~penggoda Tuan Harraz~
| gadis luar biasa |
kuih yang dihidang ibu dicapai aku . Harraz memandangku pelik.
" kamu ni Raisha . cubalah jemput Harraz tu makan . ni kamu yang ambil dulu ".
aku memandang Harraz disisi .
senyuman sinis diberikannya .
" dia ada tangan bu . boleh amik sendiri ".
" Raisha ! ". ayah bersuara .
aku mengeluh . senyuman paksa aku tayangkan ke arah Harraz .
" makanlah . kuih ibu ni sedap tau ". ujarku menahan geram .
Harraz membuka mulut menyuruh aku menyuapkannya .
aku memandamg ke arah ibu dan ayah . senyuman nipis mereka hadiahkan .
kuih seri muka aku sumbat kasar ke dalam mulut Harraz.
tersedak Harraz .
" ada apa ibu dengan ayah suruh kitorang datang ni ? ". soalku .
" ayah kamu nak bagi sesuatu untuk kamu berdua ". kata ibu .
aku mengunyah kuih memandang ke arah Harraz .
" nah . ini tiket bulan madu kamu berdua ".
Harraz tersedak keluar kuih yang aku sumbat ketika tadi .
" Ya Allah Harraz . minum air tu ". suruh ibu .
" tak payah lah ayah . kitorang okey jer tak ada honeymoon . haa , lagipun Harraz busy ". balasku .
" Haah ayah . maaflah minggu ni Harraz sibuk sikit ".
" siapa kata kamu pergi minggu ni . ayah dah set time dah . minggu depan kamu berdua pergi . lagipun kami dah bincang dengan umi dan abah kamu Harraz ".
aku mengambil teh yang dihidang ibu .
" nanti bolehlah ibu dengan ayah dapat cucu cepatkan ? ".
tersembur keluar air aku terkena muka Harraz .
" cucu ! ". jeritku .
Harraz mengelap mukanya .
" yelah . kenapa ? anak tu pembawa rezeki tau tak ".
aku tersenyum paksa . pasti Harraz sudah tersenyum nakal ke arahku . malas aku nak pandang dia .
aku memandang Harraz ditepi ralit membawa kereta .
" weh ! kau seriuslah nak pergi honeymoon tu ? ". soalku .
" yelah . lagipun ayah dah beli tiketkan . pergi jelah , bukan kena bayar pun . free ".
" kerja kau macam mana ? ".
" tunda jerlah . nanti aku isilah borang ". ujar Harraz .
YOU ARE READING
Penggoda Tuan Harraz
Romance4 - DEMI CINTA CAPTAIN HARRAZ🌹 Published ; 14 Disember 2019 completed ; 4 Mei 2020 Highest Ranking [#1 in Cinta] - 13/6/2020 ~ you can use my ideas to build your story but it has to be credited in my name . 🌟💌 vote/comment