-PENGGODA TUAN HARRAZ-
|RAYA|
Surat perletakkan jawatan dihulurkan kepada Doktar Muzafar .
" kamu serius ke tentang ni Raisha ? ".
Raisha mengangguk walaupun berat hatinya . apa daya , syurga dibawah tapak kaki suami .
" fikir masak masak Raisha . bukan senang nak jadi doktor . tambah pula doktor bedah ".
" saya minta maaf dok . tapi , saya dah fikir . mungkin tak ada rezeki saya dalam bidang ni . saya dah bincang dengan suami saya ". ujar Raisha .
" kalau macam tu saya tak boleh buat apa . saya akan proceed awak punya perletakkan jawatan ni . kalau awak ubah fikiran dalam masa 24jam awak jangan segan segan datang ".
Raisha tersenyum lalu berlalu pergi .
Perut yang semakin membesar dipegang . sedihnya hati . tak apalah , rezeki dimana mana ada .
Aiman memakai kain pelekat berwarna coklat bercorak petak . baju melayu berwarna merah dipadankan .
kaki melangkah keluar dari bilik .
" abang ni siapa ? suka hati jer masuk bilik Naz ". tegur seseorang lelaki berkemeja pengawas sekolah .
" nama abang Aiman . abang kawan akak Nad ". Aiman menghulurkan tangan .
" kawan akak ? tak pernah pernah akak bawak balik kawan lelaki . kawan ke boyfriend ? ". Naz bercekak pinggang .
Aiman terdiam .
" Naz ?!! bilanya kamu balik ? ". kata Pak Samad sedang memakai kopiah .
" baru jer bah . Naz pelik ada laki masuk bilik Naz . ingatkan pencuri apa tadi . abah nak pergi surau dah ke ? ".
" tu abang Aiman . haa nak pergi dahni . harini kamu tak payah ikut abah . tolong hantarkan kelapa muda kat tempat Leman ".
Naz mengangguk .
" haa Aiman . jom "
dari pintu dapur Nadia memandang Aiman . senyuman ditayangkan .
" harap kalini menjadi ".
Harraz memandang Raisha disebelah. dari tadi menggosok perutnya .
" sayang okey tak ? ".
Raisha mengangguk .
" dari tadi senyap jer . saya ada buat salah ke ? selalunya awak paling bising . awak demam ? kalau demam kita cari baju kat online jerlah ".
" tahlah . saya okey . lepas beli baju kita singgah bazaar yer . saya teringin nak makan murtabak daging ".
Harraz tersenyum .
" saya tahu awak marah saya sebab suruh awak berhentikan ? ".
Raisha berdiam diri .
YOU ARE READING
Penggoda Tuan Harraz
Romance4 - DEMI CINTA CAPTAIN HARRAZ🌹 Published ; 14 Disember 2019 completed ; 4 Mei 2020 Highest Ranking [#1 in Cinta] - 13/6/2020 ~ you can use my ideas to build your story but it has to be credited in my name . 🌟💌 vote/comment