CLARA POV.
Puas hati aku tengok budak cafe tu tak puas hati dengan aku.Muka cantik semua cantik tapi suka buat hal dekat sekolah.Monolog aku sendiri dekat ruang tamu rumah aku.Kerja aku semua dah siap so masa aku tengok facebook..Ntah mana datang nya hilang akalnya aku cari facebook si budak cafe ni.
Nah akhirnya jumpa,aku pun asyik tengah tengok wall apa yang dia selalu update .'Aik budak ni,anti sosial ke,takde update apa-apa..Last update 2 tahun yang lalu..Hrm🤔.Aku bercakap sendiri.
(Hidup tak selalu indah) 🤔 last update status budak cafe ni..Haish kenapa pulak aku nak kesah dengan budak ni.Terus aku tutup laptop aku dan cuba untuk tidur.
5.30a.m
Aku bangun dari tidur aku dan bersiap-siap ke tempat kerja aku*sekolah*.Macam biasa rutin aku setiap pagi.Dan aku harus berada di sekolah sebelum jam 7 pagi.
Aku macam biasa di bilik kelas aku tunggu pelajar aku sampai .
Tokkktokkk.
Si budak cafe ni masuk..Awal pulak budak ni masuk kelas*monolog aku sendiri.Tapi harini wajah budak cafe lain macam,tak ceria dan macam tak cukup tidur.Nak tanya nanti dia cakap aku ni penyibuk pulak..Jam 7.30pagi semua pelajar dah berada dalam kelas aku.
"okay kelas,harini saya nak bagi tugasan.Saya bagi satu tajuk dan saya nak awak gambarkan.Saya bagi masa 45minit,mana-mana yang dah siap dulu boleh hantar kedepan-Terang aku.Semua pelajar mula melukis dan senyap.Okay nampaknya harini hari yang baik untuk aku rilek sambil tengok-tengok karya mereka
Sambil aku berjalan dari satu ke satu meja untuk melihat hasil mereka buat,aku berhenti di meja budak cafe ni.Woww cantik,kemas,kreatif lukisan budak cafe ni..
"Yes ms,cantik tak?-tanya jess sambil mendongak melihat aku.
Mmm nampak cantik pulak dia macam ni tengok aku*Monolog dalam hati* ."Hello mss-jess petikkan jari depan aku.
"HMM not bad...-Komen aku,lalu berlalu ke meja seterusnya..Aku duduk di meja aku sendiri sambil memerhati mereka..Dalam 30minit jess datang ke meja aku bawa hasil lukisan nya..
."Im done ms-Senyum jess.
aku hanya diam dan mengambil lukisan nya.Nampak pelik budak ni,biasa cari hal dalam kelas..tapi harini senyap je.Kelas aku tamat sejam 30 minit,semua pelajar keluar dari kelas aku.
JESLYN POV.
Harini aku betul-betul takde mood,sebab mak tiri aku semalam ungkit atas kematian ayah aku .
Ulangan kisah malam semalam.
jeslyn kau asyik keluar lepas tu tidur tidur tidur.Kau tak rasa bersalah ke? apa yang kau dah buat dekat ayah kau sendiri..kau bunuh ayah kau..Sepatutnya kau yang mati..bukan ayah kau.Kau memang bawa malang .Sampai sekerang kau menyusahkan hidup aku. Aku nak kau pergi ke dapur cuci baju-baju aku..Aku penat!!!!.
aku mengelamun..
"Heyy!! babee.. -Mira bersuara.
"Eh mii..ada apa?-Balas aku.
"Kau dari tadi senyap,mengelamun..Kau ok ke? share la dengan aku-Tanya mira dengan raut wajah risau.
"Aku ok mii..jangan risau eh..-Balas aku."Eh mii..aku jalan dulu eh,.Kang bising pulak ms clara aku lambat masuk-Ujar aku..
"Okay btw jangan cari pasal tau dengan singa-Balas mira sambil gelakkan aku.Haish budak niii,,Aku berjalan menuju ke bilik ms clara,macam biasa tabiat aku tak ketuk pintu main masuk je.
"Hello ms- aku tegur ms clara..Terkejut dia..aku hanya senyum.
"Oh ye jess..harini tolong saya bagi markah kat lukisan junior awak.-Arah ms clara..
Tanpa banyak buang masa aku ambil lukisan depan aku dan aku buat kerja aku..Tengah baiknya aku buat kerja aku sendiri entah tiba-tiba angin monsun ms clara datang.
"Jess!! apa yang awak buat ni...Lukisan macam ni awak bagi markah 70% ..Awak tahu tak lukisan macam ni sepatutnya 50%, ..Tengok kualiti lukisan tu dulu.Kalau tak pandai bagi markah cakap,jangan memandai-Ms clara mengamuk.
Aku takde mood nak gaduh dengan sesiapa harini,aku cuma diam dan dengar bebelan cikgu aku.
"awak keluar sekarang!! saya taknak tengok muka awak lagi..Keluar!..-Suara ms clara agak tinggi.
Aku malas nak melayan perangai gila cikgu aku,yang suka cari pasal dengan aku.Aku terus keluar dari bilik nya tanpa memandang wajahnya..
Aku menuju ke cafe sebab malas nak balik awal.
DI CAFE
"heloo jaiiii-tegur aku.
"Hello sayangku,..rindu aku eh-Gurau si Jai ni.
"Eh takde masa aku nak rindu kau-Balas aku .Sambil aku lepak borak-borak dengan si Jai ,datang lah sekumpulan perempuan dicafe.Si Jai macam biasa ambil order dan hantar order.Aku hanya duduk tengok Jai buat kerja.
Pssttt-salah sorang perempuan yang datang tadi.Aku menoleh dan senyum,tiba-tiba seorang dari mereka datang mendekati aku.Bagi aku sekeping note,aku tengok note tu
hai boleh kenal? 014xxxxxxx Kol or msj Orait😘.Aku hanya senyum ke arah mereka,Aiikk gatal pulak perempuan zaman sekarang.Nasib aku tak gatal..
Aku habiskan masa aku di cafe sampai si Jai tutup kedai.....
.
.
.next part😘.
YOU ARE READING
HANCUR
RomanceSeorang pelajar bernama jeslyn yang struggle dengan kehidupannya.Kehidupan tak seindah seperti pelajar lain.Disebabkan kehidupan dia yang agak susah..Dia jadikan diri dia tabah dan seorang yang agak nakal di sekolah. Datang nya seorang wanita dalam...