"Abang..."
Nur Karmila duduk di tepi suaminya. Dinding kayu yang hampir rosak dimakan anai-anai hanya mampu dipandang sayu.
"Ada apa sayang?"tanya Tengku Adam lembut. Bahu isterinya dipeluk.
"Abang berpangkat Tengku tapi abang terpaksa tinggal dalam rumah buruk ni. Semuanya kerana Karmila"luah Nur Karmila. Air matanya menitis membasahi pipi. Sejujurnya, dia rasa bersalah kerana menjadi punca putusnya hubungan anak dan ibu. Seolah-olah dia telah melakukan satu dosa yang sangat besar.
"Karmila tak perlu bersalah. Abang yang pilih jalan ni jadi kita berusaha sama-sama untuk harungi semua dugaan bersama,"pujuk Tengku Adam. Nur Karmila tersenyum kembali. Pegangan tangan mereka dipereratkan lagi sambil tangan kanannya mengusap-usap kandungan yang sudah hampir mencecah sembilan bulan. Hanya menunggu masa untuk dilahirkan.
........................
Tengku Adam gelisah di luar sana. Kejap-kejap, dia memandang jam di dinding. Sudah hampir empat jam isterinya di dalam bilik bedah. Seketika kemudian, kelibat doktor yang merawatnya keluar dari bilik itu.
"Macam mana dengan isteri dan anak saya doktor?"tanya Tengku Adam. Doktor Syaza tersenyum.
"Congrats, sir for a baby boy. Puan Karmila pun selamat. Cuma baby ada masalah"
Senyuman mekar Tengku Adam terpadam. Wajah Doktor Syaza dipandang meminta perjelasan. Kelihatan wanita itu menarik nafas terlebih dahulu.
"Anak encik mengalami komplikasi jantung. Jadi dia terpaksa ditahan di ICU. Untuk keselamatannya, kita perlu melakukan pembedahan segera terhadap bayi itu selepas umurnya mencecah empat bulan. Saya harap encik bersabar. Banyakkan berdoa dan ingatlah tuhan itu maha berkuasa. Insyaallah, anak encik boleh kembali pulih seperti biasa cuma kos pembedahan itu amatlah mahal. Hampir mencecah ratusan ribu ringgit kerana pakar dari luar negara yang akan lakukan pembedahan ini. Saya pergi dulu."
Tengku Adam tersandar pada dinding. Matanya bergenang dengan air mata. Allah!
"Adam!"panggil seseorang sedikit kuat. Tengku Adam tersentak. Wajah lelaki di depannya itu dipandang dengan rasa terkejut.
"Apa abang buat kat sini?"soal Tengku Adam. Rasa terkejut masih bersisa di hati. Tengku Kamal tersenyum.
"Akak kamu bersalin. Baru je beberapa jam tadi. Kamu pula buat apa kat sini?"tanya Tengku Kamal kembali.
"Karmila bersalin"jawab Tengku Adam. Perasaan sayu cuba disembunyikan sebaik mungkin.
"Kenapa kamu nampak macam tak gembira je?"
"Anak saya mengalami komplikasi jantung. Perlukan kos yang tinggi untuk rawatan dia. Jika pembedahan tu tak dijalankan secepat mungkin, nyawa anak saya yang akan tergadai. Saya buntu, bang"
Tengku Adam dan Tengku Kamal masing-masing terdiam.
'Sungguh berat dugaan yang engkau berikan pada Adam'
........................
"Akak"panggil Tengku Adam. Tengku Adrina tersenyum. Tengku Adam dipeluk kuat. Esakannya bergema di dalam bilik VVIP itu.
"Adam sihat? Karmila okay?"tanya Tengku Adrina prihatin. Tengku Adam tersenyum tawar.
"Adam tak kuat kak. Dugaan ini terlalu berat untuk Adam lalui. Adam tak kuat"rintih Tengku Adam. Tangisannya akhirnya pecah di hadapan Tengku Adrina.
"Akak tahu Adam kuat. Allah memberi dugaan yang termampu pada hambanya. Setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya"pujuk Tengku Adrina. Bahu Tengku Adam ditepuk lembut persis memujuk seorang bayi.
YOU ARE READING
Tiga Cinta Milik Tengku
Lãng mạnNur Aqifa Alia? Fyra Melissa? Atau Raudhah Farhana? Siapa cinta Tengku Aryan Emir? Adakah ketiga-tiga gadis cantik itu? "Qifa sayangkan abang. Sepenuh hati dan seikhlas Qifa"-Nur Aqifa Alia "I sayangkan you, Ary. I cintakan you"-Fyra Melissa "Jika k...