boleh ancam orang awam. Dorang boleh attack kita bila bila masa", balas Jungkook
"Kat Thailand, ramai pegawai kitaorang menyamar jadi orang biasa. Dorang 24 jam undercover semua tempat sebab nak pastikan orang awam selamat dan..cari Virote. Tapi ramai yang mati..", suara Lisa mengendur
"Tu sebab nya kita kena ikut jalan laut. Bukan nyawa orang awam je selamat. Pegawai pon sama",balas Jungkook
"Hm..aa aku masuk bilik dulu",Lisa meminta diri dan masuk ke dalam biliknya.
Jungkook hanya mengangguk.
To Be Continued.....
YOU ARE READING
Undercover [•liskook•]
ActionSatu kes penyeludupan dadah yang melibatkan dua negara. Thailand dan Korea. Mereka terpaksa menghantar dua orang anggota polis iaitu Inspektor Lalisa dan Detektif Jungkook untuk menyelesaikan masalah ini. "Tak sekarang ni, aku bagitau apa yang aku n...