Lisa menuruni tangga ke bahagian bawah tanah HQ Bangkok Force. Ramai anggota mencuba ciptaan baharu dan ada yang menjalani latihan mengikut kepakaran masing masing.
Lisa pergi ke arah Bambam yang tidak jauh darinya. Dia berada di bahagian alatan dan senjata untuk melakukan misi.
"Kau datang tepat pada masanya. Sini", panggil Bambam lalu mengeluarkan satu beg bimbit berwarna hitam didalam almari.
Beg itu dibuka dan isi di dalamnya membuat Lisa terkejut."Apa ni? Pil ubat ape ni? "
Bambam mengangkat tangannya menyuruh Lisa bersabar. Dia mengambil botol pil ubat yang dikatakan Lisa.
"Ni bukan pil biasa. Pil ni boleh bunuh racun atau apa apa ubat yang tak sepatutnya"
"Maksud kau?", Lisa tidak faham
"Andai kata orang jahat nak racun kau ke ape, terus makan pil ni. Kau akan sihat balik", terang Bambam
Lisa mengangguk faham. Barang perhiasan di dalam beg itu ditunjuknya. "Yang ni pulak?"
Bambam mengambil rantai perak dan diberikan kepada Lisa supaya Lisa memakainya. Lisa tidak buat masa dan memakai terus rantai itu.
"Dalam rantai ni ada cip. So kitaorang akan tau lokasi kau dekat mana. Walaupun kau at hujung dunia sekali pon", jelas bambam lagi
Lisa kagum bila mendengarnya." Bijak jugak kau kan cipta benda ni"
"Well.. Ni bambam la. Nah pakai ni jugak bila kau sampai sana", dua kotak kecil berwarna hitam bertukar tangan kepada Lisa.
Lisa membuka kotak itu. Anting anting dan contact lens.
YOU ARE READING
Undercover [•liskook•]
ActionSatu kes penyeludupan dadah yang melibatkan dua negara. Thailand dan Korea. Mereka terpaksa menghantar dua orang anggota polis iaitu Inspektor Lalisa dan Detektif Jungkook untuk menyelesaikan masalah ini. "Tak sekarang ni, aku bagitau apa yang aku n...