11

54 2 0
                                    


Taqiah memerhatikan pokok bunga Carifellia yang semakin menguning kembali. Hatinya dilanda resah dan gelisah memikirkan tentangan yang mungkin dihadapi oleh kaum Metalia terhadap abangnya. Bondanya pula cuma mampu terlantar di atas katil sepanjang hari. Tiada lagi senyuman mesranya seperti dahulu. Yang ada cumalah batuk-batuk dan mengadu sakit. Taqiah berdoa agar semuanya kembali pulih.


Pintu kamar diketuk tiga kali dari luar, sekaligus membunuh lamunan Taqiah. Seorang dayang sudah mahu membuka pintu namun Taqiah menghentikannya. Dia sendiri yang bangkit dan bergerak membuka pintu kamar. Di hadapan muka pintu, Pak Syibli muncul bersama senyuman. "Pak Syibli rupanya. Ada apa ke mari?" soal Taqiah lembut. Cara pertuturannya mengingatkan Pak Syibli terhadap Permaisuri Zafirah, adik sepupunya yang terkenal dengan sifat lemah-lembutnya.


"Kandamu berpesan kepadaku untuk menjenguk keadaanmu. Sudah beberapa hari Pak Syibli lihat kamu tidak keluar daripada kamar ibumu sehinggakan dayang pun disuruh untuk menghantar makanan ke sini," bicara Pak Syibli.


Taqiah tersenyum malu. "Aku semakin khuatir dengan kanda Tufail. Musim bunga bakal tiba dalam beberapa hari ini. Aku sangat berharap kanda akan membawa pulang kaktus tidak berduri itu dengan segera. Apa yang penting, aku berharap kekandaku akan pulang dengan selamat. Akhir-akhir ini aku bermimpi pemberontak menyerangnya dengan zalim. Aku takut mimpiku itu menjadi nyata, Pak Syibli."


"Mimpi itu hanyalah bisikan syaitan terhadapmu. Tuan Muda Tufail merupakan seorang yang pintar dan handal. Pak Syibli yakin dia akan pulang segera dengan izin Allah. Tidak usah terlalu difikirkan tentang hal ini. Kamu sebagai adindanya lebih baik mendoakan keselamatannya. Tuhan yang Maha Penyayang pasti mendengar luahan hatimu," pesan Pak Syibli."Aku sangat berharap begitu, Pak Syibli," ujar Taqiah sambil kembali berpaling menghadap pokok bunga Carifellia yang terletak di jendela kamar bondanya.

Kaktus Tidak BerduriWhere stories live. Discover now