❝Chapter 20 - Ending❞

172 36 23
                                    

°°°

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°°°

Setibanya di dewan kahwin, Eunha terbeliak. Dekorasi dewan sangat mewah dihiasi teman ungu - putih.

"Fuh sejuk tangan kau," Jimin terkekeh tatkala memegang tangan kecil adiknya.

Eunha menjeling lelaki mata sepet tersebut."Kau kalau dah single, dediam jelah."

"Bila masa pula aku single?"

"Eh—"

"Kau tak nampak gadis gadis cantik yang tengah baca drama kita ni?" Sempat Jimin mengenyit mata entah ke siapa.

Eunha mencebik. Malas melayan perangai abangnya yang gila.

Jimin lantas memimpin Eunha ke pentas dewan majlis. Berdebar debar gadis itu. Terasa ingin tercirit pun ada.

Perutnya seperti memulas teruk kerana terlalu nervous!

Wajah pengantin lelaki hanya membeku, namun masih kacak.

Setelah Jimin beredar, paderi memulakan ucapan. Eunha hanya tertunduk malu.

Hatinya, gembira!

Teringat kejadian tempoh hari membuatkannya rasa ingin tertawa menyalahi kebodohan sendiri.

Mengapalah dia membazirkan air mata untuk lelaki bajet bijak itu? Sudah terang bersuluh lelaki berlesung pipit tersebut jauh lebih pandai darinya.

Kata kata manis lelaki itu kembali kedengaran di telinga.

"Maafkan saya. Saya tak sepatutnya buat orang yang saya sayang menderita. Sebenarnya pada malam itu, Seokjin dah tau tempat penyorokkan saya. Dan saya tahu dia sedang cuba nak letupkan kereta itu. Sebab itulah saya cepat cepat teleport ke dunia saya semula.

Mesti puteri Eunha lupa, kan? Saya bukan berasal dari bumi. Setibanya saya di dunia saya, bonda dan ayahanda sangat risau selepas saya ceritakan segalanya.

Jadi disebabkan itulah, saya ditahan di dunia saya buat seketika. Sudah seminggu lebih saya tinggalkan bumi, saya mula risau keadaan puteri Eunha.

Jadi, saya beritahu hasrat untuk mengahwini puteri Eunha. Puteri Eunha, setuju? I promise to protect and love you forever. I love you."

"Hey,"

Eunha tersentak dari lamunan panjang. Wajah bakal suami yang kacak dipandang bersama sengihan.

Tangan bakal suami memegang lembut dagu Eunha sebelum mendekatkan wajah mereka. Eunha mula tidak tentu arah.

"A-apa awak... nak buat?"

"Kissing you. Jangan marahkan saya, marah paderi. Dia suruh."

"A—"

Chup!

Memerah wajah Eunha. Perlahan, si bakal suami melepaskan ciuman. Paderi dan orang ramai mula bersorak girang di dalam dewan itu.

"I love you, Park Eunha."

Eunha tersenyum. Tubir matanya mengalirkan air mata bahagia.

"I- I love you too. Kim Namjoon, my prince."

°°°

THE END

Maka, berakhirkan short story ini.

Thank you kepada semua yang menyokong luar dan dalam sepanjang menjayakan karya kecil ini acewah! ❤

See you soon, dear!

[ MELABUHKAN TIRAI : 5 APRIL 2020 ]

Soulmate Gaìrdin.Where stories live. Discover now