Lisa mengeluarkan telefon dari poket seluar apabila ianya berdering beberapa kali. Nama mommy dia tertera. Dengan pantas, dia menekan butan hijau pada skrin.
"Mommy daddy ok tak?", tanya Lisa terburu buru. Rasa rindu sangat.
"Kami okay je. Mommy nak tanya kamu okay tak kat sana?" ,tanya mommy Lisa kerisauan
"Lis okay je", balas Lisa pendek
"Ha bagusla macam tu. Jaga diri tau. Mommy dengan daddy nak gerak pergi rumah nenek", ujar mommynya lagi
Lisa sekadar mengohkan sahaja.
Jungkook disebelah hanya diam dan memasang telinga. Satu pon yang dikatakan Lisa tidak difahamnya. Rasa ingin tanya tapi tidak mahu. Takut kena cop busybody.
Seketika kemudian, Lisa mematikan talian. Jungkook berdehem. Lisa toleh ke arah Jungkook
"Ye kenapa?", tanya Lisa sopan
Baru sahaja Jungkook ingin cakap, sebuah kereta meluru ke arah mereka dari arah bertentangan.
Jungkook cepat cepat memusingkan stereng. Belakang keretanya berlanggar dengan kereta tadi. Kereta Jungkook berpusing pusing di atas jalan raya.
Lisa yang dari tadi berpaut kuat pada pemegang, cuba membuka tali pinggang di badannya. Kereta itu berhenti berpusing.
Lisa dan Jungkook cuba menendang pintu kereta beberapa kali dan akhirnya berjaya. Mereka merangkak keluar dari pintu masing masing.
"Kau ok tak?", jerit Jungkook
"Ok ok", balas Lisa
Jungkook mengeluarkan pistol pada poket jaketnya. Dia berjalan ke arah Lisa. "Siapa langgar kita tadi?", tanya Lisa
"Kau fikir aku tahu?- TUNDUK!", Jungkook menolak Lisa membuatkan Lisa tertunduk.
Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah mereka. Jungkook bersedia ingin membalas tembakan tapi dihalang Lisa.
"Jangan. Kita bagi dorang datang sini", Lisa memberikan idea nya
Jungkook terpaksa akur walaupun dia ingin bertindak dengan cara sendiri. Lisa mencuri curi pandang dari side mirror kereta. Dua orang lelaki bersenjata berjalan ke arah mereka
Lisa memberi isyarat mata pada Jungkook. Jungkook mengangguk faham dan bergerak ke hujung kereta. Mereka tunggu masa untuk serang.
Secara serentak, dua orang jahat itu menghalakan senapang ke kepala Lisa dan Jungkook. Mereka berdua undur kebelakang dan menyebabkan mereka berdua berlanggar.
"Ikut kitaorang", ajak lelaki yang menghalakan senapang pada Lisa
Jungkook dan Lisa tidak membalas. Lisa tertunduk sambil memegang perutnya.
"Bangun!", jerit lelaki tadi
Lisa memandang lelaki itu dengan pandangan sekilas. Dia menyepak kaki lelaki itu menyebabkannya jatuh tersungkur.
Rakan subahatnya ingin menembak Lisa tetapi Jungkook dengan pantas merampas senjata lelaki itu dan menembak pada kaki.Lisa dan Jungkook mengikat dua orang lelaki itu pada kereta Jungkook. Jungkook mencabut kasar topeng muka dua orang lelaki itu.
"Siapa hantar korang? Virote?", tanya Jungkook meneka
"Kitaorang tak kan bagitau!!", jerit lelaki itu
"Okay. Kau nak main kasar dengan aku kan?", Jungkook membuka penutup minyak kereta. Muncung senjata dihalakan pada lubang itu.
"Nak ke kepala korang berterabur dekat sini?", ujar Jungkool berbaur sinis
Dua orang lelaki itu menggeleng laju. "Bukan Virote. Liu yang hantar kitaorang supaya halang kau"
"Siapa Liu?", tanya Lisa dan Jungkook serentak
Sekali lagi mereka diam. Lisa mengambil senjata di tangan Jungkook dan muncung senapang dihala pada leher lelaki itu.
"Last aku tanya. Siapa Liu? Kalau kau tak jawab, aku bunuh kau", ugut Lisa
"D..dia rakan bisnes Virote. Kitaorang tak pernah jumpa dia. Kitaorang berurusan pada mesej sahaja"
To Be Continued.....
YOU ARE READING
Undercover [•liskook•]
ActionSatu kes penyeludupan dadah yang melibatkan dua negara. Thailand dan Korea. Mereka terpaksa menghantar dua orang anggota polis iaitu Inspektor Lalisa dan Detektif Jungkook untuk menyelesaikan masalah ini. "Tak sekarang ni, aku bagitau apa yang aku n...