~penggoda Tuan Harraz~
| gadis luar biasa |
inai dijari aku pandang . keluhan aku lepaskan . aku sah menjadi isteri Harraz hanya dengan sekali lafaz . semuanya dah selamat .
" aku dah berjaya Ika . aku dah berjaya tunaikan apa yang kau mahukan ". aku termenung sendiri .
aku bangun dari dudukku . memerhati suasana dapur sedikit kecoh .
" haa Raisha ? itupun kamu . cari Harraz yer ? dia ada kat belakang tengah basuh kuali tu ". beritahu umi . aku hanya mengangguk.
kaki melangkah ke ruang luar dapur . Kelihatan Harraz mengelap peluhnya dan menyambung menggosok bontot kuali .
aku tersenyum sendiri .
" kau senyum apa ? ". tegur Harraz memandangku tidak puas hati .
" kenapa kau tak tukar baju lagi . orang tukarlah baju dulu baru basuh kuali tu ". aku memeluk tubuh.
" suka hati akulah . daripada kau duduk situ baik kau tolong aku ".
aku menggeleng lalu berjalan mendekati Harraz . lengan baju aku sengsengkan .
skap aku letakkan di rambut menghalang rambut menutupi mataku .
" biar aku buat . orang jantan gosok periuk macam tak makan . meh sini , orang tino buat ". span dirampas dari tangan Harraz .
" tak payahlah . kau basuh pinggan tu . periuk ni biar aku basuh ".
paip air dicapai Harraz membersihkan pinggan .
" tak apa . sikit jer ni ! ".
" baik kau blaa , aku simbah dengan air ni nanti ".
" berani simbahlah. aku pijak kau ! ". ugut ku .
" kau nak pijak aku ? aku pijak kau dulu nak ?! ". air disimbah ke ke arahku .
habis lencun baju aku dibuatnya . dahlah aku pakai baju putih . sumpah bodoh gila suami aku ni .
" APA KAU BUAT NI HARRAZ !! ". jeritku .
" apo kecoh kecoh kat dapur ni ! ". umi datang menyapa kami .
" Ya Allah Raisha . apa basah basah ni ? " . soal umi .
aku menutup dada ku menghalang baju dalam menonjol keluar .
" Harraz ni umi ! ee ! ". aku mengacah penumbuk ke arahnya .
" dah pergi naik mandi . kmu berdua ni banyak hallah ". kata umi berlalu pergi .
" gila ! eee ! ". senduk dicapai lalu kepala Harraz aku ketuk .
" adoii ! sakitlah ".
aku bangun dari duduk ku .
" kejap ! ". Harraz menghentikan langkahku .
baju melayunya dibuka lalu disarungkan pada bahuku .
" orang kat dalam tu ramai ". kata Harraz . mata aku memandang ke arah matanya .
" apahal ! naik sekarang ". arah Harraz . aku tersentak lalu berlari pergi.
korang jangan pikir lain eh . Harraz pakai baju singlet kat dalam tu !
baju berwarna biru tua aku sarung dari dalam toilet . seluar track juga.
muka aku pandang di hadapan cermin berlalu keluar.
YOU ARE READING
Penggoda Tuan Harraz
Romance4 - DEMI CINTA CAPTAIN HARRAZ🌹 Published ; 14 Disember 2019 completed ; 4 Mei 2020 Highest Ranking [#1 in Cinta] - 13/6/2020 ~ you can use my ideas to build your story but it has to be credited in my name . 🌟💌 vote/comment