Suara Ara dalam cerita Pada Zaman Dahulu merasuk ke tubuh Eunha. Namjoon tertawa melihatnya.
"Begini. Dahulu, ada kisah mengatakan bahawa Encik Matahari sangat cintakan Cik Bulan. Tetapi, disebabkan Encik Matahari dan Cik Bulan tidak dapat berjumpa pada waktu yang sama, Encik Matahari pasrah. Menganggap Cik Bulan sesuai berdampingan dengan Encik Bintang.
Walaupun begitu, Encik Matahari setia berada di belakang Cik Bulan. Cik Bulan tidak dapat mengeluarkan cahaya indahnya jika tiada Encik Matahari.
The point is, biarpun Encik Matahari faham bahawa tiada takdirnya dia ingin berjumpa Cik Bulan, dia akan setia menyayangi dan menyokong Cik Bulan dari jauh."
Usai bercerita, Namjoon menghela nafas berat. Jalan cerita cinta bulan dan matahari itu sejajar dengan jalan cerita hidupnya.
Perebutan cinta Eunha antaranya dengan Seokjin.
Tidak lama selepas itu, kedengaran esakan kecil dari bibir Eunha. Namjoon mulai cemas. "Kenapa, tuan puteri?"
"Ke-kenapa sad ending..." Eunha menyuarakan rasa tidak puas hati.
Namjoon tersenyum. "Puteri Eunha, tak semua benda yang kita mahu, kita akan dapat. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Takdir Tuhanlah paling sempurna buat hambaNya."
Eunha terdiam sejenak. Kepala didongak untuk menatap wajah kacak Namjoon dari bawah.
Raut wajah Namjoon, seperti ada maksud tersirat. Hati Eunha mula terbuka untuk menyayangi lelaki itu.
Chup!
Namjoon terkebil kebil. Darah menyirap naik ke wajah, menjadikan tona kemerahan kelihatan.
Tindakan refleks Eunha yang mengucup pipinya secara tiba tiba membuatkan dirinya terasa ingin terbang di awangan.
"T-tidur...selamat malam."
"Okay, Puteri Eunha."
'Ya tuhan, apa aku buat ni!' Eunha terus mengiring ke arah lain bersama selimut yang menyelubungi diri.