37

34.1K 1.6K 34
                                    

~ penggoda Tuan Harraz ~

| gadis luar biasa |


majlis pertunangan antara Azim dan Hani selamat dilangsungkan petang semalam . Harini , hari terakhir aku dikampung .

tak apalah , aku berikan Harraz peluang . surat borang penceraian aku koyakkan dan aku buang ke dalam tong sampah .

" mungkin jalan terbaik untuk betulkan rumah tangga ni dengan turunkan ego aku ".

" cuba kembali sayangkan dia ".

Harraz membuka pintu bilik .

" dah siap ? jom turun ". ujar Harraz .

Raisha memandang ke arah pintu . Harraz bersandar dengan memakai cermin mata .

" kejap ". aku bangun dan memcapai beg galas.

" tak apa . biar aku angkat ". halang Harraz .

aku tersenyum .

aku melangkah ke arah nenek . tubuh nenek aku peluk .

" jadi isteri solehah Raisha . apa apa pun yang jadi dekat rumah tangga kamu . kamu pertahankan , jangan putus asa ye nak ". bahu Raisha di usap .

Aunty Liza dan Uncle Malik aku salam .

" Azim ! jaga Hani tu baik baik . dia tu cantik . jangan lukakan hati dia . tak lama pun korang bertunang . setahun jer kan ". pesanku .

" aku tahulah . kau tu jaga suami kau . nanti kena sambar orang ".

aku menghalakan penumbuk je arah Azim.




Pintu rumah kami buka selepas 2 jam lebih berada di jalan .

Harraz membawa masuk beg galas ke dalam rumah .

" mulai harini . aku akan tidur dengan kau as husband and wife okey ". bilang Harraz .

Raisha menggeleng .

" bukan ke kau tunggu aku yang masuk bilik kau selama ni ? ". Harraz mendekati Raisha .

Raisha menelan air liur.

buat pertama kalinya Raisha melangkah masuk ke bilik Harraz. warna bilik yang menyenangkan . kemas tiada sedikit habuk pun yang melekat .

pelbagai jenis baju anggota tentera kemas tersusun di dalam almari . dari baju Kadet hingga ke baju Captain .

" awak pun pernah jadi kadet ? ". soal Raisha .

Harraz tersenyum sendiri melipat bajunya .

" apa awak ingat saya masuk tentera terus jadi Captain ke ? ".

Raisha tersenyum sinis .

" manalah tahu . awakkan hebat . tengking tengking orang nombor satu ! ".

" tak adalah ".

Raisha melangkah lagi mendekati meja yang terletak ditepinya . frame gambar di atas meja diambil .

Penggoda Tuan HarrazWhere stories live. Discover now