CRUSH

75 6 0
                                    

"Assalamualaikum" laju aku dan Erin berpaling ke muka pintu. Bukannya mencari muka para jejaka yang baru pulang dari surau, tetapi mata kami melihat jari jemari mereka dan berharap agar ada bungkusan plastik makanan. Dan ianya betul betul menjadi harapan.

Kosong

Itulah perkataan yang paling sesuai untuk aku gambarkan keadaan jari mereka. Aku menjawab perlahan salam mereka dan senyuman tipis cuba aku ukirkan walaupun aku tahu nampak plastik. Apa kesah? Yang aku tahu, perut aku memang betul betul lapar. Erin pula dah terbongkang di sofa. Lapar memang tak boleh bincang dah tu. Jarang jarang aku lihat Erin macam ni.

Aku mengikuti setiap langkah tiga lelaki itu. Tak sedar mereka diperhatikan kerana sibuk berbual tentang bola bola dan bola! Korang tak sedar ke aku dan Erin ni dah macam mayat hidup kat sini?! Selamba ketiga tiga lelaki ini duduk bersembang di sofa tanpa menghiraukan keadaan kami berdua. Kalau ikutkan hati, ringan je mulut aku nak bertanya "mana makanan aku?!!!!" Tapi bila mengingatkan balik kedatangan aku yang tak diundang ni, rasanya tak patut pula aku berbuat macam ni. Hanya keluhan berat keluar dari mulut aku. Si Erin pula ambil keputusan untuk tonton video asmr di telefon. Hampit meleleh air liurnya melihat makanan yang menyelerakan di kaca telefonnya.

Pinn! Pinn!!

Aku buat tak tahu. Malas nak ambil tahu. Heh..lapar punya pasal, otak pun dah tak betul. Aku hanya memandang gelagat Hazril dan Iqmal keluar ke pagar rumah. Kawan mungkin. Lagipun gembira semacam je aku tengok. Lelaki dan member, mana boleh dipisahkan.

Aku menyandarkan badan ke sofa. Kepala pula aku sembamkan ke tangan sofa. Tangan kanan dibawa ke perut dan diusap perlahan. Kalau sekali tengok, memang tak ubah seperti perempuan mengandung. Walaupun realitinya aku sedang memujuk perut aku agar tidak memberontak. Nanti tak pasal seisi rumah ni dengar perut aku berkeriuk keriuk. Huwaaa!! Nak nangis!

Baru mata aku nak berair, hidung aku menangkap bauan yang amat menyelerakan. Jap jap..ni bukan bauuuuu... KFC KAN?! KAN?! Aku terus tegak berdiri dan berlari ke arah Afiq dan Iqmal yanf menjinjing dua buah empat plastik KFC. Alhamdullilah, malam ni aku makan empat ketul ayam bersama sebekas besar kentang putar. Hek

***

Pagi ni turn Erin untuk membawa keretanya. Memang dah menjadi adat buat aku dan Erin untuk bergilir gilir menukar kereta. Lagipun dapat jimat minyak sekali gus menyelamatkan bumi kita! Walaupun sebenarnya tujuan utamanya ialah tak nak kebosanan waktu otw ke uni. Ditambah pulak jem nanti memang mereput. Aku segera membuka pintu pagar memandangkan Erin dah bersedia di dalam kereta. Mata aku tertacap pada sebuah kotak sederhana besar di dalam peti surat. Jarang jarang peti surat ini nak berisi kecuali dengan bil air dan elektrik.

Kotak tersebut aku ambil dan dibelek. Takkan family aku hantar? Lagipun kotak ini tak dibalut pun dengan plastik yang kebiasaannya digunakan jika dihantar menggunakan perkhidmatan poslaju ataupun yang seangkatan dengannya. Hanya dibalut dengan pembalut hadiah bercorak pikachu. Comel je aku tengok. Dahla favourite kartun. Aku memandang Erin di dalam kereta. Dia sedang sibuk menggeledah beg tagannya mencari sesuatu. Faham fahamlah beg perempuan ni macam mana. Kalah poket doraemon. Mungkin kotak ni diberi kepada Erin.

Aku membawa kotak itu dan dibawa bersama ke dalam kereta. Erin memandang aku sekilas sebelum menyambung aktiviti meconteng bibirnya. Mungkin lipstik yang dicari Erin tadi. Erin memgangkat kening melalui pantulan cermin yang digunakannya.

"Siapa punya?" Erin bertanya apabila melihat aku yang diam sahaja. Aku hanya mengangkat bahu.

"Kau punya la kot. Takkan aku. Ni bukan pakcik postmen yang hantar ni" aku berceloteh. Kotak tersebut telah beralih tangan ke Erin. Dibelek kotak itu dan kekadang digoncang.

Psycho Amour || The End Of Our LoveWhere stories live. Discover now