"Assalamualaikum."
Aqifa melangkah masuk ke dalam apartment milik Farhana itu dengan kaki kanan. Kata orang membawa tuah.
"Waalaikumsalam."
Aqifa terkedu mendengar suara garau seseorang menjawab salamnya. Suara yang dia kenal dan suara yang dia rindu.
"Hai, beauty wife? Seronok? Lari dari rumah, buat orang risau and the worst is pergi jual badan kat jantan lain."
Aqifa tetap menunduk. Kenapa kata-kata lelaki itu sinis dan sangat menyakitkan hatinya? Di mana dia yang romantis dan manja?
"Aku tanya, so jawab!"jerkah Aryan. Matanya memerah menahan amarah. Terhenjut bahu Aqifa.
Farhana memandang simpati ke arah Aqifa. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal rumahtangga orang.
"Sedapkan menjalang dengan lelaki lain? Dah lupa kau ada suami?!"
"Kau tengok ni? Gambar kau dengan lelaki lain? Nampak tak?!"
Serentak itu, rambut isterinya ditarik separa kuat. Skrin telefon ditunjuk geram pada Aqifa. Aqifa tergamam. Gambarnya dan Zarif sedang makan sambil bergelak tawa.
"Ab..abang sakit.."
"Abang? Siapa abang kau?!"
Rintihan kesakitan Aqifa dihiraukan. Perasaan simpati yang mula muncul di hati dihiraukan. Hatinya lebih sakit mengetahui semua ni.
Prakk!
Hancur berderai I-phone X kerana dihempas kuat ke dinding oleh Aryan. Rambut Aqifa dilepas kasar sehingga wanita itu jatuh ke lantai.
"Ab..abang.."
"Diam!"
Aqifa teresak kecil. Wajahnya disembam pada lutut. Farhana memeluk sahabatnya itu.
"Give us some privacy."
Farhana memandang Aryan dan Aqifa silih berganti. Dengan berat, langkahnya diatur keluar dari aparment itu memberi ruang kepada suami isteri itu. Hatinya risau memikirkan kemungkinan besar sahabatnya akan disakiti. Namun, dia tiada hak untuk menghalang. Dia hanya orang luar.
"Sampai hati kau... Kau tipu aku. Kau cakap kau cinta aku sorang tapi siapa jantan tu?"
"Dia bukan sesiapa. Hanya kawan"balas Aqifa setelah tangisannya mulai reda. Aryan memejam matanya. Rahang diketap kuat menahan amarah yang makin menguasai diri.
"Aku cintakan kau. Tapi kau..." Lirih sahaja suara Aryan berbicara.
"Cinta? Baru sekarang? Lepas saya tahu segalanya? Tentang siapa saya? Cinta atau hanya sekadar simpati?"bidas Aqifa sinis. Berani. Aryan mati kata.
"Jangan biadap, Aqifa."
"Saya biadap? Habistu saya kena tahan je semuanya? Saya kena buat-buat tuli? Kena buat-buat buta? Baik saya mati je. Sampai bila saya harus pendam je semua rasa? Sampai saya jadi gila?"
"Awak tak fikir perasaan saya selama ni, Aryan. Saya tahu kehadiran saya dalam hidup awak langsung tak diperlukan tapi saya cuba berfikir positif. Cuba buat awak jatuh cinta walau saya tahu semuanya mustahil. Layanan baik awak selama ni, hanya sekadar simpati dan.. perasaan bersalah. Saya faham. Saya maafkan awak untuk pembohongan awak dan maafkan saya atas segalanya. Awak dah boleh balik."
Aqifa bangun. Tubuhnya disandar lemah pada dinding menampung diri yang rasa seperti hendak pengsan.
"Kenapa? Dah jumpa jantan lain?" Aqifa memejam matanya. Perlahan-lahan, mata dibuka bersama titisan air mata yang makin lebat mengalir.
YOU ARE READING
Tiga Cinta Milik Tengku
RomanceNur Aqifa Alia? Fyra Melissa? Atau Raudhah Farhana? Siapa cinta Tengku Aryan Emir? Adakah ketiga-tiga gadis cantik itu? "Qifa sayangkan abang. Sepenuh hati dan seikhlas Qifa"-Nur Aqifa Alia "I sayangkan you, Ary. I cintakan you"-Fyra Melissa "Jika k...