Bunyi azan subuh dari masjid berhampiran mengejutkan aku dari tidur. Aku mamandang jam di atas meja. 5:45 pagi. Lantas aku memaksa tubuhku untuk bangun duduk walaupun kantuk masih lagi menyebulungi diri. Mata yang masih separa terpejam aku pisat perlahan. Dengan terpaksa, aku bawa juga diriku untuk berjalan membersihkan diri. Nak tak nak, terpaksa juga aku untuk bersiap awal kerana kelas Sir Hamid yang bermula jam 8 pagi.
"Hello baby!! Sedapnya bau" aku menjulingkan mata ke atas mendengar kata kata Erin. Sekejap aku melirik Erin yang baru keluar dari bilik. Tangannya tak henti henti membetulkan tudung shawl yang dipakai.
"Tak payah nak ber'baby' sangatlah. Muntah hijau aku kat sini" aku membuat mimik muka meloya sambil tangan membawa sebekas penuh nasi goreng kampung yang baru dimasak. Hmm..sedap! Si Erin pula dah terkekeh kekeh ketawa mendengarkan kata kataku.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi lalu mencedok nasi ke dalam pinggan. Lupa pula aku untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum menjejakan kaki di meja makan. Jadi terpaksalah aku berpatah semula ke dapur.
Hei, aku perempuan Melayu terakhir tau.
Aku kembali berada di meja makan.
Dengan bacaan bismilillahirahma.."Hani, tambahkan aku sesenduk lagi nasi" laju aku mengangkat kepala memandang Erin. Membulat mata aku memandang pinggan Erin yang dah lincin kecuali ikan bilis yang diasing tepi. Biar betul minah ni?!
"Woi! Kau kebulur tak makan setahun ke?!" Aku melihat Erin dan pinggannya berkali kali. Erin pula buat muka tak tahu dan mengorek sisa makanan di celah giginya dengan pengcukil gigi.
"Senonohlah sikit gila!" Pinggan yang berisi nasi aku suakan kepada Erin sambil menjelingnya tajam. Apa jenis anak dara lah si Erin ni?
"Habis kelas jumpa dekat kafe tau. 2:30 petang sharp! Jangan lewat macam selalu eh. Kau tu bukan boleh pakai" aku memandang Erin serius dengan harapan dia tak akan lewat macam selalu. Ada aje alasan Erin bagi bila lambat. Cirit biritlah, prof nak jumpalah, jatuh longkanglah, jumpa anak kucing comel dan tak boleh tahan godaan kecomelanlah, macam macam. Kadang kadang aku pelik macam manalah si Erin ni ada beribu ribu idea alasan setiap kali dia lambat.
"Hmmm" dan itu je balasan Erin terhadap aku. Tumpuannya masih kepada nasi goreng di dalam pinggan.
***
"So, lepas kelas nanti teman aku pergi airport eh? Kau jangan lupa janji kau" aku mengingatkan kembali Erin tentang janji yang dibuat dengan aku semalam. Minah ni bukan boleh pakai, nanti ada je alasan dia guna. Erin hanya mengangguk mendengar kata kataku. Matanya masih ralit memandang telefon pintar di tangan. Akhirnya, hanya kesunyian yang menamani aku dan Erin sepanjang perjalanan ke kelas.
"Hani!" Aku menoleh ke arah punca suara. Hazril sedang melambai lambai ke arah aku dengan bibir mengukir senyuman. Aku hanya membalas semula senyuman. Aku lihat banyak orang menoleh ke arah aku kerana panggilan Hazril. Hazril pula dengan selambanya berjalan ke arah aku tanpa rasa segan. Sedangkan ramai yang melihatnya dan tak kurang juga yang berbisik bisik. Heh, mengumpat la tu.
Salah ke kalau ex kita berkawan baik dengan kita? Well, aku dan Hazril memang dah berkawan baik malah lagi rapat dari sebelum ni. Lagipun kejadian tu dah lama berlalu, dua bulan lepas kot. Lagipun aku lebih selesa dengan Hazril yang sekarang lebih mudah masuk air dan pandai buat lawak hambar. Mungkin sebelum ni, dia nak acah macho mungkin di hadapan teman wanitanya. Jadi, aku sorang je ke yang 'best friends' dengan ex aku sendiri?? Sampai ramai sangat yang bergosip.
"Hani!!!!!!"
"Oh Hani bunny chiki boom!" Oh goshh.. aku baru melatah ke? Guys, aku melatah ke tadi? Ahhhh!!!!
YOU ARE READING
Psycho Amour || The End Of Our Love
Random"I'm falling in deepest love with you Hani" "We're over! Dont you get it?!" "He's dangerous. Something wrongs with him. Trust my words" "Are you out of mind?! He's my bestfriends" "I would kill everyone who cut off our love" "Kill me!! If you really...