13

58 2 0
                                    


Mereka berdua berlari mengikut jalan keluar yang ditunjukkan Maria. Bukan mudah untuk melepasi kawasan kubu binaan Tuan Zeiger. Sepanjang perjalanan Tufail dan Maria sama-sama menumpaskan musuh yang menyerang. Namun Tufail yang lebih banyak beraksi. Maria tidak mampu bertarung sehebat Tufail. "Kita perlu ke Taman Kaktus Larangan dengan segera. Aku tahu jalan pintas dari sini," ujar Maria. Mereka sudah tidak mempunyai banyak masa yang tinggal.


Melalui bantuan Maria, mereka berjaya sampai di Taman Kaktus Larangan sekali lagi. Namun seperti yang dijangka, Tuan Zeiger sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Kali ini, dia bersendirian kerana banyak pengawalnya yang sudah ditewaskan. Tuan Zeiger bertepuk tangan.


"Maria, Maria! Puteriku tercinta. Buat apa kamu membantu Muslim ini, anakku? Kamu telah mengkhianatiku!" Wajah Tuan Zeiger berubah merah.


Maria menangis. "Ayahku, tolonglah lepaskan pemuda ini, ayah. Dia cuma ingin membantu ibunya yang keracunan. Cuma kaktus tidak berduri ini sahaja yang mampu menjadi penawar untuk ibunya," pinta Maria. Wajah Tuan Zeiger berubah apabila mendengar kata-kata Maria itu. Dia seolah-olah sedang berfikir sesuatu.


"Seandainya benar, hal itu tidak mungkin terjadi kerana musim bunga telah tiba!" Tuan Zeiger ketawa terbahak-bahak. Seraya itu juga, duri-duri kecil mulai tumbuh pada pokok kaktus itu dan pantas memanjang. Kini, kaktus tidak berduri itu sudah bertukar menjadi kaktus yang berduri. Melihatkan kejadian itu, Tufail langsung terduduk di atas tanah. Harapannya hancur musnah."Tidak ada kejayaan untukmu, Muslim," sambung Tuan Zeiger. Tufail tidak mampu menahan rasa kesalnya. Cuma cahaya bulan yang menerangi malam itu. Kedua-dua telapak tangannya menyentuh permukaan pepasir malam. Terdapat rumput pendek di sekitar kawasan itu. Tufail menyentuh rumput itu dan menukarnya menjadi warna putih. Tuan Zeiger dan Maria yang melihat kejadian itu masing-masing tidak percaya.


"Tuan Muda tidak rasakah kelebihan tuan untuk mengubah warna tanaman itu ditakdirkan Pencipta Tanaman untuk sesuatu yang lebih besar?" Kata-kata Pak Syibli mula menghantui memorinya. Lama dia berfikir, kemudian Tufail bangkit dan berdiri tegak.


"Sekiranya aku boleh menukar warna tanaman, mungkin..." Tufail menghampiri pokok kaktus di hadapannya itu. Tuan Zeiger tidak menghalang kerana ingin melihat apa yang akan dilakukan oleh Tufail. Tufail terkumat-kamit membacakan bait-bait doa. Dia memohon supaya Allah mengurniakan kelebihan kepadanya pada ketika itu. Tufail menyentuh kaktus tersebut. Maka dengan izin Allah yang Maha Kuasa, perlahan-lahan duri-duri yang tumbuh mulai masuk kembali ke dalam pokok kaktus sehinggalah dasar permukaan tumbuhan itu kembali menjadi licin. "Alhamdulillah."


Mulut Tuan Zeiger ternganga melihat keajaiban yang sedang berlaku di hadapannya itu. Belum pernah seumur hidupnya dia melihat kebesaran sedemikian rupa. Tufail menoleh ke arah Tuan Zeiger. "Kamu silap, Zeiger. Kejayaan akan mengiringi orang-orang yang percaya akan kewujudan Tuhan. Berubahlah, Zeiger. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengampuni lagi Maha Penyayang," pujuk Tufail.


"Siapa... siapa kamu sebenarnya?" soal Maria terketar-ketar.


"Namaku Ibnu Al-Junaid, dan aku adalah amanah Tuhan untuk memimpin penduduk Kota Tuhama ke arah kebenaran. Pada malam ini, Tuhan telah menunjukkan sesuatu keajaiban yang dipinjamkanNya kepadaku. Oleh itu bersaksilah bahawa Allah itu tuhanmu, dan Muhammad itu pesuruhNya."Mendengarkan kata-kata Tufail itu, Tuan Zeiger dan Maria langsung bersujud tanda menghormati putera mereka. Tuan Zeiger sudah tidak mampu berkata apa-apa. Segala keegoan yang tersemat di dalam hatinya sudah luruh. Segala kebenciannya selama ini terhadap Islam sudah menghilang. Jauh di sudut hatinya, dia mengakui kewujudan Tuhan dan rasulNya. Tufail mengarahkan kedua-dua anak-beranak itu bangun.

Kaktus Tidak BerduriWhere stories live. Discover now