16

1K 72 47
                                    

Jennie menolak pintu perlahan lahan. Seorang lelaki yang terlantar di atas katil dengan bantuan mesin alat pernafasan(betul ke?) ditatap lama.

Kerusi di sisi katil ditarik dan di duduknya. Tangan lelaki itu digenggam. Sejuk. Jennie cium tangan lelaki itu dan menekap pada pipinya. Dia menangis.

Lelaki itu terjaga. Dia membuka kelopak matanya perlahan lahan. Dia mengusap pipi Jennie perlahan.

"Asal...nangis?",tanya lelaki itu perlahan.

Jennie mengukir senyuman tipis.

"Tae, aku dapat jumpa Jungkook harini. Dia tak percaya apa yang aku cakap. Apa dah jadi dekat aku, kau dengan IU", Jennie memberitahu hal yang berlaku

Taehyung senyum kecil. Hidung Jennie dicuit perlahan. "One day...dia ...percaya...cakap....kau", balas Taehyung

Jennie memeluk tubuh Taehyung. "Aku harap sangat",Jennie menangis lagi

Flashback 5 tahun yang lalu...

Jennie berlari masuk ke dalam kereta Taehyung. Taehyung memecut laju. Bayangan Jungkook dari cermin sisi buat Jennie rasa bersalah.

"Kita bernasib baik la kali ni. Sebab lokasi dia tak jauh dari jalan Hongdae", ujar Taehyung walaupun dia fokus pada pemanduan

"Huh ape?", Jennie tersedar dari lamunan. Dia memikirkan tentang Jungkook

"Aku cakap lokasi Virote tak jauh. Dia ada dekat jalan Hongdae. Kau okay tak ni?",tanya Taehyung

"Aku okay. Lagipun aku tak sabar nak berdepan dengan orang yang bunuh mak ayah aku",ujar Jennie. Dendam dia dengan Virote takkan pernah berakhir selagi dia tak dapat bunuh Virote sendiri.

Dia ingat lagi sewaktu dia berumur 14 tahun. Appanya dibunuh betul betul di depan mata dia dan IU. Omma dia pulak dirogol sebelum dibunuh. Virote melakukan sebegitu kerana appa Jennie berkeras tak nak membuat kerja haram. Disebabkan Virote terlalu marah bila Encik Kim menolak, dia melepaskan nafsu dan kemarahannya pada keluarga Jennie.

Jennie tak akan lupa sejarah hitam itu. Jungkook masih kecil waktu tu dan Dia dan IU tidak menceritakan apa apa.

Kereta Taehyung berhenti membuatkan Jennie berhenti dari lamunan silamnya.

"Dia kat dalam ni?",tanya Jennie bila Taehyung berhentikan keretanya dihadapan sebuah kelab malam.

"Iyep. Ingat.. jangan sampai kantoi", Taehyung mengingatkan Jennie.

Jennie mengangguk faham dan membetulkan pakaiannya sebelum keluar dari perut kereta.

Dia melangkah masuk ke dalam kelab malam. Kelab malam itu bising dengan muzik yang boleh memecahkan gegendang telinga. Jennie menutup mukanya dengan mask hitam.

Dia berjalan ke arah bar. Dia duduk disitu seketika sementara dia masih lagi tercari cari orang yang menjadi sasarannya.

"Encik Yoo!!",suara seorang lelaki membuatkan Jennie memandang ke arah pemilik suara itu.

Virote. Jennie menggenggam pisau ditangannya erat. Hanya sekali pandang pada lelaki itu, bayangan omma dan appa dia muncul. Dendam semakin membara.

Undercover [•liskook•]Where stories live. Discover now