❝Chapter 12❞

201 47 30
                                    

°°°

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°°°

Pulang sahaja dari sekolah, Eunha merebahkan diri ke katil. Letih, serabut dan pening dengan hal sekolah.

Sebaik sahaja menengking Kim Namjoon, gadis itu terus pulang tanpa kesahkan lelaki itu. Padahal, basikal itu milik Namjoon dan mereka berkongsi basikal.

"Lantak dialah balik. Dia kan ada kaki?" Ujar Eunha walaupun terbit rasa kasihan.

'Heleh kau, kau merajuk pun curi basikal dia jugak!Lagipun, kau pun ada kaki,kan? Bodoh betul kau, Eunha'

"Diamlah kau! Aku tak perlu bantuan kaulah!" Eunha membentak suara kecil hatinya sendiri.

Klak! Pintu biliknya dibuka. Terpapar wajah Jimin yang sembab. Ni mesti baru habis tengok sinetron 'oli terlondeh seluar kembali'.

"Eh? Kau je ba-balik? Mana Namjoo—Hik!"

Eunha mengeluh. "Dia...lambat sikit balik. Ada hal kot."

Jimin hanya mengangguk sebelum mengesat tubir matanya. "O-okaylah... aku nak keluar. Ada kerja. Mungkin sehari dua tak balik."

"Okay."

"Hiks aku tak fahamla. Kenapa muka oli tu seram sangat! Menangis aku..." Jimin sudah mula drama murahannya. Pintu bilik Eunha dipeluk.

Gadis itu berkerut dahi."Kau keluar cepat sikit, boleh tak? Semaklah."

Entah kenapa, hari ini fikiran Eunha merosot teruk. Segala benda tak kena. Ada je dia nak marah.

Jimin buat muka terkejut beruk dia. "Sa-sampai hati kau, Eunha! Kau derhaka pada aku! Aku- aku nak pergi dekat batu belah batu bertangkup! Tak nak balik."

Cepat pula Jimin terasa. Datang bulan ke lelaki tu? Kejap... kalau datang bulan, arah mana pula keluar?

Maka oli pun tertanya tanya.

Wajah Eunha kosong. Tidak terkesan sedikit pun. Mungkin sistem wayar perasaan dia dah rosak disebabkan 'matematik 95%'.

Tuala mandi dicapai lalu melangkah ke bilik mandi dengan penuh lesu. Satu persatu pakaian dibuka.

Tiba sahaja di bahagian seluar dalam, Eunha tergamam. Patutlah emosi dia kurang stabil hari ini.

'Aduh... pad wanita aku dah habis.'

°°°

💜

Soulmate Gaìrdin.Where stories live. Discover now