Aku mempercepatkan langkah menuju ke perpustakaan, tempat yang dijanji untuk berjumpa dengan Erin. Buku di dalam pelukan ditarik erat ke dada. Sesekali mataku diliarkan melihat sekeliling. Mencari si dia. Baju kurung yang dipakai membantutkan pergerakan aku untuk lebih pantas. Tanpa sedar, aku sudah sampai di perpustakaan dan dengan segera aku mencari figura Erin.
'Alhamdullilah' aku memanjatkan syukur apabila mata aku menangkap susuk tubuh Erin yang sedang ralit menghadap laptopnya. Kaki diorak melangkah ke meja yang diduduki Erin. Lantas, kerusi ditarik dan aku menghempaskan punggung.
"Ya Allah, kau Hani! Terkejut aku. Kau ni dah kenapa berpeluh peluh ni?" Erin memandang aku pelik bercampur dengan wajahnya yang sedikit bengang. Mungkin bengang dengan perangaiku yang tiba tiba datang tanpa salam.
"Kau jangan cakap the same thing happen again" ujar Erin berbaur risau apabila aku tidak menjawab soalannya. Aku mengelap peluh di dahi dan menarik dalam nafas sebelum mengangguk. Lelah berjalan yang tak ubah seperti lumba jalan kaki masih tak hilang.
Aku lihat Erin meraup mukanya selepas melihat anggukan aku. Dia memandang aku dengan pandangan risau. Mungkin tak tahu apa yang perlu dikatakan dengan situasi yang berlaku sejak dua minggu lepas.
"Kau betul ni tak nak bagitahu family kau pasal Hazril? Aku risau lah" aku terdiam. Sudah beberapa kali aku terfikirkan benda yang sama, tapi bila fikirkan balik jarak jauh antara tempat pengajian ini dengan rumah, aku rasa tak patut untuk aku beritahu.
"Family aku jauh la. Aku taknak diorang risau kan aku" aku menjawab perlahan. Cukuplah aku menyusahkan kedua orang tuaku bila aku degil untuk mengambil bidang yang aku minat, mikrobiologi. Tambahan lagi, bidang yang aku ambil jarang jarang ada di uni tempatan. Jadi terpaksalah aku berhijrah dua negeri bagi memenuhi kehendak dan cita citaku.
"Takkan jantan tu tak faham faham lagi. Dia yang cari pasal!" Erin menghentak buku ke atas meja. Nasib baik kedudukan mereka yang agak jauh dari orang lain. Tidaklah mengganggu kotrensasi mereka yang sedang asyik menelaah.
Aku teringat kembali bila Erin ungkit perkara yang dilakukan Hazril.
_ _ _
Aku mengemaskan tudung bawal yang dipakai. Sesekali aku melirik melihat biasan tubuhku di cermin. Aku mengambil lipbalm dan aku oleskan ke bibir agar muka aku nampak segar. Kemudian, perfume berjenama victoria secret aku capai dan disembur ke seluruh badan. Hmm..wangi. Patutlah Hazril suka sangat bila aku pakai perfume ni. Secara tak langsung, bau ni jugak jadi bau favourite aku. Hek hekk..
Phone di atas meja aku ambil dan buka. Perbualan aku bersama Hazril di aplikasi whatssap aku buka dan baca sekali lagi. Ingin memastikan jam berapa dan di mana patut kami berjumpa. Jam di tangan aku kerling. Baru pukul 3:00 petang. Baguslah, memang aku bercadang ingin bertolak sejam awal kerana ingin mencari hadiah buat Hazril. Kesibukan yang dialami minggu ini membuatkan aku langsung tak sempat untuk membeli hadiah untuk birthday Hazril. Adalah beberapa hari jugak aku bersengkang mata semata mata ingin menyiapkan assigment yang diberi oleh para pensyarah. Nasib baik Hazril faham dengan kesibukan aku, jadi dua tiga minggu ini aku jarang sangat berjumpa dan berbual dengan Hazril.
***
"Semua RM55.00, ye dik" ujar cashier di hadapanku. Mukanya tak lekang dengan senyuman. Aku rasa mungkin umurnya dalam linkungan umur 30-an. Tangan aku ligat mengeluarkan duit dari dompet.
"Ni beli barang barang laki ni hadiah untuk cik abang ke dik?" Ujarnya lagi. Aku mengangguk malu. Hehehhe..cik abang kauu.. Gatalnye Sarah.
"Hahahah..tak de lah cik abang sangat. Baru dalam fasa kenal hati budi masing masing. Birthday dia hari ni. Rasa tak sopan pulak bila dia ada belikan saya hadiah, tapi saya tak beli" aku menjawab perlahan. Alahaii...engko Sarah. Jawapan kalah artis.
YOU ARE READING
Psycho Amour || The End Of Our Love
Random"I'm falling in deepest love with you Hani" "We're over! Dont you get it?!" "He's dangerous. Something wrongs with him. Trust my words" "Are you out of mind?! He's my bestfriends" "I would kill everyone who cut off our love" "Kill me!! If you really...