GOLD AND GLITTERS

55 6 3
                                    

Macaroni cheese yang dah dimasak aku letakkan di bawah tudung saji. Saja aku masakkan makanan kegemaran Erin. Tanda terima kasih tentang hal semalam. Pinggan mangkuk di dalam sinki dah dicuci. Makan tengahari dah masak. Baju dah basuh dan disidai. Ruang tamu dah kemas. Apa lagi ehh?? Automatik jari dibawa ke dagu dan diketuk perlahan. Mmm...apa ehh?? Oh ya! Bilik Erin aku tak kemas lagi. Laju kaki mengatur langkah ke bilik Erin.

Tombol pintu aku pulas perlahan. Akhirnya dapat juga aku menjengok bilik Erin selepas seminggu Erin sibuk belajar. Aku menggeleng kepala perlahan melihat keadaan bilik ini. Dengan katil tak dikemas, langsir tak diikat, meja belajar pula penuh berselerak dengan kertas. Pertama sekali aku mengikat langsir dahulu tingkap pula dibuka. Hah..baru masuk udara segar dalam bilik ni. Kalau tak suram je aku tengok.  Tak ada cahaya. Kemudian kaki pula melangkah ke katil yang dipenuhi dengan teddy bear pelbagai saiz. Erin dan patung beruang, mana boleh berpisah. Kalau pergi bercuti pun pasti akan ada dua patung yang dibawa bersama sebagai peneman tidur. Bantal bantal aku tepuk perlahan dan diletakkan di tempatnya. Begitu juga dengan patung beruang Erin. Selimut aku angkat dan libas beberapa kali sebelum dilipat.

Dan akhir sekali...meja belajar Erin. Haihh..kesian Erin. Dahla minggu ni dia hanya sibuk menyiapkan assignment. Kekadang sampai seharian tak keluar bilik. Kertas kertas aku kumpulkan dan disusun. Kalau diikutkan hati mahu ja aku buang tapi takut pula kalau ada kertas yang berguna. Tangan aku beralih pula kepada beberapa fail hitam dan fail merah di atas meja. Fail fail itu aku bawak ke almari di tepi katil. Dan tiba tiba beberapa keping kertas jatuh menyapa kaki aku. Lantas badan aku tundukkan mencapai kepingan kertas yang bertaburan di kaki. Lebih kepada kepingan memo yang berwarna warni.

Automatik dahi aku berkerut bila melihatkan beberapa keping gambar yang terselit di kepingan kepingan memo pelbagai warna. Fail fail dalam pegangan aku letak di atas katil. Kemudian aku mecangkung mengutip kepingan memo dan gambar di atas lantai. Aku labuhkan duduk di atas katil apabila semuanya berada dalam pegangan. Satu persatu memo aku baca. Dikebelek belakang dan depan. Dibaca semua tulisan yang menghiasi ruang hadapan kertas.

Hani,

I'm your gold

And you're my glitters

-Your Gold-

Dan..

Hani,

Roses are red, violet are blue

I have one heart and it's all for you

-Your Gold-

Berkerut kerut dahi, kening dan hidung aku membaca coretan ini. Apa semua ni? Ok, bukan hanya kata kata manis yang ditulis ada juga pesanan untuk aku menjaga kesihatan, pujian untuk aku dan macam macam lagi.

Hani,

My glitters look so cute in that new floral blouse.

-Your Gold-

Hani,

Dont skip your meals and have a good rest at home. If your fever getting worse, go and find a doctor.

Get well soon, glitters

-Your Gold-

Kini mata aku beralih pula pada kepingan gambar. Banyak gambar aku yang diambil tanpa sedar. Waktu aku sedang makan, bersembang dengan Erin, di perpustakaan, sedang membaca buku dan banyak lagi. Waktu aku hampir jatuh pengsan pun ada! Ada lebih kurang 30 keping. Dan setiap kepingan gambar itu dikepilkan dengan nota nota ditulis. Aku hairan dan dalam masa yang sama takut. Terselit juga perasaan marah sebab Erin sembunyikan perkara ini. Tak kurang juga perasaan ingin tahu siapa gerangan orang yang menggelarkan dirinya sebagai Gold dan aku pula Glitters-nya. Dan kenapa Erin simpan ini semua?

Psycho Amour || The End Of Our LoveWhere stories live. Discover now