KEMBAR PANDA

126 9 0
                                    

Aku mengemaskan baju yang dah berkedut. 'Susahlah pakai baju kurung kain cotton ni, dahlah melekat lekat. Lepastu cepat berkedut pulak. Haishh...' aku membebel bebel sendirian. Tangan aku masih ligat menarik narik baju ke bawah dengan harapan dapat mengurangkan kedutan di baju. Mulut masih tak berhenti henti memarahi baju yang memang tak pernah memahami kehendak aku.

"Hoi, kau dah kenapa cakap sorang sorang?" Erin memandang aku dengan muka yang berkerut. Matanya pulak ligat melihat tanganku yang tak letih letih membetulkan baju.

"Kau tengok lah baju aku pakai ni. Habis berkedut. Kalah kedut dekat muka kau" aku menjawab selamba. Terus kepala aku menjadi target tangannya.

"Aduhhh!! Sakitlah bongok" aku mengusap kepalaku perlahan. Sakit kepala aku kerana tamparan tanpa belas kasihan Erin. Erin hanya membuat tidak tahu lalu mengemaskan barang barangnya.

"Weh, jom makan kafe dulu. Lapar ah. Aku tak sempat sarapan pagi tadi. Kau lah bangun tak kejut" Hana membuka mulut. Aku pula membuat muka mendengar kata katanya. Nak salahkan aku pulak? Aku ada kelas awal pagi la cik kak oii..

"Hmm.." hanya itu yang aku balas. Malas mahu bertekak dengan Erin. Membazir air liur je. Lagipun perut aku dah memang menyanyi rock kapak dari tadi, meminta untuk diisi.

Lantas kami berdua menyusun langkah keluar dari dewan fakulti sebaik sahaja siap mengemas barang. Sepanjang perjalanan, kami hanya berbual kosong dan kekadang membalas sapaan para junior. 

"Hani, kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi beli A4 paper. For Madam Lee's class" ujar Erin sambil memegang tanganku untuk memberhentikan langkah aku. Tangan Erin diluruskan menunjuk ke arah kedai yang hendak dia pergi.

"Ok, I'll wait at the outside" aku melihat ke dalam kedai. Sesak dengan pelajar lain yang sedang membeli belah. Mungkin sebab banyak kelas yang habis serentak membuatkan kedai ini dipenuhi dengan ramai orang. Malas mahu berhimpit himpit dengan orang ramai. Entah nanti tercalit dengan peluh siapa. Euww..

Aku memandang jam di tangan. Hampir 10 minit Hana berada di dalam. 'Isyy..lamanya minah ni' aku membebel di dalam hati. Panas dan bahang di luar kedai ini langsung tak membantu aku untuk duduk diam. Sekejap kejap kepala aku diteleng melihat ke dalam kedai. Erin dah beratur untuk membayar. Aku mengelap peluh di dahi dengan tisu poket.

"Hani" aku memandang gerangan orang yang memanggil. Aku terkaku. Hazril. Tak sangka sampai hari ini dia masih mencari aku. Aku bergegas untuk tinggalkan tempat ini. Biarlah pasal Erin. Nanti pandai pandai aku telefon. Yang penting sekarang ni aku tak nak berhadapan dengan mamat yang tak faham bahasa dihapanku.
 
Baru kaki aku mahu melangkah pergi, tangan aku direntap kasar. "Hani!" kali ni suaranya lebih keras. Tangan yang berada dalam genggamannya aku cuba leraikan. Berkali kali aku cuba untuk tarik tangan aku agar dilepaskan tapi makin kuat tangan Hazril menggengggam tangan aku sampai pedih dibuatnya.

"Lepaslah bodoh!" Aku menarik tangan aku kuat dengan sekali rentapan dan tangan aku bebas. Aku lihat pergelangan tangan yang dah memerah akibat genggaman Hazril. Perlahan aku usap tangan aku yang memedih.

"Hani, please forgive me. Please come back to me. Hazril tak boleh hidup tanpa Hani. Tolonglah" ujar Hazril dihadapanku. Tak penat penat mamat ni meminta agar kami kembali seperti dulu. Hazril ni memang betul betul mencabar kesabaran aku. Dengan panas yang membahang, memang membuatkan aku tidak boleh bersabar.

"Kau ni memang tak faham bahasa eh?! Aku dah cakap kita dah tak ada apa apa! Kau pergilah dekat minah Raisya kau tu!" Nada suara aku naik seoktaf. Pandangan orang sekeliling aku tak hiraukan. Biarlah orang kata perangai tak sama dengan penampilan aku sebagai wanita bertudung pun. Asalkan hidup aku bebas daripada mamat tak guna. Naik lemas aku apabila hampir dua minggu setelah kami berputus, Hazril masih merayu rayu meminta aku kembali kepadanya. A big no lah!!

Psycho Amour || The End Of Our LoveWhere stories live. Discover now