![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
°°°
Dua minggu kemudian...
"Cantiknya adik oppa yang satu ni," Puji Jimin.
Insiden beberapa minggu yang lepas mematangkan adiknya. Kini, tidak lama lagi Eunha bakal bergelar isteri orang.
Walaupun hakikatnya, Jimin tidak berapa suka akan calon suami Eunha selepas kejadian tempoh hari.
"Kau yakin dengan keputusan kau?"
Eunha mengeluh. Berjuta kali Jimin mengujar soalan yang sama. Naik muak!
"Aku pergi kejap jelah. Nak lawat dia bukan sampai sejam. Nanti dah selesai, kita geraklah ke dewan majlis kahwin."
Jimin hanya mengangguk.
Memasuki ruangan yang menempatkan abu mayat di dalam sebuah kotak kaca, Eunha menarik nafas berat.
Di tangannya terdapat sekuntum mawar putih. Sedondon dengan baju gaun putih berenda yang dipakainya.
"Hey, aku ni, Eunha. Rindu tak?"
Sekuntum bunga mawar itu diletak di hadapan gambar abu si mayat. Gambar si mati ditatap bersama senyuman sayu.
Selepas insiden letupan kereta tempoh hari, si dia terkorban. Patutlah dia menghilang, rupa rupanya nyawanya sudah diambil Tuhan.
Walaupun dia menyusahkan, Eunha tetap memaafkan setiap tindakan lelaki itu.
'Aku harap kau bahagia di sana.'
Eunha merapatkan kedua tangan sebelum berdoa. Matanya terpejam. Setiap kenangan bersamanya terputar kembali di fikiran.
'Aku tahu, kau tak suka kalau aku berkahwin. Tetapi, inilah pilihan aku demi mematangkan aku.'
"Eunha!"
Habis berdoa, Eunha berpaling tatkala namanya diseru. "Apa dia? Kacaulah."
"Ish cepat sikit. Pihak pengantin lelaki dah call. Diorang tak sabar."
"Taulah," Eunha menjawab malas.
Gambar si mati diusap buat kali terakhir. Ya, mungkin dia akan berpindah ke tempat lain selepas perkahwinan ni.
"Nanti aku lawat kau lagi."
Jimin hanya memandang adiknya yang berasmara kasih di hadapan abu mayat si mati tersebut. Dia memandang kosong nama si mati yang tertera.
Kim Seokjin
2001 - 2020
°°°
💛

YOU ARE READING
Soulmate Gaìrdin.
Фанфик© 2020 | Collaboration Series 1st - 10th : @rosesflwr- Cover by : @starvallet