~penggoda Tuan Harraz~
| gadis luar biasa |
rumah moden dihadapan aku pandang . nak cakap besar sangat taklah besar mana . tapu sumpah cantik .
" tengok apa lagi ? angkatlah beg kau ". arah Harraz .
" angkatkanlah untuk aku . kau ni nak buli aku pulak ".
" haish . nasib jer kau ni bini akulah ".
aku mencebik .
aku menapak masuk ke dalam rumah . jakun aku melihat persekitaran rumah tersebut .
" ni rumah aku . dah lama aku beli rumah ni . sebelum aku kenal kau lagi ". langsir diselak Harraz membiarkan cahaya masuk .
" apa func kau beli rumah ni ? ".
Harraz menundukkan kepalanya .
" aku beli rumah ni untuk bakal isteri aku dulu ".
aku menyengetkan muka .
" maknanya untuk Zulaikah ".
Harraz tersenyum .
" dahlah . kau naiklah . bilik yang ketiga tu bilik kau ". kata Harraz .
" kau tidur mana ? ". soalku .
pandangannya beralih padaku .
" asal kau ni asyik tanya soalan sama jer ek ? ". Harraz menyoal pelik .
" tak adalah . kau kan suami aku , aku..". bibirku disentuh Harraz .
" shh. aku taknak dengar apa apa sekarang ni . kau naik atas kemas apa yang patut . jangan fikir pasal aku ". perlahan Harraz membisik .
aku terkaku . air liur aku telan perlahan . mata aku kelip berulang kali .
gugur rasanya jantung aku ni .
" kau nak aku dukung kau naik atas ke macam mana ? ".
aku seakan tersedar dari duniaku . segera aku berlari menaiki tangga .
selesai membersihkan diri dan mengemas . aku turun kebawah . Harraz yang sedang menonton televisyen aku dekati .
" Harraz . aku nak tanya kau sesuatu boleh ? ". ujarku mengambil tempat di hadapannya .
" hmm , tanya lah ".
" kau tak masuk kem lagi ke ? ". soal aku .
" belum lagi . cuti aku lama lagi . tunggu diorang panggillah ".
" aku nak bagitahu kau yang aku dapat surat tawaran kerja ".
" jadi ? ".
aku menghembus kasar . aku berdiri dihadapan Harraz menghalang dia menonton TV.
" aishhh ! tepilah . aku nak tengok cerita ni ! ". marah Harraz menyenggol kakiku menggunakan kakinya .
" aku cakap dengan kau ni ! cubalah pandang aku ".
YOU ARE READING
Penggoda Tuan Harraz
Romance4 - DEMI CINTA CAPTAIN HARRAZ🌹 Published ; 14 Disember 2019 completed ; 4 Mei 2020 Highest Ranking [#1 in Cinta] - 13/6/2020 ~ you can use my ideas to build your story but it has to be credited in my name . 🌟💌 vote/comment