"Sedap??" Aku mengangguk laju dengan pertayaan Erin. Aku memilih untuk makan buger daging bersama mc flurry blueberry apabila Erin membuat keputusan untuk membelanja aku. Erin pula hanya memesan pai epal dan juice orange. Dia lebih selesa melihat aku makan. Katanya melihat aku makan dengan berselera pun dah dapat mengeyangkan dirinya. Awww..
"Err..Hani. Mmm..kau dahhh tengok The Onion?" Aku menggeleng. Kenapa dengan The Onion? Ada gosip baru ke. Ye, The Onion ni panggilan untuk aku dan Erin kepada account twitter makcik bawang yang setia meng'update' gosip gosip terbaru. Macam macam kes bawang yang ada dari hal pelajar sehinggalah ke makcik cleaner. Penyumbang utama kepada blog ni tak lain tak bukan mestilah Tasya, Khairina dan Nadia! Tapi sebenarnya aku dan Erin syak Tasya merupakan pemegang kepada akaun tersebut.
"Nama kau dah naik" aku membulatkan mata. Nasib baik aku tak tersedak daging burger. Mak aihh..cepat benor ahli ahli bawang ni. Tak sampai 12 jam dah masuk
The Onion. Padahal baru 2 jam berlalu sejak Tasya tanyakan. Ni mesti mulut Tasya!"Bro bro..siap ada gambar kau dengan Syafiq lagi siot" ok, kali ni memang aku tercekik teruk. Kalut aku mencapai air di hadapan. Yang si Erin pula cepat menepuk nepuk belakang badanku. Habis merah muka aku.
Aku terus merampas phone di tangan Erin setelah batukku reda. Jatuh rahang aku melihat hanya gambar perlakuan aku menerima donut dari Syafiq dengan kami berdua saling memberi senyuman. Dan paling mengejutkan apabila Erin tiada dalam gambar itu sedangkan waktu itu Erin berada betul betul di sebelahku! Mata aku pula beralih kepada caption yang diletak.
Baru dua bulan berputus dengan jejaka hensem si Adam Hazril, kini Hani Insyirah menjalinkan hubungan dengan jejaka hot uni, Syafiq Khairul!
Aku terlopong. What?! Sapa yang tabur fitnah dekat aku macam tabur garam ni? Sesedap rasa je. Dah cukup ke pahala tu?! Kini mata aku pula bergerak ke arah bilangan retweet. Aduyaiii.... hampir seribu orang retweet dengan pelbagai tweet. Kebanyakkan perempuan dan apa lagi marah la!
What?! Tak puas lagi ke dengan Hazril. Sekarang ni nak sailang si Syafiq pula!
Dasar minah tak tahu malu!!
Eeee...dia rampas boyfriend I! Syafiq sepatutnya dengan I
Syafiq dan Hani?! Whatdefish
Bomboolacat
Dan banyak lagi. Aku dah bawak tangan untuk picitkan kepala aku. Haihh...lepas satu satu! Mesti esok hari aku akan dihujani dengan jelingan tajam, bisikan kalbu, kata cacian makian dan tak kurang juga mungkin ada fans club yang beramai ramai bersua muka dengan aku.
"Hani.. kau sabar eh? Nanti aku talk dengan Syafiq. Mungkin dia boleh tolong. Lagipun dia bawa pengaruh besar" aku tak hiraukan kata kata Erin. Kepala aku sembamkan ke atas meja. Dont cry, Hani. You're strong girl.
***
Seperti apa yang aku sangkakan benar benar berlaku. Sekarang ni aku dalam perjalanan nak ke bilik kuliah. Semua orang memandang aku tajam. Tak kurang juga yang memberi senyuman sinis dan berbisik bisik. Ada juga sesetengah malaun yang kononya berbisik padahal suara kuat saja bagi aku dengar.
"Kau tengok perempuan tu? Eee..tak malu ke?"
"Beranikan dia datang kelas hari ni"
"Muka tak lawa pun. Hitam je aku tengok. Aku lawa lagi"
"Harap je bertudung. Tapi playgirl"
Berdesing telinga aku dengar segala hinaan dari mulut mereka. Tangan aku menggenggam kuat tangan Erin. Mahukan kesabaran. Aku tak nak melenting di sini. Cukuplah kes dahulu, bukannya makin reda tapi makin hangat diperkata orang. Erin yang perasan akan tindakan aku mengerling ke arahku. Perkataan sabar dibisikkan kepadaku. Aku hanya menganggguk perlahan. Seketika mata aku dipejam dan dicelik kembali. Aku tak nak kelihatan lemah di mata mata orang mulut busuk ni! Dan sebenarnya aku tak kisah tapi aku marah bila hal agama dikaitkan. Perempuan bertudung tak semestinya suci dari melakukan dosa. Kami bukannya malaikat.
YOU ARE READING
Psycho Amour || The End Of Our Love
Random"I'm falling in deepest love with you Hani" "We're over! Dont you get it?!" "He's dangerous. Something wrongs with him. Trust my words" "Are you out of mind?! He's my bestfriends" "I would kill everyone who cut off our love" "Kill me!! If you really...