![]()
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image. °°°
"Perut tuan puteri masih sakit?"
Soal Namjoon penuh prihatin. Semangkuk bubur nestum buah buahan yang masih panas digaul dengan berhati hati.
Semenjak Jimin tiada di rumah kerana ada hal kerja sehari dua di luar, Namjoon lah yang terpaksa menjaga 'puteri' kesayangannya.
Eunha mengangguk lemah dengan wajah berkerut. "Sakit lagi."
Tadi, Eunha diserang senggugut. Terkejut juga Namjoon tatkala mendengar suara gadis itu menjerit nyaring hingga bergolek golek di lantai bilik.
Wajah dan hidung Eunha yang masih merah akibat menangis kelihatan sangat comel di mata Namjoon.
Eeee nak je Namjoon geget hidung kecil Eunha tu!
"Nak saya belikan ubat?"
"Tak-takpe. Nanti saya okay." Eunha tersenyum hambar.
Kalau ikutkan, nak juga suruh Namjoon keluar membeli sesuatu. Tetapi lepas insiden pad wanita tadi, Eunha terus batalkan niat.
Mana tidaknya, Namjoon lupa membawa duit! Terpaksa akak cashier yang baik hati belanja Namjoon sebungkus pad wanita itu.
Lebih malu, si koala pipi berlubang ni bawa balik pad wanita tanpa sorok benda alah tu dalam plastik!
Bendulnya putera kayangan ni.
'Tapi, bendul bendul pun dia baik apa?'
"Ish diamlah." Eunha memarahi suara hatinya sekali lagi. Sesungguhnya dia tak perlukan langsung suara kecil hati tu.
"Puteri Eunha marah saya ke?"
"Eh tak tak! Saya marah cicak kat dinding tu ha dari tadi ber cak cak cak, serabut."
Namjoon tertawa kecil. Tangannya membelai rambut Eunha.
Iris mata mereka bertentangan seketika. Si mata biru muda menatap si gadis bermata hazel.
Detum! Suara kilat kedengaran di langit. Tanda bosan melihat drama eye-to-eye mereka.
"E-ehem! Saya balik bilik dulu. Dah malam. Goodnite, princess." Wajah Namjoon kelihatan memerah.
Baru sahaja Namjoon ingin berlalu pergi, Eunha pantas memegang erat lengan sasa lelaki itu.
"Tu-tunggu!"
Namjoon menoleh tanpa kata, hanya wajah terkejut. Eunha menelan liur perit bersama wajah kemerahan.
"Sa-saya takut kilat. Bising, kuat pula tu. Boleh... awak teman saya ti-tidur?"
°°°
💛
![](https://img.wattpad.com/cover/218261248-288-k154589.jpg)
YOU ARE READING
Soulmate Gaìrdin.
Fanfiction© 2020 | Collaboration Series 1st - 10th : @rosesflwr- Cover by : @starvallet