PROMISE

64 4 2
                                    

Aku menghirup kopi panas di tangan. Menunggu ketibaan orang yang dinantikan. Sesekali mata mengerling ke arah jam di tangan. Bukan si dia yang lambat, tapi aku yang datang terlebih awal.

'I know you're somewhere out there'

'Somewhere far away...'

'I want you back...'

'I want you back...'

Phone di atas meja aku pandang. Panggilan dari Erin. Lantas punat berwarna hijau aku sentuh,

"Hello"

"Hello Afiq! Kau pakai baju apa weh? Pehal tak jumpa pun kau dekat sini?"

"Owh..aku ada kat bahagian belakang sikit. Menghadap luar. Baju hitam dengan topi adidas merah"

"Ok roger" terus panggilan dimatikan. Aku pula memusingkan badan mahu mencari kelibat Erin. Aku nampak Erin seperti masih lagi tercari cari akan aku, jadi aku melambai lambai tangan agar dapat mencuri perhatiannya. Erin yang perasan akan kehadiran aku menghembuskan nafas lega. Dia berjalan ke arah ku dan melabuhkan duduk.

"Aku lambat ke?" Erin bertanya sekadar berbasa basi sebelum waiter datang dan mengambil pesanan. Aku hanya mendiamkan diri terlebih dahulu memandang pelayan tadi sebelum dia beredar pergi.

"Tak, aku yang datang awal" aku berkata. Aku bosan berada di rumah keseorangan memandangkan Iqmal mempunyai tugas hari ini. Daripada aku pandang tv dan dinding lebih baik aku keluar dan jalan jalan di mall. Sekurang kurangnya tak lah aku mati mereput.

"Owhh.." hanya itu yang dibalas Erin sebelum dia mengeluarkan sampul surat berukuran A4 dari tote bagnya. Sampul tersebut ditolak ke arah aku. Aku mengangkat kening ka arahnya.

"Serius la kau percaya aku?" Entah mengapa mulut aku membentuk satu senyuman sinis. Erin menjeling sebelum bersuara.

"Yup. Kau kan kawan 'BESTFRIEND aka CHILHOOD FRIENDS' dia. Why not?" Suara Erin kedengaran mengejek di pendengaranku. Dia turut menekankan perkataan 'bestfriends aka chilhood friends'. Aku hanya ketawa sinis.

"How if...aku yang buat semua tu?" Erin memandang aku tajam sebelum dia turut tergelak kecil.

"Promise is always a promise, dude. Why would you promise me this if you do it?" Erin menyilangkan tangannya di dada dan bersandar di kerusi. Memandang aku dengan satu senyuman kemenangan. Aku hanya mengangguk perlahan.

"Okay, if you say so.... So, where's she?"

"Dia ada class. Aku ada break tiga jam sempat ka jumpa kau. Thanks god kau tak pilih tempat jauh dari uni" Erin menjawab. Aku hanya meng'ooo'kan dia kerana aku tak tahu apa lagi yang perlu dikatakan.

"So, did you need anything else? I got 1 hour and 30 minutes to go" aku berfikir apa lagi yang aku perlukan untuk memudahkan aku selesaikan perjanjian aku dengannya. Itulah, rasa bersalah punya pasal. Aku mengetuk jari telunjuk ke arah meja. Satu tabiat yang sering dilakukan setiap kali aku berfikir.

"Bagi aku list contacts dalam phone dia. Siapa yang dia rapat dekat uni dan orang yang mungkin ada berdendam takpun iri hati atau seangkatan dengannya" aku bersuara akhirnya selepas lima minit berlalu.

"Thanks god aku curi curi ambil list contacts dalam phone dia semalam. Jap aku hantar through whatssap--" jari jemari Erin bermain di kaca skrin telefon dan notification masuk ke dalam telefon aku. Aku buka dan melihat fail yang dihantar Erin.

"--got it?" Aku mengangguk.

"And Hani just rapat dengan aku dan Hazril je dekat uni. Kalau yang bencikan Hani ni, ramai jugaklah. Nanti lah aku hantar gambar sekali dengan sebab diorang bencikan Hani dekat email. Panjang ceritanya kalau nak aku bersuara"  aku mengerutkan muka. Tadi wassap sekarang main email pulak? Erin yang seperti faham akan pandangan aku menggulingkan mata dan bersuara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Psycho Amour || The End Of Our LoveWhere stories live. Discover now