"Ahhhhh,aku kena cepat ni!" Dengan tangan penuh dengan buku , Amy tergesa-gesa ke arah bilik guru untuk menghantar semua buku ahli kelasnya.Maklumnlah ketua kelas.
"Arhhhh,menyesal aku amik jawatan ni.Asyik menyusahkan aku je."kata Amy sendirian.Tanpa dia sedar,seorang lelaki sedang berlari dari arah yang bertentangan.
"Arhhh!" jerit Amy apabila ada sesuatu yang melanggarnya dari depan
"Tak nampak ke? Orang dah la nak cepat ni"
"Sorrry,saya tak sengaja.Mari saya tolong awak"
"Eh,takpe saya boleh buat sendiri.Salah saya jugak."
Lelaki itu tetap berdegil nak tolong.Amy pun apa lagi biar je lah.Yelah orang nak tolong kan. Senang sikit kerja dia.
"Awak nak pergi mana? Nak saya tolong?Banyak ni."
Tak sempat Amy nak jawab apa-apa, separuh buku tadi sudah ada di tangan lelaki itu . Dia terus berjalan menmdahului Amy.
"Lambatnye awak balik.Tak takut ke duduk sorang sorang kat sini. Eh kejap , awak nak hantar semua ni pergi mana ?"
amy yang dari tadi mengelamun tersedar apabila ada sebuah buku dihayun-hayun di depannya.
"Haaa?" soal Amy dengan muka blurnya.
"Awak nak hantar buku ni kat mana?"tanya dia sekali lagi.
"Errrrrrr,ha-aantar dekat mee-meja miss Shuhaila."terus Amy jadi gagap. Malu.
Terburai ketawa lelaki itu melihat gelagat Amy.Dah macam terlepas dari hospital bahagia pun ada.
"Asal awak gelak?Ada apa -apa kat muka saya ke?" tanya Amy. Cermin yang sentiasa ada di dalam poket di ambil untuk melihat keadaan wajahnya.
"Awak ni lawaklah,Asyik termenung je dari tadi.Awak memang suka termenung eh?"katanya sambil tersenyum manis.
Muka Amy membahang apabila lelaki itu terlalu dekat dengannya. Amy terus melangkah ke bilik guru sambil cuba menutup mukanya yang merah itu.
Selepas selesai meletakkan buku di tempat yang sepatutnya , Amy cepat–cepat keluar dari bilik guru selepas berterima kasih pada lelaki tadi.
Tak berapa selesa dengan lelaki yang terlampau peramah. Tak habis–habis bercakap. Tanya tu lah , ini lah.
"Emmmm, awak tunggu kejap !"langkah Amy terus terhenti apabila lelaki itu menahan tangannya.
Amy yang tak pernah dekat dengan lelaki akibat dari personalitinya yang terlampau pemalu itu terkejut sampai bergetar.
"Ouh sorry, tak sengaja"
"Ada apa lagi? Saya dah nak balik ni"kata Amy.
" Boleh berkenalan?Nama saya Johsua Izaac ,boleh panggil Johsua atau Josh . Awak? " tanyanya sambil tersenyum
'comel' terdetik perkataan itu dalam hati Amy.
Tiba-tiba dia merasakan jantungnya berdegup laju. Kalau la dia ada sakit jantung ni , confirm dah arwah.
Seronok dia mengelamun sampai tak ingat yang ada orang lain depannya
"Awak????"
"ouhh ahhh, boloeh. Saya Amyliana Katherine.Boleh panggil saya Amy .
Johsua mengangguk mendengar jawapan Amy.
"Emmm , saya balik eh , dah lewat sangat ni" Amy terus lari tanpa pusing belakang lagi.
"Ehhhh,awak tunggu kejap!"
Itu je yang dia dapat dengar sebelum lari dari situ, selebihnya tal sempat masuk ke dalam telinganya.
"Hmm, interesting"
"Huh..huh...huh"terngucap-ngucap Amy sendirian ketika sampai di kawasan kantin. Kantin sekolahnya berdekatan dengan pintu pagar utama."Mamat tu tak ikut aku kan?"ujarnya. Amy menoleh kebelakang untuk memastikan lelaki itu tidak mengikutinya.
Memang tak ada orang lansung selain dia di situ.Sekarang memang dah lewat sangat. Ramai yang dah balik sejak loceng berbunyi 30 minit yang lepas. Jadi memang dia sorang je yamg ada dekat situ. Tiba –tiba...
"Prrangggg!!!"
Badan Amy bergetar.
"Apa tu.."
Pusing kiri,tidak ada orang ,
pusing kanan takda orang.
"Tu bukan benda tu kan?"
Amy cuba untuk tak fikir benda yang negatif. Tapi bunyi lain pulak keluar.
"KRIKKKKK!!!!"bunyik orang alihkan meja. Dan Amy pun....
"Arhhhh!!!!! Mak tolong ada hantu!" Kaki dipaksa berlari sekuat hati dan terus pulang ke rumah.Memang tak lah dia nak duduk kat sekolah tu lagi.
"Huh...huh...huh,sampai pun rumah"katanya
"Kamu ni dah kenapa ,Amy? Yang macam kena kejar hantu ni dah kenapa?"tegur Hanna a.k.a ibu Amy.
Dia cuma gelengkan kepala dan terus naik ke bilik .Malas nak layan sesiapa ,baik pergi mandi dan tidur lagi bagus.Penat tadi macam lari maraton dah.
Habis je dia mandi , badannya terus dicampak di atas katil. Baju t shirt dan seluar pendek menjadi pilihannya pada waktu itu.
Tak sempat apa- apa dia terus tertidur.
YOU ARE READING
AKU UNTUK KAU ,TAU! [OG]
Romanceˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᵗᵃᵐᵖᵃⁿᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉʳᵃᵐᵃʰ ᵈᵃⁿ ᵐᵘᵈᵃʰ ᵘⁿᵘᵗᵏ ᵈⁱᵈᵉᵏᵃᵗⁱ. ˢᵉᵒʳᵃⁿᵍ ˡᵃᵍⁱ ᵖᵒᵖᵘˡᵃʳ ᵏᵉʳᵃⁿᵃ ᵏᵉᶜᵃⁿᵗⁱᵏᵏᵃⁿⁿʸᵃ ᵈᵃⁿ ᵖᵉʳˢᵒⁿᵃˡⁱᵗⁱ ʸᵃⁿᵍ ᵖᵉᵐᵃˡᵘ ᵈᵃⁿ ˢᵘᵏᵃʳ ᵈⁱᵃʲᵃᵏ ᵇᵉʳᵏᵃʷᵃⁿ. '/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'/'...