12

26.9K 1.4K 115
                                    

~ penggoda tuan harraz ~

| gadis luar biasa |

ruang tamu menjadi tempat sandaran harraz untuk beberapa hari yang terakhir dia dirumah ini .

badan disandarkan ke kerusi . keluhan dilepaskan .

" harraz . bila kamu balik betugas ? ". soal abah menyentakkan aku .

" haa ? lusa dah balik dah bah ".

" haa , baguslah . daripada kamu tak buat apa kan ".

" harraz kalau boleh taknak balik . kalau dah masuk kem , nampaknya berbulanlah harraz tak balik ".

abah hanya tersenyum melihat aku . seperti ada perkara tersirat ingin disampaikan .

raisha memonyokkan mukanya . wajah ayah yang asyik membaca surat kabar dipandang .

" ayohhh ! rai taknak masuk kem tu ". pujuk raisha .

" sudahlah raisha . ayah tak kan ubah keputusan tu . kamu nak sangatkan bertumbuk . haa masuk askar ".

" macam mana kuliah orang ? dan sem akhir dah tau tak ".

" jadi ? pergilah lepas sem . lagipun dah tak lama lagi kan sem tu habis ".

" ayah ! please ! please ! rai janji tak ganas dah . sumpah , kalini betul betul sumpah ! ". raisha mengangkat tangan .

surat khabar ditutup tuan akhmal .

" okey ". jawab tuan akhmal .

raisha mula tersenyum gembira . tubuh tuan akhmal dipeluk erat .

" terima kasih ayah ".

" minggu depan kamu dah boleh masuk kem ". tuan akhmal bangun dari duduknya .

raisha terkaku seketika .

" erghhh! ".


kereta dipakir betul betul di hadapan kem . harini hari pertama harraz berkhidmat sebagai captain di kem ini . tugasnya sedikit berat kerana ditugaskn untuk menjaga kadet bawah .

kaki melangkah masuk mendaftarkan diri .

" tuan harraz kan ? ". soal salah seorang lelaki di situ .

" ye saya . tuan pulak ? ".

" leftenan Nazim ". huluran salam disambut .

" tuan baru jer ditransfer ke sini ? saya dapat panggilan dari ibu pejabat minggu lepas ".

kaki bergerak seiring sambil berbual .

" haa yelah tu ".

" baguslah . sebab dekat sini pun memang perlukan captain macam tuan ni . tak lama lagi kedat baru akan masuk . lagi mencabarlah tugas kita ".

harraz tersenyum .

" selalunyaa , berapa lama kadet jalankan kem macam ni ? ".

" hurm , tak semua kadet datang sini untuk jadi askar . ada yang untuk uji keberanian pun ada . saja untuk terima cabaran ".

" boleh yer macam tu ? ".

" boleh tuan . kita ni mengajar . dioranglah yang tentukan masa depan diorang kan ? ".

raisha termenung melihat suasana universiti buat kali terakhir .

" kau kenapa ni ? ini hari last kita tau . kau sedih sedih macam ni. tak best lah ". zulaikah menegur .

raisha menekup mukanya ke atas meja .

" aku taknak habis kem weh . aku tak nak . ayah aku paksa aku masuk TLDM ". kata raisha kecewa .

Penggoda Tuan HarrazWhere stories live. Discover now