LIDAH BUAYA

94 9 0
                                    

Suasana hening antara kami berempat. Tiada siapa yang mahu membuka mulut dahulu. Erin pula hanya memandang aku dan mamat gila ini tajam. Jari telunjuknya pula mengetuk ngetuk meja dihadapan menunjukkan masa sedang berlalu. Hazril pula lebih selesa untuk memerhati sambil menghirup air kepunyaanya.

Ok, taklah hening sangat sebenarnya. Dengan si Hazril yang bising menghirup air. Jari Erin yang tak henti mengetuk. Bising pelanggan di Starbucks cafe ini. Bunyi bagasi bergeseran di lantai airport. Bunyi highheels yang bercium dengan lantai airport. Bunyi pramugari bergelak keta...

"Ok, time's up. Sekarang you, Mr. Unknown tell me, what actually happened" ujar Erin apabila 60 saat berakhir. Erin ada memberi masa untuk aku dan mamat di hadapan aku untuk tentukan siapa yang perlu membuka mulut menceritakan apa yang terjadi sampai berlaku drama hindustan di tengah tengah airport. Tapi end up tak ada pun yang ingin cerita. Akhirnya, Erin yang terpaksa tentukan.

"Aku Afiq Haydie. Afiq" Afiq memperkenalkan nama terlebih dahulu. Terdengar keluhan keluar dari mulutnya sebelum menyambung kata. Sempat juga dia menjeling aku bila perasan aku senyum mengejek ke arahnya.

"Aku kawan Hani. Ehh..jap jap. Kawan ke? Entahlah. Yang aku tahu minah ni dah janji nak ambil aku dekat sini. Katanya hendak datang sejam awal. Macam macam benda manis minah ni tabur, kononnya nak bentang.."

"Haip!! Kau jangan buruk nama aku eh" aku memintas kata kata Afiq. Serentak Erin, Hazril dan Afiq menjeling aku.

"Sebab kau banyak mulut sangat, kau pulak lah yang bagi explenation pulak" aku memandang Hazril. Serius lah mamat ni. Afiq tak habis cakap lagi kot. Dan semua memandang aku dengan serius. Chill lu bro! Aku sorang je ke yang tak ambil benda ni serius?

"Ok. Actually Afiq ni bestfriend childhood aku. Kitaorang sekolah sekali sampailah Afiq perlu pindah overseas. Yeah, he is kacukan malay british. Sebab tu mata dia tak berapa nak normal" serentak dengan itu Afiq menampar kuat bahu aku. Aku mencarut geram kepadanya. Sorry ya adik adik..jangan contohi akak.

"His grandpa is british but his mum stay Malaysia dari kecil lagi. Eh jap.. apehal aku cerita pasal life kau?" Aku menggaru kepalaku sendiri. Erin dan Hazril dah tergeleng geleng melihat aku.

"Ok, tak apelah. Biar aku sambung. Kalau tunggu minah ni sampai tahun depan tak habis" aku menjeling Afiq geram.

"Macam apa yang Hani cakap tadi, semuanya betul. So, after life highschool aku habis, aku satu family perlu balik England sebab grandpa aku sakit. Hampir four years aku stay sana. And sepanjang tempoh tu aku tak pernah lost contact dengan Hani. Kitaorang satu family rapat sangat. Parents aku dan parents Hani memang know each other. Sometimes my parent anggap Hani as their daughter. Tapi after stay sana, aku sorang je yang ambil keputusan untuk balik Malaysia semula. Family aku yang lain stay there sebab family bisnes. Yang jadi masalahnya adalah Hani lambat pickup aku kat airport. Dekat setengah jam aku tunggu. Dahla aku call tak jawab. Bila angkat main letak macam tu je. Sebab tu lah aku terkejar kejar si Hani ni tadi" Erin dan Hazril memandang aku tajam. Dengan tak bersalahnya, aku mengangkat peace bila bertembung mata degan Erin dan Hazril. Biasalah tu lambat sikit.

Eh, sikit eh?

"Yang paling menyakitkan hati, semalam bukan macam macam dia cakap. Katanya tak akan biar aku tertunggukan dia walaupun sesaat. Nak bentang karpet merah sambut kedatangan aku. End up, 30 minit dia lambat"

"Hampir 30 minit" aku membetulkan kenyataan Afiq. Keluar keluhan dari mulut Erin mendengarkan kata kata aku.

Betulkan apa aku cakap? Tinggal lagi tiga minit 15 saat sebelum cukup 30 minit sewaktu Afiq telefon aku.

"So inilah cerita sebenar. Sorry lah sebab aku marah marah. Afiq, right? Kau tahu kan, kau dengan Hani berlari berkejaran.."

"Seindah bunga di taman" serentak kami memandang Hazril.

Psycho Amour || The End Of Our LoveWhere stories live. Discover now