FANS CLUB

62 6 0
                                    

"Kau dah tahu kan?" Aku memandang muka Syafiq.

"Aku dah tahu Erin. Tapi siapa yang buat semua ni?" Aku hanya mengangkat bahu. Tanya aku? Aku bukannya detektif nak cari dalang penyebab semua ni.

"Sekarang ni tak penting siapa yang share benda benda mengarut ni. But the most important things is Hani. Her safety. Kau tahu kan betapa besarnya pengaruh kau sampai ada fan clubs?" Aku menyindir Syafiq dalam diam. Walaupun aku tahu perkara ini terjadi disebabkan mulut longkang orang lain tapi aku tetap geram dengan Syafiq. Siapa suruh bagi donut depan orang ramai?!

Syafiq mengeluh. Rambutnya diraup kebelakang. Walaupun rambutnya dah carca marba, raut wajahnya yang kacak masih tak boleh disembunyikan. Bukan aku yang cakap eh.. ni orang dalam kafe ni. Cakap mahu bikin heboh!!

"Aku tahu...haihh.. apa apapun never leave Hani alone. Perempuan perempuan tu bahaya. Cukuplah sepupu aku yang kena" aku mengangguk mengiyakan. Siapa je tak kenal sepupu rapat Syafiq? Maisarah. Kalaulah diorang announce awal awal yang diorang ni sepupu, Maisarah takkan kena serang teruk sampai dia pindah uni!

"Jadi...Hani ok tak dekat rumah? Ada siapa siapa kacau dia tak?" Aku tersentak mendengar pertanyaan Syafiq. Hani tak ada di rumah. Tapi...

"Syafiq! Hani dalam bahaya!" Terus kami berdua berlari meninggalkan kafe.

***

Aku mengerutkan dahi melihat pertambahan orang yang perlahan lahan masuk ke dalam bilik kuliah ni. Dari seorang bertambah  ke lima bertambah ke sepuluh sehinggalah hampir 20 orang di sini. Tepukan yang dihadiahkan buatku oleh perempuan berambut hitam ni langsung tak membantu. Buat aku lagi pening adalah!

Siapa diorang ni actually?

"Erkk...korang cari siapa?" Aku bangun dari kerusi. Tetapi masih setia berdiri di sini. Aku langsung tak kenal seorang daripada mereka. Ini membuatkan hati aku berdegup kencang. Tiba tiba, dua daripada mereka naik ke atas menuju ke tempat di mana aku berada. Aku terpinga pinga apabila tiba tiba tubuh aku ditarik turun ke bawah.

"Hei hei!! Korang buat apa ni?! Lepaslah!" Aku menarik narik tangan aku dari genggaman dua gadis ini. Tapi aku tak boleh bertindak lebih ganas kerana keadaan kami yang sedang menuruni tangga. Nanti tak pasal pasal ada yang kena tahan wad.

Aku ditarik tanpa belas kasihan memyebabkan aku tidak boleh mengimbangi diri. Akhirnya, kedua gadis itu menolak aku ke hadapan kumpulan mereka. Jatuh tergolek tubuh aku menghentam simen.

"Auchh" aku mengaduh sakit bila siku aku bergeseran dengan konkrit ini. Pasti siku aku dah garis garis luka. Aishhh...sapa nak sangat bertumbuk dengan aku ni? Kepala aku diangkat memandang gerangan ketua kepada kumpulan ini. Si ketua memandang aku bersama senyuman sinis.

"Hell. Erin mana kau?" Aku menggumam perlahan bila tersedar kumpulan di hadapan aku bukan boleh dibawa main.

***

Aku main rempuh semua orang yang halang laluan aku. Sampai ada yang maki mencarut aku. Well, ada aku kisah? Siapa suruh halang laluan aku. Syafiq dibelakang masih setia berlari mengikut jejak langkah aku. Dalam kepala tak henti henti memikirkan tentang Hani. Harap dia okay.

"Erin!!" Tangan aku direntap sekaligus memberhtikan langkah aku yang laju berlari. Ya Allah, nasib baik Syafiq sempat suruh aku berhenti. Kelihatan dua orang pekerja sedang membawa sebuah cermin besar untuk dibawa ke bilik fakulti seni reka. Ok, bukan dua tapi berbelas orang sedang mengangkut barangan seperti cermin tingkap, kerusi meja dan pintu ke arah bilik fakulti tersebut. Memang di sini tak boleh lalu!

"Syafiq, macam mana ni?" Aku meramas kedua belah tangan. Sumpah aku risaukan Hani. Emosi dia dahla belum stabil tentang hal semalam.

"Ok. Sekarang ni Erin rilek dulu. Jap aku fikirkan cara lain dulu" aku mengangguk lemah. Sungguh aku memang tak boleh berfikir dengan baik sewaktu cemas. Kalau ikutkan kata hati dan akal, memang dah rempuh pakcik pakcik di hadapan ni!

Psycho Amour || The End Of Our LoveWhere stories live. Discover now